Saturday, August 18, 2012

Bazar Ramadhan Seksyen 16 Bangi



Baru2 ni aku ke Bangi kerana mempunyai apoinment untuk melihat satu property di sana dan kesempatan ini tidak di siakan untuk aku menjengah ke bazar ramadhan di sana. Masalahnya ini memang first time aku ke sana dan tak pasti lokasi terbaik untuk di survey. Mujurlah client aku yang semamangnya tinggal di sana mencadangkan beberapa pot menarik untuk aku. Uiks tak sangka pulak kat Bangi saja ada 4 = 5 pot bazar yang berbeza.........sure happening! pikir ku.

Last2 aku mengambil keputusan untuk ke bazar seksyen 16 berdekatan stesen Petronas & Shell kerana di kabarkan kat situ paling meriah. Sampai je baru ke perasan yang rupa2nya bazar Ramadhan & Pasar Malam di jalankan serentak. Patutlah macam2 di jual sampaikan baju2, peralatan dapur dan eksesori hand phone pun ada. Satu je yang aku musykil...kenapa lokasi ini di panggil seksyen 16? padahal nama jalan kat atas tu Jalan 6c/2?? bukan seksyen 6 ke? hmm tak payah nak pening kepala sebab dah 3 orang "by stander" aku tanya nak kompemkan ni seksyen berapa .... so kalau mereka tipu aku... aku pun kira tipu koranglah yer hehehe.



Soalan cepumas yang akan aku tanya pada diri aku bila sampai je kat tapak bazar ialah.... "nak makan apa ye?" :)



 

Maklumlam macam2 ada.. mau tak rambang mata. Tapi kata orang kita cari yang lain dari yang lain.. alahh yang "IN thing" lah... sebab rata2 akan menjual benda yang sama... tak ayam golek.. ayam tempayan.. tak pun ayam percik. Kalau kebab tu perghh macam2 perasa dan francais semua ada. Trend terbaru...kentang "wedges" & kentang "senyum" di limpahi sos keju...perghh memang marvoulos punyalah. Laris umpama "cendawan" goreng panas hehehe.





Apa yang aku perasan harga kat sini taklah semahal di Pee Jay atau Key El. Maybe ramai student kot tapi alhamdulillah dapat safe sikit walau sebarang seposen dua yer tak.





Kalau nak ke sini, dari PLUS highway masuk je interchange Bangi... bayar tol then depan ada 1st round about... jalan terus sampai 2nd round about korang belok jam 9 (kiri le) jalan je terus sampai nampak stesen minyak Petronas & Shell bersebelahan sebelah kiri anda. Dah sampai carilah parking hehehe

Enjoy...

 

No comments:

Post a Comment