Sunday, November 18, 2012

Family Retreat: Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor

Salah satu lokasi favourite kami sekeluarga untuk ber"retreat" ialah ke Sungai Congkak di Ulu Langat Selangor. Paling tepat di Taman Rekreasi Sungai Congkak. Setiap tahun lokasi ni dikira wajib bagi kami.



Eh jauh ke tempat ni? Jaraknya dari Kelana Jaya ke Sana ialah lebih kurang 45km atau pun sejam perjalanan. Hmm boleh tahan kan? Dun worry jauh tapi berbaloi beb.

Kalau korang dari Pee Jay cari jalan menghala le lebuh raya Cheras Kajang. Lepas sahaja di lokasi tol pertama korang belok kiri terus exit di interchange pertama (Taman Suntex) . Di situ lebih kurang 2.9km korang akan sampai ke trafik light ada simpang 3 (depan balai polis batu 9 Cheras). Belok kiri masuk Jalan Hulu Langat (B25). Kat situ perjalanan tinggal 14km lagi ke simpang masuk ke tapak lokasi. Tekan trip meter kat keter korang :)

Ooh ye, di sarankan korang bertolak awal pagi sebab kalau lambat takut ramai orang dan "pot" menarik sure kena sapu. Kalau korang nak breakfast aku cadangkan korang singgah ke gerai Nasi lemak Kukus Ayam Goreng Halia - lokasinya di sebelah kiri jalan bila korang masuk jalan Hulu Langat tadi, Cuba cari tengok banner seperti di bawah ianya berada di selekoh so slow2 sikit bila korang nampak selekoh ye.


Cari Signage nie
Menyelerakan...












kena datang awal takut Q panjang
By 8:30am makanan habis!

 












Lepas mengalas perut elok kita orang pun bergegas ke tujuan asal. Ok kat sini a bit tricky sebab sempang nak ke lokasi agak payah nak terangkan. Jika korang check trip meter lebih kurang dah nak sampak dalam 12km - 13km korang cari sign board - Nur Lembah Pangsun lepas korang cross jambatan kecil anak sungai Langat. Nampak je signage tu korang masuk lorong kiri, perjalanan ada lebih kurang 2.9km lagi ke dalam. Ikut je jalan tepi sungai sebab pot nie terletak di hujung jalan cari Signboarde besar tulis "Congkak Park & Resort".

Yay! dah pun sampai. Kemasukkan ke taman ini kena bayar tapi taklah mahal RM1 - RM2 untuk dewasa umur 12 tahun ke atas. Kanak2 di bawah umur - FREE. Berbaloi sebab tempat berjaga ada kemudahan bilik air dan surau. Seperti yang di sarankan tadi kena datang awal2 sebab utama nak cari pot menarik & yang ke dua masalah parking kena pulak hujung minggu pergh gerenti full house. Err parking pun kena bayar gak tau dalam RM3, boleh park kat kawasan padang depan entrance. Pastikan korang simpan resit parking tau kang brader jaga tu sure tanya masa nak exit!

Orait apa yang menarik sangat kat sini? Kalau korang nak tau tentulah "Flora & Faunanya" & juga syurga bagi kaki blog ambik gambar. Tak lengkap jika korang datang dari jauh tak bawak khemah & BBQ set! So alang2 datang tu planlah awal2 ye kalau nak ke sini lagi pun sekarang kan musim hujan. Kalau datang salah time kena laks hujan " 1 Cent pun no used lah" keh keh keh.






















Amacam best tak? Ubat mujarab nak tenangkan fikiran dan lari dari sekejap dari kesibukan kota. Sungguh mendamaikan... Ehh apa2 hal kena pasang khemah dululah...























BBQ set pun kenalah standby... kang lepas "cepum-cepum" sure lapar yer tak :)






















Yang seronok tentulah anak2... tak sabar nak transform jadi "dugong" hehehe...

best woo main air
boleh buat sand castle lagi











Tensen je elynn kena buat homework!


Betullah kata orang bila kita seronok2 nie cepat je masa berlalu. Bila dah tengah hari tu cuaca makin panas dan orang pun makin ramai so time untuk kami packing dan beransur pulang. Next time sure kita orang datang lagi!

 
 
Tips kalau nak kesini ikut GPS ialah - 3.212075,101.84342 atau korang boleh google map type je "Sungai Congkak Recreational Forest" Sure jumpa.

Selamat ber"RETREAT"





4 comments:

  1. hai....jemput mai belog sy..

    feel free to response my survey tau? ttg sg chongkak ni..tengkiu

    ReplyDelete
  2. tq bg info! I nak pergi minggu depan tapi takut sesat, ni dah ada petunjuk sikit2 lega laa rasa! Hihi

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ada banyak to maaf sy tak sempat nak abk detail.

      PM

      Delete