Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Sunday, October 18, 2015

Food Review: Pekena Lekor Cheesy-licious di Restoran Lekor BTB 2209 Kuala Trengganu

Kalau kita ke Trengganu tak sah jika tak pekena kopok lekor ye tak... so kat mana loasi menarik nak makan lekor ni? Satu pot yang femes ialah di Lekor B.T.B 2209 di  Bukit Tok Beng.

 
 

Kat mane ni? Kalau korang nak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud mesti akan lalu restoran ni lebih tepat lagi dekat Seberang Takir. Korang boleh juga guna aplikasi Waze kalau agak2 dah sesat.

Kalau nak tau restoran ni juga menggunakan system nombor.. pergh! macam pergi bank lah pulak kan. Korang di sarankan datang awal ye .

Eh, apa yang best lekor kat sini dari tempat lain?

Jom aku belanja gambar...





Istimewanya mestilah lekor cheesenya yang meleleh leleh gitu hehehe. Terdapat 8 pilihan citarasa...

  • Lekor biasa
  • Lekor keju
  • Cheesy lava
  • Cheesy poopers
  • Black pepper cheese
  • Black pepper poopers
  • Cheese onions poopers
  • Lekor rebus (vacum)
Pilih jangan tak pilih tau. Korang ada pilihan nak makan kat sini or tapau. Jika nak makan kat sini korang boleh pergi ke kaunter dan order citarasa idaman kalbu...






Ok kat bawah ni ialah harga jika korang nak makan kat sini dan jika korang nak tapau boleh klik sini





Waktu operasi restoran ini sperti di bawah,

Ahad - Sabtu - 8 pagi - 6 petang

Selasa - 8 pagi - 6 petang

Jumaat: 2:30 petang - 10 malam


Review time....

Makanan

Jika di kira dari segi pelbagai pilihan lekor yang ada aku bagi - 4/5 bintang namun begitu dar segi rasa pula aku bagi 3/5 bintang. Syaratnya kena makan panas2. Secara peribadi aku rasakan yang cheese nya ciput jer sekadar cukup syarat.

Service

Nothing to shout about sebab jika tak ramai korang tak tunggu lama tapi jika full house ehem paham2 jer lah ... tempat lain pun sama so no komplen.

Parking

Memang di sediakan tempat parking di sebeah restoran tapi first come first serve. Kalau penuh korang boleh jer park kat tepi jalan tapai AWAS kalau nak seberang jalan tu hati2 yer sebab kereta pandu laju kat area tu.




Lokasi

Senang nak cari kalau sesat Tanya abg waze yer...

Alamat penuh mereka seperti di bawah

Keropor Lekor BTB
Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Bukit Tok Beng,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
 
Nota: Apa yang menarik korang boleh menempah secara online di laman web mereka. So bagi yang malas atau tinggal jauh tu boleh order jer ye ... korang boleh ke lama web mereka di sini



Bon Appetit



Friday, October 16, 2015

Food Review: Nikmati suasana santai di Island BBQ Steamboat

"Jom makan steamboat!" aku mencadangkan kepada keluarga ku "Kita sambut birthday Elynn sekali kat sana nak tak?" Tanya ku lagi... 'Elynn nak cake tau..." kata anak ke dua ku. "Ok, papa beli cakes special untuk birthday girl ye" aku memberi jaminan.

Jadi pada hujung minggu lepas kami sekeluarga telah pergi ke Restoran Island BBQ Steamboat yang berlokasi di Kampung Melayu Subang.


 

Memandangkan ini adalah pest time kami ke sini kami telah membuat tempahan terebih dahulu sebab di kabarkan penghujung ramai khususnya pada hujung minggu. Untuk dating ke sini kami menggunakan bantuan aplikasi Waze untuk mencari tempat ini. Entah kemana kami di bawa oleh Waze ni kejap masuk lorong kanan kejap belok kiri last2 di kawasan perumahan nah tersergam indah restoran tersebut. Pergh! memang ramai orang malam tu, hinggakan kami yang booking tu pun kena Q jugak. "Maaf encik, ada yang datang jam 5pm tadi masih belum bangun-bangun lagi" kata akak cashier tu kat kami. "Aik? dah 3 jam pun masih tak habis makan ke?" pikir ku.

Nasib baik menunggu pun tak lama dalam 15 minit gaklah, siap je meja kami pun zaaasss ke meja buffet...


