Monday, November 19, 2012

Food Review: Restoran Ana Ikan Bakar Petai - Bangi


Baru2 ini tetiba hp ku berbunyi menandakan ada SMS masuk. Wah! rupanya kakakku mengajak kami satu family keluar makan & mencadangkan lokasi yang sesuai. Umpama orang mengantuk di sorongkan bantal! Aku cepat2 membalas SMS tersebut dengan mencadangkan lokasi yang telah lama ku idam nak survey iaitu "Restoran Ana Ikan Bakar Petai"di Bangi.



Sebenarnya telah beberapa kali kami ke restoran Ana ni cuma bukan di Bangi tapi di Kuantan. Sedap memang power masakan mereka. Cuma cawangan mereka di Bangi ni aku tak sure camner rupanya?  Tu yang tak sabar nak pi "usha" tu hehehe.

Kita orang plan pergi awal, dalam jam 5:30pm kami dah bertolak dari Pee Jay. Pengalaman mengajar aku yang "pot-pot" femes camni kalau lambat sampai alamat takder tempat duduklah. Berjanggut nak nunggu makanan kang :)

Ehh, kat mana lokasinya?

Senang je, kalau korang ikut lebuhraya PLUS dari KL menghala ke Selatan, keluar exit Bangi then lepas bayar Tol korang akan tempuh satu bulatan, ambik jam 9 (kira masuk kirilah). Then dalam 100 meter toleh blah kanan nampaklah restoran tu betul2 sebelah balai bomba.

Datang awal parking pun senang :)
Orang dah ramai






















Rupanya telah ramai pengunjung yang dah sampai lebih awal dari kami. Nasib baik tempatnya luas, ada tempat duduk open air, ada yang berbumbung dan kalau yang "slim" tu nak duduk bersila pun boleh, ada wakaf yang di sediakan. Memandangkan badan aku ni "comel" so terkpaksalah pilih tempat duduk yang berkerusi dan berbumbung, alasannya simple - "you know I knowlah" keh keh keh

Langkah pertama bila korang dah pilih tempat duduk ialah cepat2 memilih ikan apa yang berkenan di hati... lagi cepat pilih, cepat masak, cepat "soru" yer tak :p

Step 1: pilih jangan tak pilih
step2: pilih style masakan











Step 3: timbang & bagi no meja



Nak order style apa? Mustilah ikan bakar bersambalkan petai! Rugi kalau tak try trade mark mereka. Pergh dengar bunyi jer pun dah terliur kan :)

Kerabu manga sbg starter
Tomyam campur











Lala sweet & sour
Sotong goreng tepung










Ikan bakar - Pari + petai
Jemput makan :)











Penuh satu meja tuuu

Nyummy.... aisey time ni dah takder masa nak toleh kiri kanan2 lagi dah terus "ngap sayot". The taste kira not badlah tapi ntah kenapa rasa makanan di restoran mereka di Kuantan lebih power. Maybe mereka tanam petai sendiri kat sana kot - pikirku hehehe.

Dah kenyang tu aku pun ronda2lah keliling kawasan jap.. Tetiba rasa cam YB pulak, cewah!

Ada mini playground


Teringin Satar & kopok lekor pun ada

Ganu mari ke?


Tempat memanggang




Berapa harga?
Percaya atau tidak setiap kali ke Restoran Ana ikan bakar ni aku tak pernah bayar! Baik yang di Kuantan maupun yang di Bangi semua orang belanja :) kata orang rezeki jangan di tolak. So aku pun tak sure nak share harga dengan korang. Maybe jika ada rezeki bila aku ke sani lagi aku akan tanya direct dengan tokey kedai erk!
Bila malam lagi happening - full house!
Selamat mencuba...


1 comment: