Bahan-bahannya (untuk hidangan 4-5 orang):
5 pot beras
2 paket santan (kira hasil dari perahan 2 biji kelapa parut)
3 1/2 pot / gelas air
3 helai daun pandan - dicairk tengah dan di ikat simpul
sedikit hirisan halia
garam secukup rasa
1 sudu kecil halba - optional
Bahan2 sampingan:
5 biji telur rebus
kangkung celur or masak belacan
ikan bilis goreng dan kacang
Masukkan beras yang telah dibasuh kedalam rice cooker dan tuangkan santan serta daun pandan.
Kemudian letakkan hirisan halia & halba serta garam secukup rasa.
Pastikan bila nasi tersebut sudah masak off kan switch rice cooker kerana takut kerak pula nasi tu.
Antara bahan2 wajib sebagai teman kepada nasi lemak ialah telur rebus, ikan bilis dan kacang. Kena pulak ada sambal tumis ikan bilis petai & ayam goreng berempah , pergh terliur beb! hehe. No worries next round aku akan share resipinya. Tungguuu ye..
Oops lupa pulak yang aku tulis initial PM kat tajuk nasi lemak tu bukan Perdana Menteri ye tapi PantunMan :p
No comments:
Post a Comment