Showing posts with label www.hishamishak.com. Show all posts
Showing posts with label www.hishamishak.com. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

Fitness First Tawarkan FREE Trial Selama 7 Hari ...

Nampaknya jerebu yang melanda negara makin meruncing dan tak kunjung reda. Banyak run dan marathon terpaksa di tunda atau di batalkan. Sekolah pulak asyik disuruh tutup jer demi menjaga kesihatan adik2 kita.

Malaysia pun kini dah ada 4 musim macam kat obersea pulak.... ada musim panas , musim banjir , musim durian dan kini musim jerebu!

Anyway since banyak aktiviti luar terpaksa di hadkan so jika korang yang kaki jogging, hikers or runners tentu frust macam aku... so apa pilihan yang ada? Apa kata kita cuba aktiviti indoor pulak bagi nak keluarkan peluh..

Meh sini aku shara lokasi yang aku maksudkan kat sini...



Tentu korang tertanya tanya ... tak mahal ke? ... sebenarnya mereka ada mempunya pelbagai package  yang di tawarkan, so korang boleh pilih mengikut kesesuaian diri masing2.

TAPI apa yang aku nak cerita ialah sebelum korang nak join membership ni korang sebenarnya boleh juga mengambil peluang untuk mencuba trial percuma selama 7 hari!

Ehh bagaimana tu?

Caranya korang kena mendaftar kat laman web mereka, sila klik kat sini --- > FREE TRIAL

Sumber: Fitnes First

Apa benefit yang korang dapat selama tempoh trial 7 hari tersebut?

  • Lawatan ke kelab dan introduksi kepada peralatan dan fasiliti yang ada
  • Mencuba kombinasi senaman yang bersesuaian dengan anda
  • Aktiviti berkumpulan seperti tarian zumba, yoga dan berbasikal
  • Atau... membuat senaman sendiri mengikut tempo masing2.
















Pelbagai peralatan moden yang terdapat di sini. Korang boleh melakukan senaman sambil menonton TV atau mendengar radio malan boleh juga bermain online game semasa bersenam!

Terdapat bilik mandi & bilik persalinan yang lengkap dan juga locker untuk anda menyimpan pakaian.

Setelah selesai bersenam terdapat minuman untuk panans dan sejuk untuk mengembalikan tenaga yang ada...





 Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan dapatkan "7 Days Free Trial" anda sekarang.





Selamat bersenam....






Friday, October 23, 2015

ATV Adventure Park - Janjikan Kepuasan Sukan Extreme yang sebenar!

Satu hari tu bila my wife mengajak aku mencuba sukan extreme - ATV (All Terrain Vehicles)  aku agak was-was. Alamak boleh ke aku memandu kenderaan umpama motor tapi beroda 4 ni? Tapi pebila my wife kata dia yang belanja... JOM! bila nak pergi? hehehe



Kami bertolak awal pagi dan memilih hari minggu dengan anggapan tak ramai orang... tapi rupanya korang kena book awal2 sebelum pergi ke sana kerana mereka mempunya slot masa pagi or petang supaya tak over crowded. Nasib baik urusan booking kami telah di buat lebih awal dan sampai2 jer ke lokasi kami adalah orang yang pertama tiba. Time tu tuan rumah baru sedang check ATV mereka dan buat setting apa yang patut termasuk panas kan enjin.

Ada 80 biji ATV korang pilih jer mana yang suka

Eh! Jap... kat mana lokasi  ATV Adventure Park ni? Lokasinya ialah di Kampung Kemensah di belakang Zoo Negara Ulu Klang. Jika korang sampai ke Zoo Negara korang ikut je jalan susur sebelah zoo tu (jangan masuk parking pulak) terus jer ikut jalan berlingkar lingkar sejauh 3km. Dun worry nanti korang akan Nampak signage ATV Adventure kat tepi jalan korang follow jer.

Then korang Nampak pintu gerbang nie...


Lokasi di lereng bukit

 Oops korang tak dibenarkan masuk dan parking di dalam ye! nak park hanya di luar kawasan janji ada kosong kat tepi jalan. Jangan blok jalan udahlah.

Korang boleh naik ikut tangga yang di sediaka... excersize sikit yer tak :)

Persekitaran ATV Park ni memang berjaga, ada kolam renang, bilik air untuk korang tukar baju dan bilas, ada surau dan juga kantin disediakan. Suasana yang sungguh mendamaikan....


Nak cepum cepum pun boleh
Berapa harganya?

Jom usha senarai package kat bawah ....



Sumber : ATV Adventure website

Korang boleh pilih package2 yang di tawarkan. Bergantung kepada budget dan juga jangka masa yang korang suka. Since kami ni beginner kami pilih package C sebagai permulaan hehe.

