Sunday, September 15, 2013

Tips: 10 Perkara Penting Bila Nak Renew Passport Antarabangsa Malaysia

MATTA Fair baru sahaja berlalu dan tentu ada di antara anda yang dah bercadang2 dan plan nak melancong ke luar negara sempena musim cuti sekolah nanti. Ooops check dulu passport korang tu ye jika time korang nak ke oberseas tu tarikh dia kurang dari enam bulan dari tarikh luput di passport korang elok korang cepat2lah renew ye.

Dun worry, kat bawah ni aku akan share beberapa tips yang perlu anda tau sebelum korang pergi ke imigresen yang terdekat.

1. Berapa tahun nak sambung?

Korang ada 2 pilihan samada nak renew:

2 Tahun = RM100 atau
5 Tahun = RM300


2. Gambar passport

Seelok-eloknya korang perlulah prepare ambik gambar passport ni siap2 supaya tak buang masa bila sampat imigresen baru nak buat.

Korang boleh ambik gambar instant je kat mana2 kedai gambar yg secara am nya akan charge RM12 untuk 4 keping. Jangan lupa ye gambar sekarang berlatar belakangkan warna PUTIH bukan lagi warna biru cam dulu. Sila rujuk contoh kat bawah..



3. Check status perjalanan (blacklist).

Korang dinasihatkan untuk semak dulu nama anda kot kot ada blacklist tau. Cuba klik pada link kat SINI

4. Permohonan melalui online.

Oops ada kenyataan RALAT dari laman rasmi Imigresen.

Pengumuman Penting

Permohonan Pasport Online ditangguhkan buat sementara. Sebarang permohonan Pasport hendaklah dibuat di pejabat negeri dan cawangan Imigresen yang berhampiran. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke web Imigresen untuk berita terkini dari mereka sila KLIK


5. Permohonan melalui kiosk KIPPas

Kalau korang jenis malas nak beratur panjang korang bolehlah pergi ke kiosk KIPPas yang di sediakan. Ala ala cam ATMlah. Since aku sendiri belum pernah mencuba "hands on" so aku tak boleh nak komen keberkesanannya. Namun apa yang aku tau korang kena sediakan beberapa dokumen seperti di bawah.

a) Passport antarabangsa korang yang sedia ada (mesti yang menggunakan chip)
b) MyKad (pastikan chip MyKad korang boleh baca ye)
c) Salinan MyKad (depan dan belakang)
d) 1 keping gambar
e) Wang RM 100 or RM 300 (Nota RM10, RM100 dan RM50 sahaja diterima)
f) Check ketinggian anda  - ada disediakan pengukur di dinding sebelak kiosk :)

Korang boleh usha tutorial video dengan klik gambar di bawah:

Klik untuk link ke video



6. Lokasi pejabat Imigresen yang terdekat.

Bab ni korang tepuk dada tanyalah selera, pilihlah mana2 cawangan yang berhampiran dengan tempat korang. Rata2 ada menyediakan perkhidmatan hari Sabtu dan Ahad dan di buka sehingga jam 10 malam tapi korang kena tanya abang G (Google) lokasi tu kat mana ye :p


Waktu operasi:

Isnin - Jumaat : Jam 7:30 pagi - 5:30 petang (ada juga yang buka sampai 10 malam)
Sabtu dan Ahad : Jam 8:00 pagi - 1:00 tengah hari


7. Datang awal !!!

Pastikan korang datang awal tau! kalau lambat silap2 nombor pun habis. Yang paling malang sekali jika sistem OFF LINE. Bab ni memang tak dapek den nak nolonglah hehe.



Since aku duduk di area Kelana Jaya, aku pilih yang kat belakang rumah aku tu jerlah.. saja nak test sebab selama ni aku selalu patron kat Jalan Duta. Cuba tengok gambar kat atas .. jam 7 pagi pun dah ada yang start beratur...

8. Borang apa nak isi?

Ok bab ni aku sendiri buat silap! Since last time renew passport tahun 2010 time tu kena download dalam portal imigresen borang yang diperlukan kena isi detail penuh data peribadi korang (dalam 2 helai). So malam sebelum pergi tu jenuhlah kita orang dok isi. Last2 masa nak submit bila time ambik nombor rupanya brader kat kaunter tu tak pandang pun borang tu :( siap bagi sekeping kertas cinoni untuk ita orang isi balik (rujuk kat bawah). Laaaa kena isi balik ke? ni dah rugi masa dan ramai yang potong Q kita orang isk isk ruginya....


Moral of the story isi borang ni dulu sebelum or semasa beratur. Boleh minta kat kaunter. Bersama borang ni korang kepilkan juga dokumen lain seperti di bawah:

a) Passport antarabangsa korang yang sedia ada
b) MyKad (pastikan chip MyKad korang boleh baca ye PENTING- jika tidak kena buat MyKad baru dan sertakan kad pengenalan sementara anda yang JPN bagi sementatara MyKad dalam process nak buat)
c) 2 keping gambar (berlatarbelakagkan warna putih pastikan gambar tu tak sama dengan gambar yang ada dalam passport lama korang - Kena gambar baru tau!)
d) Check ketinggian anda  - ada disediakan di dinding area situ - korang boleh tanya kat sesiapa kalau tak nampak :)

9) Time menunggu dan Bayaran

Bab ni tertakluk kepada nombor berapa korang dapat dan berapa ramai yang pegawai imigresen yang jaga kaunter. Lepas nama korang di panggil  jari korang akan di scan untuk pengesahan. lepas tu korang tunggu balik tapi tak lamalah dalam masa 10 - 20 minit untuk buat pembayaran.


Lepas dah bayar korang kena tunggu 1 jam untuk passport siap. Time tu korang bolehlah nak pi makan ke, toilet ke atau ronda2 area situ.

10. Collection 

Lepas sejam korang boleh datang balik ke "kaunter pengambilan passport". Tapi jika malas nak nunggu hari esok pun korang boleh datang ambik, cuma JANGAN hilang no giliran dan resit sudah! Pastikan korang datang sendiri tau, No wakil!



Satu jer yang aku heran bila siap jer gambar passport baru aku perasa, Aik pesal gambar dalam tu jadi Black and White??? style baru kot hehe

Selamat Bercuti...

3 comments:

  1. kalau saya di luar negara. macam mana ya nak renew pasport?

    ReplyDelete
  2. Bububu..!!! Anda menjawab soklan akal saye!!! Mekasehhh.. Balance 4 bulan keto kaki cari info.. Mekaseh!!!

    ReplyDelete
  3. Abang G minta maaf sebab tak jual passport.

    ReplyDelete