Showing posts with label Bon Appetit. Show all posts
Showing posts with label Bon Appetit. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Resipi corner: Ayam Masak Merah

"Ayam bermacam ayam"...uiks tetiba teringat lagu Jalil Hamid tahun 80an dulu err bebudak muda sure tak kenal nie hehe. Anyway sebut pasal ayam nie konsider makanan ruji orang kitalah. Yelah kalau kat pasar ikan mahal kena laks musim tengkujuh cam sekarang :( kalau dulu ikan siakap baru RM6 - RM7 sekilo sekarang mau sampai RM17 sekilo isk isk ntah fresh dari laut or bela punya... silap2 frozen. So nak budget makanlah ayam hehe...

Resipi yang aku nak share dengan korang kali ini ialah Ayam Masak Merah, Cuba usha gambar di bawah... cam best jer kan :)

 
 
 
Bahan2 yang diperlukan (hidangan untuk 3 - 4 orang):
 
 
1 ekor ayam - dipotong 16 (aku guna 8 ketul jer)
5 sudu besar minyak masak
Sedikit kicap manis & masin
1/2 botol cili sos
1 sudu cili boh
Sedikit garam & gula (jika perlu sebab dah ada kicap2 tadi)
1/4 bawang holand - di mayang
Sos tiram - secukup rasa
1 sudu stok ayam
 
 
Ramuan tumisan
 
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawah putih - ditumbuk
2 ulas daun limau purut
 
 
Sebelum apa2 kita peramkan ayam dulu. simple je tak payah nak letak ramuan banyak2 sebab kita perlu goreng dulu sblom campur dengan ramuan lain. So korang just peramkan ayam tu dengan ampuran kicap manis & masin then letakkan ayam tu ke tepi.
 








Then setelah 30 minit korang bolehlah goreng hingga masak. Pastikan api dapur sederhana besar.
 
 
 


Bila dah masak bolehlah angkat dan letak ke tepi jap sementara nak siapkan sosnya. Ooh ye gambar kat atas tu bukan hangus tau tapi kan tadi letak kicap hehe.
 

 
Masukkan bahan2 tumisan tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cili boh & tomato sos sehingga mendidih.Tuangkan sedikit sos tiram & stok ayam bagi penambah rasa. Jangan lupa masukkan sekali daun limau purut & bawang holand dan kacau bagi sebati sebelom di tuangkan kepada ayam tadi.
 
 
 
 
 
Bolehlah dihidangkan bersama Nasi Tomato atau Nasi Minyak mau pun Nasi Briani. Nak ratah camtu jer pun nohal :)
 
 
Selamat mencuba...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, November 13, 2012

Resipi corner - Nasi Tomato

Sempena cuti Deepavali ini ku ambil kesempatan secukupnya dengan membuat planning untuk memasak nasi tomato. Hmm, asyik beli kat pasar malam je ... mana "kick" yer tak... baik buat sendiri baru puas!



Nyummy :)
 
Rencah-rencahnya (untuk  hidangan 4 - 5 orang):
 
5 cawan Basmathi - di cuci & toskan
1/2 cawan susu cair
Tomato puree size sederhana
2 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Daun pandan & daun sup
 
Bahan tumisan:
 
3 ulas bawag putih - dihiris
5 ulas bawang merah -dihiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis - lebih kurang dalam seinci
2 kuntum bunga lawang
 
Hiasan
 
Daun sup
Bawang goreng
Hirisan hati ayam - yang telah digoreng
 
 
Memandangkan kat rumah aku ni takder tempat nak masak guna dapur kayu so terpaksalah "make do" dengan "rice cooker" jer hehe. Yang penting teknik kena btollah.
 
 
 
 
 







 
Sebagai permulaan sediakan periuk dan tumiskan bahan2 di atas sehingga naik baunya. Masukkan susu cair.
 


 

 
Kemudian masukkan pula sos tomato puree, garam secukup rasa & gaul hingga rata. Tambahkan air dan biar hingga mendidih.
 


