Memandangkan Hari Raya Aidil Fitri hanya sehari sahaja lagi... tidak lengkap rasanya jika tidak singgah ke bazar Ramadhan Komplek PKNS Shah Alam. Bagi ku ianyanya umpama lokasi wajib selain di Jalan Masjid India untuk membeli bukan saja juadah untuk berbuka puasa tapi untuk ber"shopping" barangan menyambut hari raya di saat akhir. Di situ juga lokasi favourite untuk ku menunaikan kewajipan Rukun Islam ke- 5 iaitu membayar zakat fitrah. Senang citer kalau sekali datang ke sini konpem urusan 3 dalam 1 dapat laksanakan tampa banyak songeh hehe.
Lokasi membayar Zakat Fitrah:
[caption id="attachment_595" align="alignnone" width="150"] lokasi baru yg lebih selesa[/caption]
Mungkin kedatangan ku setahun sekali ke sini membuatku terpegun dengan perubahan yang ketara. Terkejut beruk gak dibuatnya, Wah! kompleks ini telah diberi "muka baru" (face lift). Jika dulu di ruang legar bahagian hadapan tempat pot menjual pelbagai kuih raya, lemang, ketupat, dodol, rendang dan macam2 lagi. Tapi kini terdapat beberapa ruang kedai yang berkemungkinan bakal di sewakan. Di salah satu kedai itulah terletaknya pot sementara pusat pungutan zakat fitrah. Aik.. mana perginya barangan jualan yang lain?
Lokasi gerai menjual kuih raya dll :
[caption id="attachment_596" align="alignnone" width="150"] Lokasi baru[/caption]
Oooo, rupanya mereka telah dipindahkan ke pot baru iaitu di belakang kompleks (belakang BATA) bersebelahan dengan bazar Ramadhan sendiri. Ada khemah besar rupanya. Hmm maybe untuk keselesaan pengunjung kot? Entahlah, bagi ku pot dulu lebih strategik!
Macam2 jenis kuih raya tersusun rapi mengamit para pembeli dan terserahlah kepada skill korang untuk tawar menawar dengan mereka. Macam aku tak beli apa2 pun, Yelah sebuk Klik sana klik sini. Kadang2 tu memacam peel penjual bila aku ajukan kamera ku kat mereka, ada yang siap berposing, ada yang buat2 tak nampak dan ada jugak yang control macho ke ke ke. Itu semua membuatkan hobi sebagai kameraman yang tak bertauliah ni rasa menghiburkan.
Saat paling best bila ada para penjaja yang bertanyakan soalan cepumas kepada ku "Ni Keluar paper mana ni bang?" Perghh terasa cam wartawan laks : )
Bazar Ramadhan:
Melihat pelbagai juadah yang terhidang didepan mata memang mangoncang iman ku. Tengok ini nak beli tengok itu nak beli perghh kuat betul dugaan time2 puasa nie ye. So petua aku mudah je... aku tak bawak duit! semua duit aku pass siap2 kat my wife jadi "menteri kewangan"! " Habis you jadi apa?" soal isteri ku.. "Menteri pengangkutanlah" jawab ku selamber. Bawak makanan yang di tapau lagi, camera lagi dan kereta pun aku yang drive, kira logiklah kan :)
Dekat 2 jam jugaklah di habiskan untuk ronda2 kat kompleks ni. Kata orang di ambang Hari Raya nanti lagi happening time tu semua barangan akan di jual ala "lelong". So kalau korang rasa nak bargain hunting datanglah ke sini dalam jam 2 pagi ke 3 pagi! Rasanya time tu aku dan lama .. Zzzzzz.
Akhir kata, semuga anda semua terhibur dan mendapat serba sedikit tips di ruangan "Bazar Ramadhan" yang aku create dalam blog ini. Insyaallah jika panjang umur.. tahun depan akan ditambah lokasi2 lain pula ye.
Di kesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran dan Maaf Zahir & Batin jika ada tersalah kata dan bahasa di dalam penulisan.
Semoga anda semua terhibur...
abang..tahun depan jangan lupa belikan biskut coklat tu ye....na nak 2 balang....hehehehehe....
ReplyDelete