Monday, May 21, 2012

Restoran Sajian Utara Kelana Jaya

Apa nak makan for breakfast pagi nie ye? soalan nie ku ajukan kepada isteri ku. "Roti Jala nak?" - isteri ku memberi cadangan. Hmm gud idea! Asyik rotchai (roti canai) je boring gakkan sokong ku. Kat area Kelana Jaya ni hanya ada 1 restoran je yang menyediakan roti jala for breakfast iaitu Restoran Sajian Utara.



Nak ke restoran nie kenalah datang awal, sebab nya mudah 1) takut full house dan 2) makanan habis :)  Tapi dun worry ramai yang datang sini ialah family so jarang yang dok melepak lama2 & kalau full house pun tunggulah kejap, bukan senang nak dapat dan kena penangan roti jala nie. Boleh termimpi2 tau!



Selain dari roti jala ada menu lain yang disediakan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan kuih muih. Semuanya style ala Utaralah.



Eeh korang pernah makan atau dengar kuih 'Serabai" ? Kuih yang memang femes bagi penduduk belah utara. Yang uniknya kuih tu pun ada di jual di sini. Kenapa nama kuih tu digelar "serabai"? yang tu aku tak boleh jawablah sebab aku bukan orang utara hehehe.

[caption id="attachment_245" align="alignnone" width="150"] kuih "Serabai" 60 sen sekeping[/caption]

[caption id="attachment_246" align="alignnone" width="150"] Roti Jala RM 1.20 satu set (2 keping roti jala + kuah kari ayam)[/caption]

Berbalik kepada roti jala tadi, dengan resepinya dan teknik penjalaan ramuan ke atas kuali memang just right. Kena pulak bila di cecah kuah kari ayam yang pekat tu perghh! Power.... tu yang aku order 2 set just for me sorang hahaha.

Memandangankan akak pengusaha restoran ni aku kenal dan pernah berurusan untuk order catering sebelom nie, so aku mintak izin dulu sebelum ambik gambar (kalau tempat lain aku main snap je photos). Nak jadikan cerita akak nie siap offer aku masuk dapur nak tunjukkan satu lagi signature dish mereka. Uiks jangankan aku jer yang terkejut mendengar lawaan tersebut, si chef yang kat dapur tu pun terkulat2 tengok ada tetamu yang tidak di undang nie. Apa agaknya menu istimewa yang akak nie nak tunjuk agaknya? pikir ku...

[caption id="attachment_247" align="alignnone" width="150"] Kari kepala Ikan Jenahak - RM25 satu[/caption]

Mak ooi, mengiurkan. "Tak nak try ke?" tanya akak tu. "Next change ye kak" hehe jawab ku. Memang aku dah setkan dalam senarai "To do list" aku. Lepas nie aku memang ada "date" dengan si ikan jenakah pulak. So kalau ada peluang try aku akan updatekan dalam blog ye....sabar geng.

Masa korang nak bayar kat cashier tu nanti ada jugak di jual pelbagai jenis "jajan" dan kerepek so kalau berminat bolehah "tapau".



Restoran Sajian Utara

No 11, jalan SS 5B/6 Kelana Jaya

Tel: Ahmad Safai - 012-2176316 & Nuri Azmi - 017-3155316

Waktu operasi

Isnin - Jumaat - 7 pagi - 8 malam

Sabtu - 7 pagi - 4 petang

Ahad - 7 pagi - 12pm (untuk breakfast sahaja)

* Mereka juga ada menerima tempahan catering.

No comments:

Post a Comment