Showing posts with label Kampung Melayu Subang. Show all posts
Showing posts with label Kampung Melayu Subang. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Food Review: Nikmati suasana santai di Island BBQ Steamboat

"Jom makan steamboat!" aku mencadangkan kepada keluarga ku "Kita sambut birthday Elynn sekali kat sana nak tak?" Tanya ku lagi... 'Elynn nak cake tau..." kata anak ke dua ku. "Ok, papa beli cakes special untuk birthday girl ye" aku memberi jaminan.

Jadi pada hujung minggu lepas kami sekeluarga telah pergi ke Restoran Island BBQ Steamboat yang berlokasi di Kampung Melayu Subang.


 

Memandangkan ini adalah pest time kami ke sini kami telah membuat tempahan terebih dahulu sebab di kabarkan penghujung ramai khususnya pada hujung minggu. Untuk dating ke sini kami menggunakan bantuan aplikasi Waze untuk mencari tempat ini. Entah kemana kami di bawa oleh Waze ni kejap masuk lorong kanan kejap belok kiri last2 di kawasan perumahan nah tersergam indah restoran tersebut. Pergh! memang ramai orang malam tu, hinggakan kami yang booking tu pun kena Q jugak. "Maaf encik, ada yang datang jam 5pm tadi masih belum bangun-bangun lagi" kata akak cashier tu kat kami. "Aik? dah 3 jam pun masih tak habis makan ke?" pikir ku.

Nasib baik menunggu pun tak lama dalam 15 minit gaklah, siap je meja kami pun zaaasss ke meja buffet...


 
 
Eeh kenapa ianya di panggil "Island steamboat?" Ooo rupanya lokasi meja buffet tu di tengah restoran dan ada kolam kelilingnya, so nak cross kena lalu jambatan kecil seperti gambar di atas.

Apa menunya???















Pelbagai pilihan sos


Selain dari pelbagai jenis fish ball dan fish cake ada juga disediakan udang, dan juga ayam dan daging yang sudah siap di marinated sedia menanti untuk di grill. Selain itu turut disediakan bihun goreng, laksa utara dan nasi lemak sebagai menu tambahan.

Boleh pilih nak sup ayam or tomyam

Terdapat juga meja untuk minuman panas dan air kordial untuk korang pilih dan apa yang menarik korang akan di beri jug so senang nak refill air yer tak...







 Memang rambang mata di buatnya... pilih jangan tak pilih yer....

Sedang aku terkial- kial nak nyalakan lilin yang dok padam sahaja sebab kipas angin dok bertiup kuat tetiba ada seoarang perempuan datang dan tolong off kan kipas tersebut. Dengan mesra beliau bertanya "Birthday siapa ni?" "Birthday anak perempuan saya" jawab ku. "Ooo sesiapa yang sambut birthday atau ulang tahun perkahwinan kat sini, kami bagi complimentary makan percuma tak payah bayar kepada birthday girl" jelas nya. Fuyoo very unsangkarable. "TQ..TQ" itu jer jawab ku hehehe. Ehh sapa perempuan tu? rupanya dialah owner tempat ni.. memang peramah orangnya semua pelanggan dia akan tegur. Patutlah perniagaannya maju :)


Happy Birthday Elynn

Hokkaido cake


Aik Caja pun nak tiup cake jugak ke?

 Review Time...

Makanan

Walaupun pilihan steamboatnya pelbagai tapi rasanya so-so jer. Tapi nasi lemak dia memang mabeles korang patut cuba tau! Overall 2 1/2 bintang dari 5

Service

Walaupun pada mulanya kena menunggu tapi terubat dengan layan mesra pekerja khususnya owner mereka sendiri - 4/5 Bintang

Harga

Kalau di ikutkan memang value for money dan antara steamboat yang termurah di sekitar Lemah klang - 4/5 bintang.



Waktu operasi





Kemudahan dan suasana persekitaran

Tiada masalah untuk parking dan disediakan juga kemudahan surau. Suasana ala-ala kampong style - 3/5 bintang


Alamat:

Lot 3370, Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor, 40150 Shah Alam, Malaysia
H/P: +60 12-680 0041







 Bon Appetit