Selepas korang bayar korang bukan terus boleh naik ATV tau, kena mengisi borang Disclaimer dululah dan kemudian korang akan di beri taklimat cara2 nak handle ATV nie. Bukan main hemtam jer.. alah cam mula2 nak ambik lessen kereta dululah yer tak.






Korang juga diberi peluang untuk feel rasa memandu ATV nie seround dua kat course yang disediakan bagi korang tak kekok. Yelah nak jugak tau break dia tang mana nak bagi laju tekan apa...


Safety come first
 
Cuba mini course dulu ..

Bila instructor dah puas hati dan bagi thumbs up barulah kita orang di bawa ke track yang sebenar  Jeng jeng jeng ..... suspen beb!

Jom aku belanja lagi gambar  hehehe


Jom race nak? hehehe


Aisey mula2 dah ada obstacle


naik dan turun bukit tu jer track dia ...

Take 5 jap sambil klik klik


















Since package yang kami ambil termasuk singgah di waterfall so kita orang tak sabra nak tengok lawa ker idak?

memang mendamaikan ......

Perghh memamg mabeles... sejukkkk jer airnya. Since kita orang diberi masa 30 minit kat sana memang kita orang berendam cukup2 al maklumlah di kabarkan Sofea Jane pun pernah mandi di sana dalam satu scene filem lakonanya.. tu sebab waterfall ni di ambil sempena nama dia..Ehh ye ke? ntahlah tu orang kata hehe

Sekejap jer terasa dah hampir 2 jam dan kami di arahkan untuk balik ke ATV Park. Time balik ni kira kami dah expertlah sikit tapi certain part tu memang curam dan perlukan focus yang tinggi. Lupa nak cakap semasa trip ni korang akan di guide oleh 2 orang instructor satu kat depan dan satu sebagai sweeper yang akan mambantu korang bila perlu.

Sampai jer ke ATV Park baru kami sedar yang baju kotor dan penuh dengan lumpur. So lagi sekali kami terpaksa mandi tapi time nie kami mandi di pool pulak.....

Next time datang kami plan nak try yang package D or E pulak ... cewah hehe





Tips

Di sarankan booking awal terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Selalunya kompem full house.

Pakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti outdoor lasak ni. Elakkan guna selipar keraa track yang licin dan berselut kecuali bila korang dan sampai kat base dan untuk mandi pool or ke bilik air.

Bawa pakaian extra dan simpan dalam kereta. Mana tau hujan ke atau baju korang tu dah di gunakan untuk berendam dekat waterfall dan belum kering atau pun dah kotor tahap boleh masuk tong sampah hehe. Moral of the story ... elok beringat.

Pastikan korang sentiasa mengikut kata guide korang jangan pandai2 nak ikut route lain kang sesat barat pulak.

Jangan membuang sampah merata-rata. Jika korang bawa bekalan dan picnic kat area waterfall pastikan korang buang kat dalam tong sampah di ATV Park ye.

Sila memandu dengan berhemah.. jangan berlumba dan enjoy your ATV ride :)


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi ATV Adventure Park melalui nombor di bawah atau lawat laman web mereka di sini.






Selamat ber-ATV!









 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, October 22, 2015

Setia Alam Community Trail - Pengalaman Malu Bertanya Sesat Jalan ....

Satu hari tu bila nampak cuaca cam line clear jer takder berjerebu terus aku mengajak my wife pergi hiking ke lokasi mana2 area yang dekat... so kami memilih tempat yang blom pernah kami terokai kira pest time lah ni..

Kat mana tu? Kalau nak tau kat sini ---->>>  Setia Alam Community Trail


Sumber dari Setia ALam Trail








 
Kami memilih mendaki melalui trail A.  Setiba kami di Setia Alam terasa heran pula kenapa ramai orang pagi ni? Rupanya ada even trail running or mungkin obstacle course yang penuh sesak dengan peserta.

Anyway walaupun terpaksa park jauh kira no hal lah lagi pun kan datang nak hiking so kira warm up session lah gitu hehe.

Untuk ke trail A korang kena melalui kawasan tangki air seperti di bawah.


Boleh park kat sini


Opossite jer tangki air ni ada kawasan lapan dan kaki bukit tanda korang di jalan yang benarlah hehe

Sumber dari Setia Alam Trail

Napak anak panah A kat dalam gambar tu? kat situ lah lokasi nak mula pendakian kami, Korang boleh cuba yang B or C tapi tak sure ending dia ke mana? Namun target kami ialah nak menuju ke Peak Garden.

