Nyummy :)
Rencah-rencahnya (untuk hidangan 4 - 5 orang):
5 cawan Basmathi - di cuci & toskan
1/2 cawan susu cair
Tomato puree size sederhana
2 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Daun pandan & daun sup
Bahan tumisan:
3 ulas bawag putih - dihiris
5 ulas bawang merah -dihiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis - lebih kurang dalam seinci
2 kuntum bunga lawang
Hiasan
Daun sup
Bawang goreng
Hirisan hati ayam - yang telah digoreng
Memandangkan kat rumah aku ni takder tempat nak masak guna dapur kayu so terpaksalah "make do" dengan "rice cooker" jer hehe. Yang penting teknik kena btollah.
Sebagai permulaan sediakan periuk dan tumiskan bahan2 di atas sehingga naik baunya. Masukkan susu cair.
Kemudian masukkan pula sos tomato puree, garam secukup rasa & gaul hingga rata. Tambahkan air dan biar hingga mendidih.
Sediakan periuk rice cooker tadi dan masukkan beras yang telah di toskan (kering). Kemudian transfer bahan hasil tumisan tadi ke dalam rice cooker bersama beras. Masukkan minyak sapi & daun pandan biarkan masak seperti biasa. Hidangkan bersama bahan2 hiasan tadi.
Lebih afdal jika di sediakankan hidangan ayam masak merah & kari daging untuk di "kawan"kan dengan nasi tomato. No worries lepas ni aku akan update resipi kedua-duanya. Tunggu yer :)
Bon Appetit...