 
 
Eeh kenapa ianya di panggil "Island steamboat?" Ooo rupanya lokasi meja buffet tu di tengah restoran dan ada kolam kelilingnya, so nak cross kena lalu jambatan kecil seperti gambar di atas.

Apa menunya???















Pelbagai pilihan sos


Selain dari pelbagai jenis fish ball dan fish cake ada juga disediakan udang, dan juga ayam dan daging yang sudah siap di marinated sedia menanti untuk di grill. Selain itu turut disediakan bihun goreng, laksa utara dan nasi lemak sebagai menu tambahan.

Boleh pilih nak sup ayam or tomyam

Terdapat juga meja untuk minuman panas dan air kordial untuk korang pilih dan apa yang menarik korang akan di beri jug so senang nak refill air yer tak...







 Memang rambang mata di buatnya... pilih jangan tak pilih yer....

Sedang aku terkial- kial nak nyalakan lilin yang dok padam sahaja sebab kipas angin dok bertiup kuat tetiba ada seoarang perempuan datang dan tolong off kan kipas tersebut. Dengan mesra beliau bertanya "Birthday siapa ni?" "Birthday anak perempuan saya" jawab ku. "Ooo sesiapa yang sambut birthday atau ulang tahun perkahwinan kat sini, kami bagi complimentary makan percuma tak payah bayar kepada birthday girl" jelas nya. Fuyoo very unsangkarable. "TQ..TQ" itu jer jawab ku hehehe. Ehh sapa perempuan tu? rupanya dialah owner tempat ni.. memang peramah orangnya semua pelanggan dia akan tegur. Patutlah perniagaannya maju :)


Happy Birthday Elynn

Hokkaido cake


Aik Caja pun nak tiup cake jugak ke?

 Review Time...

Makanan

Walaupun pilihan steamboatnya pelbagai tapi rasanya so-so jer. Tapi nasi lemak dia memang mabeles korang patut cuba tau! Overall 2 1/2 bintang dari 5

Service

Walaupun pada mulanya kena menunggu tapi terubat dengan layan mesra pekerja khususnya owner mereka sendiri - 4/5 Bintang

Harga

Kalau di ikutkan memang value for money dan antara steamboat yang termurah di sekitar Lemah klang - 4/5 bintang.



Waktu operasi





Kemudahan dan suasana persekitaran

Tiada masalah untuk parking dan disediakan juga kemudahan surau. Suasana ala-ala kampong style - 3/5 bintang


Alamat:

Lot 3370, Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor, 40150 Shah Alam, Malaysia
H/P: +60 12-680 0041







 Bon Appetit





Wednesday, October 14, 2015

Naan Corner Tawarkan Promosi Buffet RM5 / per pax !!!


Kenapa tak percaya???

Cuba layan iklan kat bawah....



RM5 jer tu!
 
 

Aku pun bila diberitahu oleh my wife pun terkejut sokmo gak "RM5 ??? Tipulah!" kata ku. So nak mengkompemkannya kami pun singgahlah ke restoran tersebut sempena cuti Awal Muharam.

Pergh! punyalah ramai orang ...  dalam hati masih was-was. Last2 masuk gak restoran tu dan terus pergi ke casher. "Ehem cik, harga promosi RM5 tu untuk makanan yang mana ye?" aku bertanya kepada akak cashier tu. "Semua yang terhidang boleh di ambil bang..." balas nya. Wow! time tu aku dah separa dengar dan tak dengar jer apa yang akak tu cakap sebab dok cuci mata dengan pelbagai juadah yang terhidang.

Jom aku share gambar yer...



 Ada roti boom dan poori



Ada western
Ada mee, Kuey teow,  nasi lemak,& lauk pauk

 
 Terdapat lebih 20 jenis menu yang menanti korang, Tepuk dada tanyalah selera. Memandangkan specialty mereka ialah Naan korang kena try roti boom atau roti poori mereka can cecah pulak dengan kuah kambing keema, fulawei terangkat beb!




Selagi promosi ini masih ada di sarankan korang cepat2 ambik langkah kanan dulu dan datang awal untuk mengelakkan Q yang panjang.






Jom review...
 