Menuju starting point




Bila kat atas ada parit kecil untu di lintasi





 Bila Lintas jet titi kecil cam gambar kat atas korang ikut je trail yang ada... Sampai satu ketika ada simpang korang ikut arah MOU..




 Jalan lagi tapi time ni dah start mendaki tapi tak lah curam sekadar 20% - 30% darjah sahaja. Apa yang menarik bila kami dah menapak sejauh 1.5km (20 minit) tetiba kami dapat satu clearance yang cantik.. Aik dah sampai ke? Mana taman bertingkat yang aku pernah lihat dalan blog dan FB? Rupa rupanya kami baru sampai ke communication tower......

Ada clearance ingat dah sampai,...

 
Communication tower

So kita orang pun rehat sambil klik klik lah apa lagi hehe... lawa gak pot ni sesuai kalau nak camping.






Mana Peak Garden ni? Jauh lagi ke? itulah yang bermain dalam kepala ku... Jom kita ikut mana trail tu pergi.... aku dah nekad jika dalam 10 minit tak jumpa apa2 tanda arah kami akan patah balik je...

Tetiba...

 

Alhamdulillah setelah 8 minit kami Nampak signboard kecil ni.... so kami on the right track Fuh! lega

then kami sampai kat satu lagi signage dan kali ni terjumpa dengan simpang T dan ada satu lagi clearance cuma kali ini jalan Tanah merah. Pulak doh kat mana ni???



Lepas Nampak tanda ni ada jalan Tanah merah "T" junction

Nampak construction site kat depan belok kiri

Kat sini kami telah melakukan satu kesilapan besar di mana kami telah kehilangan arah. Terdapat dua bukit kiri dan kanan yang mana satu patut di daki? kami telah memilih yang kanan. namun setelah masuk hutan keluar hutan, naik bukit turun bukit kami terpaksa mengaku yang kami telah tersalah jalan .. Aduhai!! dan terpaksa U-turn balik setelah 30 minit masa membazir. Nak patah balik sure makan masa lagi 30 minit yer tak.... hmmm.

Last-last kami sampai ke T junction tadi so kami decide belok kiri dan start mendaki balik....

Belok kiri ikut arah mendaki...

Setelah mendaki dalam 10 minit then ternampak tanda di bawah... Alhamdulillah...


Masuk hutan balik

Dari situ bermulah pendakian yang rasanya macam tiada penghujung. Kami pula dah terasa penat sebab dah hamper 4km berjalan tak Nampak lagi bayang si Peak Garden ni....

Akhirnya setelah 2 jam dan berjalan sejauh 4.88km akhirnya ternampaklah deretan bendera umpamya menyambut kedatangan kami .... cewah!



terlihat deretan bendera setiap negeri

 
Hilang segala penat... time tu pulak kelihatan ada satu group uncle dan untie yang sedang berehat dan bersembang tersenyum sambil mengucapkan selamat datang kat kami dan ada jugak yang bertepuk tangan sambil ucapkan syabas.... pergh cam retis lak hahaha.


breakfast time..
 


Eh kabus ke jerebu tu ?















flora

Ketinggian Peak Garden ni hanyalah 221 meter di atas aras laut. Kira separuh dari ketinggian Bukit Broga kat Semenyih tu. Namun kepuasan mendaki tetap ada.. janji jangan sesat cam kami sudahlah yer hehe





Tips

Secara keseluruhan Setia Alam Community Trail ini amat sesuai bagi yang beginner dengan tahap kepayahan kategori easy.

Jarak keseluruhan dari starting point A ke Peak Garden ialah 2.5km (sehala) dan mengambil masa dalam 1 jam perjalanan cara santai.

Pastikan korang datang berdua atau lebih kerana Setia Alam di sekitar bukit ini terdapat banyak rumah kongsi walaupun tiada masalah tapi lebih elok beringat jika berlaku sebarang kecemasan.

Pastikan anda menyapu insect repellent kerana time kami pergi banyak pulak agas dok gigit.

Sila bawa minima 500ml air minumam kerana tiada punca air di atas.  .

Walaupun di atas tedapat "tong kitar semula"  tapi di nasihatkan korang bawa sampah korang turun dan buang sendiri kat rumah ye.

Kepada yang ada bendera Malasyia or bendera Negeri yang spare tu boleh lah ganti kepada bendara yang sedia ada sebab ada yang dah nampak kusam dan koyak.

Pastikan korang membuat homework atau research kat tempat hiking yang korang first time nak tuju. Dapatkan lebih info melalui blog dan juga bertanya melalui forum.


Sumber Setia Alam Trail


Selamat berhiking..