Friday, March 28, 2014

Food Review: Lau Wan Kuetiau Goreng - The Best Among The Best in PJ

Entah kenapa hari ini tetiba tekak teringin pulak nak pekana Kuey Teow Goreng. Hmm memang banyak pilihan jika korang di Pee Jay tapi salah satu feveret place aku sejak 30 tahun dahulu ialah Kuey Teow Goreng - Lau Wan.

Sebut jer nama Lau Wan khususnya kat orang Kelana Jaya memang semua orang tau dan kenal. Femes ngalahkan YB pulak :)



Bertahan sejak 30 tahun lalu!



Sejarah

Kalau korang orang Key Jay, jika masih ingat pot pertama Lau Wan ialah di restoran Hal Ehwa ( sblom bertukar nama kepada restoran Suasana di awal tahun 80an) di SS5B Kelana Jaya. setelah lama di situ beliau telah berpindah ke retoran belakang (Restoran Jaya). Tak salah jika di katakan beliau menempa nama di restoran yang latest ni. Pelanggannya bertambah ramai dan restoran Kelantan ini bertambah Maju. Jika tak silap lebih 10 tahun beliau menyewa gerai di situ tapi then beralih angin pula. Kenapa? Oops yang ni korang kena tanya dia sendirilah .... Kalau tak silap selepas berpindah dari Restoran Jaya beliau telah berpindah ke lebih kurang 5 lokasi lain di sekitar SS5 & SS6 (dekat area Giant kecik) KJ. Last sekali pada akhir tahun lepas (2013) barulah beliau berpindah ke medan selera di SS3 PJ. Pergh berpindah randah si Lau Wan ni ngalahkan pengembara Nomad. Namun yang magicnya pelanggan beliau tak pernah berkurangan  sentiasa ada jer ... rasanya dah masuk generasi ke dua dah. Bab nie memang aku respek kat dia!

Hebat sangat ker Kuey Teow dia ni? Kata orang blom try blom tau. Yang mabelesnya rasa "air tangan" kuey teownya masih maintain sejak dari dulu lagi. Tak pernah berubah! Apalah rahsianya yer?




Jika dulu beliau hanya concentrate mengoreng kuey teow sahaja tapi kini dah diversify menunya..
Kini beliau menjual, Mee Kari, Mee Goreng, Nasi Goreng dan kalau yang minat side dish tu boleh cuba Kerang Rebus (RM5), Rojak Buah (RM5), Sotong Kangkung (RM7) & Tahu Bakar (RM3).

Mee Goreng
Mee Kari 




















Signature dish RM5 kecil / RM6 besar


Hows the taste?

Walaupun menunya dah pelbagai, tapi aku still prefer Kuey Teownya melebih menu yang lain. seyes sedap! Kalau korang kaki makan macam aku, mintaklah size besar. Dun worry potion dia memang besar.. tak kedekut punya. Secara peribadi aku juga pernah try Mee Kari beliau tapi nothing to shout aboutlah. Tahu Bakarnya pun ok walaupun somehow tahunya di goreng a bit dry. Ehh jangan lupa the main signature dish ialah Kuey Teow dia tau yang lain tu kira ala ala side dish jer :)

Kuey Teownya aku bagi 3 1/2 Bintang (daripada max 5 bintang)


Price

Harga beliau memang standard dengan harga kuey teow di jual kat tempat2 lain dalam area Kelana Jaya, so no big deal. Tapi frankly sebab potion dia besar memang value for money!






Lokasi

Jika korang biasa ke SS 3 PJ (University Garden) lokasi medan seleranya ialah bersebelahan padang bola atau lebih tepat lagi di jalan SS 3/31 PJ.

Di buka setiap hari kecuali hari Selasa (ada pasar malam)
waktu perniagaan dari  jam 5pm - 10pm

Jika korang nak tapau or nak order food siap-siap korang boleh contact Lau Wan direct. Nak whatsapp dia pun no hal hehehe





Bon Appetite!




2 comments:

  1. Dh lebih 10 tahun jual, sijil HALAL Jakim tak boleh nak apply ke? Atau tak layak sebab ada guna bahan TIDAK HALAL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses pensijilan letak syarat perlu pekerja Muslim atau manager Muslim setiap Masa di tempat berniaga.

      Business ni uncle lau yang prepare uncle lau yang masak, Mana ada pekerja Muslim.

      Only way business uncle lau nak dapat sijil halal, uncle lau kena tukar nama uncle lukman. Hehehe

      Delete