 

 
Sediakan periuk rice cooker tadi dan masukkan beras yang telah di toskan (kering). Kemudian transfer bahan hasil tumisan tadi ke dalam rice cooker bersama beras. Masukkan minyak sapi & daun pandan biarkan masak seperti biasa. Hidangkan bersama bahan2 hiasan tadi.
 
 
 

















 
Lebih afdal jika di sediakankan hidangan ayam masak merah & kari daging untuk di "kawan"kan dengan nasi tomato. No worries lepas ni aku akan update resipi kedua-duanya. Tunggu yer :)

Bon Appetit...

Monday, November 12, 2012

Resipi Corner - Mini John

Cuti sekolah telah tiba dan kebetulan pulak minggu ni cuti panjang bersempena dengan Deepavali & Awal Muharam. So kepada yang bercuti panjang tu dan bercadang nak ringan2kan tangan ke dapur so di sediakan menu simple bagi yang malas nak pening kepala pikir apa nak breakfast hari ini.

"Mini John" a.k.a Roti John Mini
 
 

Bahan-bahan

Roti Hot dog - mengikut keperluan
Telur - mengikut keperluan
Daging sausage - dipotong kecil (dadu)
Minyak masak
Sedikit garam
Lada sulah

Hiasan

Daun salad
Timun


Cara menyediakannya

 
 
Panaskan minyak di kuali dan pabila sudah cukup panas gorengkan dulu potongan sausage tadi sehingga separa masak. Keluarkannya dan letak di dalam bekas.
 

 Pecahkan sebijik telur kemudian kacaukannya dan tuangkan separuh telur tadi ke dalam kuali (sebutir telur ayam gred A boleh membuat 2 hidangan). Taburkan garam & lada sulah secukup rasa.

 
Kemudian taburkan pula potongan sausage yang telah di masak tadi di atas telur. Tips: pastikan jangan tabur di tengah cukup sekakadar kiri dan kanan telur sahaja. kenapa? cuba check kat bawah...
 
 
Telangkupkan roti hotdog seperti gambar di atas. Jika korang perasan sausage tadi ngam2 teretak di bawah roti, yer tak :)




 

 
Balik2kan roti tadi sehingga nampak garing dan bolehlah angkat untuk di hias & hidangkan.
 
 
 
 
Selamat mencuba....
 
 











Thursday, August 23, 2012

Restoran Muhibbah Seafood @ Kg. Sungai Penchala

Baru2 nie ketika umat islam bakal menyambut Hari Lebaran tinggal 2 hari sahaja lagi aku menghadapi masalah yang besar. Uiks pebender tu? Nak cari pot untuk berbuka puasa hehehe. "Masalah besarlah sangat!" perli my wife - keh keh keh. Seperti tahun2 yang lalu pot favourite kami untuk di ambang terakhir Ramadhan pastinya ke Restoran Muhibbah Seafood di Kampung Sungai Penchala. Bukan apa dah buhsan dok pekena food kat bazar jer sesekali kenalah ubah menu dan lokasi yer tak. Mula2 plan nak walk in je tapi sejarah dah mengajar elok book awal2 kalau tak sure full house! So aku pun booklah 2 minggu awal! siap order makanan siap2 lagi so bila sampai tunggu jer Azan..Ngap sayot! Terkezut waiter restoran tu bila aku kol untuk booking sure dia pikir dah kemaruk kot :)



