Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Resipi corner - Nasi Lemak PM

Sempena cuti umum hari ini sempena Maal Hijrah aku mengambil peluang ini untuk menhidang menu nasi lemak sebagai sarapan pagi kami seleuarga. Buhsan pulak asyik dok beli je... baik masak sendiri baru marvelous!


 

Bahan-bahannya (untuk hidangan 4-5 orang):

5 pot beras
2 paket santan (kira hasil dari perahan 2 biji kelapa parut)
3 1/2 pot / gelas air
3 helai daun pandan - dicairk tengah dan di ikat simpul
sedikit hirisan halia
garam secukup rasa
1 sudu kecil halba - optional

Bahan2 sampingan:

5 biji telur rebus
kangkung celur or masak belacan
ikan bilis goreng dan kacang


 


Masukkan beras yang telah dibasuh kedalam rice cooker dan tuangkan santan serta daun pandan.
 
 
 
Kemudian letakkan hirisan halia & halba serta garam secukup rasa.
 
 
Pastikan bila nasi tersebut sudah masak off kan switch rice cooker kerana takut kerak pula nasi tu.
 
 
 
 
Antara bahan2 wajib sebagai teman kepada nasi lemak ialah telur rebus, ikan bilis dan kacang. Kena pulak ada sambal tumis ikan bilis petai & ayam goreng berempah , pergh terliur beb! hehe. No worries next round aku akan share resipinya. Tungguuu ye..
 
 
 
 
Oops lupa pulak yang aku tulis initial PM kat tajuk nasi lemak tu bukan Perdana Menteri ye tapi PantunMan :p
 
 
 

 
 
 





Tuesday, November 13, 2012

Resipi corner - Nasi Tomato

Sempena cuti Deepavali ini ku ambil kesempatan secukupnya dengan membuat planning untuk memasak nasi tomato. Hmm, asyik beli kat pasar malam je ... mana "kick" yer tak... baik buat sendiri baru puas!



Nyummy :)
 
Rencah-rencahnya (untuk  hidangan 4 - 5 orang):
 
5 cawan Basmathi - di cuci & toskan
1/2 cawan susu cair
Tomato puree size sederhana
2 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Daun pandan & daun sup
 
Bahan tumisan:
 
3 ulas bawag putih - dihiris
5 ulas bawang merah -dihiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis - lebih kurang dalam seinci
2 kuntum bunga lawang
 
Hiasan
 
Daun sup
Bawang goreng
Hirisan hati ayam - yang telah digoreng
 
 
Memandangkan kat rumah aku ni takder tempat nak masak guna dapur kayu so terpaksalah "make do" dengan "rice cooker" jer hehe. Yang penting teknik kena btollah.
 
 
 
 
 







 
Sebagai permulaan sediakan periuk dan tumiskan bahan2 di atas sehingga naik baunya. Masukkan susu cair.
 


 

 
Kemudian masukkan pula sos tomato puree, garam secukup rasa & gaul hingga rata. Tambahkan air dan biar hingga mendidih.
 


 

 
Sediakan periuk rice cooker tadi dan masukkan beras yang telah di toskan (kering). Kemudian transfer bahan hasil tumisan tadi ke dalam rice cooker bersama beras. Masukkan minyak sapi & daun pandan biarkan masak seperti biasa. Hidangkan bersama bahan2 hiasan tadi.
 
 
 

















 
Lebih afdal jika di sediakankan hidangan ayam masak merah & kari daging untuk di "kawan"kan dengan nasi tomato. No worries lepas ni aku akan update resipi kedua-duanya. Tunggu yer :)

Bon Appetit...