Makanan: Memang tak dinafikan makanan yang di sediakan memang bermutu dan tip top! (4/5 Bintang)
 
Kebersihan: Tengok gambar tempat basuh tangan pun dah boleh agak, yer tak (4/5 Bintang)
 
Service: Memuaskan (3/5 Bintang)
 
Parking: Agak terhad dan jika parking di bahu jalan pastikan tidak menghalan kenderaan lain. (2/5 Bintang)
 
Alamat: 20, Lorong Kerja Ayer Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, S'gor / Tel: 016 - 9472020
 
Waktu promosi buffet: 7:00am - 11:30am (pada hari cuti umum & hujung minggu sahaja)



Bon Appetite


Friday, March 28, 2014

Food Review: Lau Wan Kuetiau Goreng - The Best Among The Best in PJ

Entah kenapa hari ini tetiba tekak teringin pulak nak pekana Kuey Teow Goreng. Hmm memang banyak pilihan jika korang di Pee Jay tapi salah satu feveret place aku sejak 30 tahun dahulu ialah Kuey Teow Goreng - Lau Wan.

Sebut jer nama Lau Wan khususnya kat orang Kelana Jaya memang semua orang tau dan kenal. Femes ngalahkan YB pulak :)



Bertahan sejak 30 tahun lalu!



Sejarah

Kalau korang orang Key Jay, jika masih ingat pot pertama Lau Wan ialah di restoran Hal Ehwa ( sblom bertukar nama kepada restoran Suasana di awal tahun 80an) di SS5B Kelana Jaya. setelah lama di situ beliau telah berpindah ke retoran belakang (Restoran Jaya). Tak salah jika di katakan beliau menempa nama di restoran yang latest ni. Pelanggannya bertambah ramai dan restoran Kelantan ini bertambah Maju. Jika tak silap lebih 10 tahun beliau menyewa gerai di situ tapi then beralih angin pula. Kenapa? Oops yang ni korang kena tanya dia sendirilah .... Kalau tak silap selepas berpindah dari Restoran Jaya beliau telah berpindah ke lebih kurang 5 lokasi lain di sekitar SS5 & SS6 (dekat area Giant kecik) KJ. Last sekali pada akhir tahun lepas (2013) barulah beliau berpindah ke medan selera di SS3 PJ. Pergh berpindah randah si Lau Wan ni ngalahkan pengembara Nomad. Namun yang magicnya pelanggan beliau tak pernah berkurangan  sentiasa ada jer ... rasanya dah masuk generasi ke dua dah. Bab nie memang aku respek kat dia!

Hebat sangat ker Kuey Teow dia ni? Kata orang blom try blom tau. Yang mabelesnya rasa "air tangan" kuey teownya masih maintain sejak dari dulu lagi. Tak pernah berubah! Apalah rahsianya yer?




Jika dulu beliau hanya concentrate mengoreng kuey teow sahaja tapi kini dah diversify menunya..
Kini beliau menjual, Mee Kari, Mee Goreng, Nasi Goreng dan kalau yang minat side dish tu boleh cuba Kerang Rebus (RM5), Rojak Buah (RM5), Sotong Kangkung (RM7) & Tahu Bakar (RM3).

Mee Goreng
Mee Kari 




















Signature dish RM5 kecil / RM6 besar


Hows the taste?

Walaupun menunya dah pelbagai, tapi aku still prefer Kuey Teownya melebih menu yang lain. seyes sedap! Kalau korang kaki makan macam aku, mintaklah size besar. Dun worry potion dia memang besar.. tak kedekut punya. Secara peribadi aku juga pernah try Mee Kari beliau tapi nothing to shout aboutlah. Tahu Bakarnya pun ok walaupun somehow tahunya di goreng a bit dry. Ehh jangan lupa the main signature dish ialah Kuey Teow dia tau yang lain tu kira ala ala side dish jer :)

Kuey Teownya aku bagi 3 1/2 Bintang (daripada max 5 bintang)


Price

Harga beliau memang standard dengan harga kuey teow di jual kat tempat2 lain dalam area Kelana Jaya, so no big deal. Tapi frankly sebab potion dia besar memang value for money!






Lokasi

Jika korang biasa ke SS 3 PJ (University Garden) lokasi medan seleranya ialah bersebelahan padang bola atau lebih tepat lagi di jalan SS 3/31 PJ.

Di buka setiap hari kecuali hari Selasa (ada pasar malam)
waktu perniagaan dari  jam 5pm - 10pm

Jika korang nak tapau or nak order food siap-siap korang boleh contact Lau Wan direct. Nak whatsapp dia pun no hal hehehe





Bon Appetite!