OOh ok aku story sikitlah pasal restoran ni. Kalau nak tak lokasi mereka di Sungai Penchala ni baru lagi dalam 1 - 2 tahun. Tapi restoran ni dah ada sejak hampir 30 tahun dulu! Di awal tahun 90an. Lokasi pertama mereka ialah di kaki lima jer tau di Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail  - gerai tepi jalan je time tu. Lama jugak mereka pot kat sana dan masa tu ada lebih kurang 10 gerai makanan yang lain berderet di tepi jalan. Rata2 menjual masakan Tom Yam. Cuma gerai Muhibah je yang special sikit mempromosikan masakan Chinese Food - Halal. Pelanggan mereka jangan cakaplah..datang dari jauh pun ada , Johor , Melaka , Penang err satu Malaysia lah. Then setelah bertahun di lokasi tersebut mereka pindah ke tempat yang lebih seleasa iaitu mereka sewa 2 tapak kedai di jalan yang sama. Itu pun maybe kebetulan DBKL nak besarkan jalan demi pembangunan hmm about timelah. Pelanggan mereka makin bertambah..pergh power manderam mereka hehehe. OOps makanan mereka memang ada kelas & sedap... dan yang penting harga berpatutan! So lokasi terkini mereka ialah seperti gambar di atas. Di tanah seluas 1 ekar, atas bukit pulak tu..kalau cadang nak buat wedding pun boleh try tanya kot.



Tu yang kena book awal2 tu kalau tak duduk bersilalah jawabnya....Hmm apa agaknya signature dish mereka? Jom usha kat bawah...

Menu makanan & harga



Harga makanan mengikut size hidangan dari size kecil, sederhana dan besar. Kecuali harga ikan mengikut harga pasaran semasa. Ooh ye kat sini takder jual Ketam & Shark fin soups ye kalau ada yang ngidam kenalah tapau dari rumah or kedai lain :)

Info: Harga di letak kan di dalam blog ini ialah size medium.

Dari kiri: Japanese Tahu ( Tahu Singkong) - RM16 & Asperagus masak belacan - RM 13



Dari kiri: Daging black pepper - RM23 & Lala sweet Sour - RM 14



Dari kiri: Ayam lemon - RM21 & Sotong goreng tepung - RM16



Dari kiri: Ikan Siakap masak goreng kicap - RM 6.50 per 100gm



Err yang atas nie takder harga hehe nampak tak licinnnn. Actualy ada banyak style masakan tapi menu kat atas tu memang menu kami sejak dulu. Cuma kenkadang tu ubah2 sikitlah tambah sup ke, udang butter ke tak pun you all kena try Hokien mee perghh sehingga menjilat pinggan!

Lokasi

Orait camner nak ke sini? kalau korang ikut LDP dari arah Kelana Jaya ke Kepong, korang akan lalu 1 Utama dan lepas sahaja fly over tu korang ikut lorong kiri. Sebelum simpang kiri ke The Curve / Mutiara Damansara korang akan nampak tanda arah ke Lebuhraya Penchala Link. Ikut arah tu. Paling selamat ikut lane tengah. Lepas korang naik flyover ke Penchala Link (Kiri Damansara Perdana) korang jalan dalan 500 meter ada siginage tulis exit kiri untuk ke Kg Sungai Penchala / Taman Tun Dr Ismail. Ikut exit tu dan turun bawah...ada trafic light masuk kiri. Jalan sikit dalam 200 meter ada simpang "T" dan ada trafic light (depan tu ada Masjid Jamek). Belok kiri dan jalan dalam 150 meter ada satu lagi trafic light. Kat situ korang toleh ke arah "Jam 1" Haaa dah nampak sign board dia besar2. Kalau datang awal boleh lah parking dalam kalau tak park je kat tepi jalan tu no hal tapi janganlah block entrance rumah orang ye dan double park!

Kat bawah ni alamat lengkap mereka. Di sarankan calling2 dulu untuk booking.

Muhibbah Seafood

No: 2851, Jalan Seri Penchala

KG. Sungai Penchala

68000 Kuala Lumpur

TEL: 03-77273153

Waktu operasi:

Isnin - Ahad  - Jam 12pm - 3pm & 6pm - 11pm (lunch time & dinner sahaja) * better call dulu :)

Selamat Menjamu Selera....

Saturday, August 18, 2012

Bazar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam

Memandangkan Hari Raya Aidil Fitri hanya sehari sahaja lagi... tidak lengkap rasanya jika tidak singgah ke bazar Ramadhan Komplek PKNS Shah Alam. Bagi ku ianyanya umpama lokasi wajib selain di Jalan Masjid India untuk membeli bukan saja juadah untuk berbuka puasa tapi untuk ber"shopping" barangan menyambut hari raya di saat akhir. Di situ juga lokasi favourite untuk ku menunaikan kewajipan Rukun Islam ke- 5 iaitu membayar zakat fitrah. Senang citer kalau sekali datang ke sini konpem urusan 3 dalam 1 dapat laksanakan tampa banyak songeh hehe.

Lokasi membayar Zakat Fitrah:

[caption id="attachment_595" align="alignnone" width="150"] lokasi baru yg lebih selesa[/caption]

Mungkin kedatangan ku setahun sekali ke sini membuatku terpegun dengan perubahan yang ketara. Terkejut beruk gak dibuatnya, Wah! kompleks ini telah diberi "muka baru" (face lift). Jika dulu di ruang legar bahagian hadapan tempat pot menjual pelbagai kuih raya, lemang, ketupat, dodol, rendang dan macam2 lagi. Tapi kini terdapat beberapa ruang kedai yang berkemungkinan bakal di sewakan. Di salah satu kedai itulah terletaknya pot sementara pusat pungutan zakat fitrah. Aik.. mana perginya barangan jualan yang lain?

Lokasi gerai menjual kuih raya dll :

[caption id="attachment_596" align="alignnone" width="150"] Lokasi baru[/caption]

Oooo, rupanya mereka telah dipindahkan ke pot baru iaitu di belakang kompleks (belakang BATA) bersebelahan dengan bazar Ramadhan sendiri. Ada khemah besar rupanya. Hmm maybe untuk keselesaan pengunjung kot? Entahlah, bagi ku pot dulu lebih strategik!





Macam2 jenis kuih raya tersusun rapi mengamit para pembeli dan terserahlah kepada skill korang untuk tawar menawar dengan mereka. Macam aku tak beli apa2 pun, Yelah sebuk Klik sana klik sini. Kadang2 tu memacam peel penjual bila aku ajukan kamera ku kat mereka, ada yang siap berposing, ada yang buat2 tak nampak dan ada jugak yang control macho ke ke ke. Itu semua membuatkan hobi sebagai kameraman yang tak bertauliah ni rasa menghiburkan.



Saat paling best bila ada para penjaja yang bertanyakan soalan cepumas kepada ku "Ni Keluar paper mana ni bang?" Perghh terasa cam wartawan  laks : )

Bazar Ramadhan:





Melihat pelbagai juadah yang terhidang didepan mata memang mangoncang iman ku. Tengok ini nak beli tengok itu nak beli perghh kuat betul dugaan time2 puasa nie ye. So petua aku mudah je... aku tak bawak duit! semua duit aku pass siap2 kat my wife jadi "menteri kewangan"! " Habis you jadi apa?" soal isteri ku.. "Menteri pengangkutanlah" jawab ku selamber. Bawak makanan yang di tapau lagi, camera lagi dan kereta pun aku yang drive, kira logiklah kan :)





Dekat 2 jam jugaklah di habiskan untuk ronda2 kat kompleks ni. Kata orang di ambang Hari Raya nanti lagi happening time tu semua barangan akan di jual ala "lelong". So kalau korang rasa nak bargain hunting datanglah ke sini dalam jam 2 pagi ke 3 pagi! Rasanya time tu aku dan lama .. Zzzzzz.

Akhir kata, semuga anda semua terhibur dan mendapat serba sedikit tips di ruangan "Bazar Ramadhan" yang aku create dalam blog ini. Insyaallah jika panjang umur.. tahun depan akan ditambah lokasi2 lain pula ye.

Di kesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran dan Maaf Zahir & Batin jika ada tersalah kata dan bahasa di dalam penulisan.

Semoga anda semua terhibur...