Resipi yang aku nak share dengan korang kali ini ialah Ayam Masak Merah, Cuba usha gambar di bawah... cam best jer kan :)
Bahan2 yang diperlukan (hidangan untuk 3 - 4 orang):
1 ekor ayam - dipotong 16 (aku guna 8 ketul jer)
5 sudu besar minyak masak
Sedikit kicap manis & masin
1/2 botol cili sos
1 sudu cili boh
Sedikit garam & gula (jika perlu sebab dah ada kicap2 tadi)
1/4 bawang holand - di mayang
Sos tiram - secukup rasa
1 sudu stok ayam
Ramuan tumisan
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawah putih - ditumbuk
2 ulas daun limau purut
Sebelum apa2 kita peramkan ayam dulu. simple je tak payah nak letak ramuan banyak2 sebab kita perlu goreng dulu sblom campur dengan ramuan lain. So korang just peramkan ayam tu dengan ampuran kicap manis & masin then letakkan ayam tu ke tepi.
Then setelah 30 minit korang bolehlah goreng hingga masak. Pastikan api dapur sederhana besar.
Bila dah masak bolehlah angkat dan letak ke tepi jap sementara nak siapkan sosnya. Ooh ye gambar kat atas tu bukan hangus tau tapi kan tadi letak kicap hehe.
Masukkan bahan2 tumisan tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cili boh & tomato sos sehingga mendidih.Tuangkan sedikit sos tiram & stok ayam bagi penambah rasa. Jangan lupa masukkan sekali daun limau purut & bawang holand dan kacau bagi sebati sebelom di tuangkan kepada ayam tadi.
Bolehlah dihidangkan bersama Nasi Tomato atau Nasi Minyak mau pun Nasi Briani. Nak ratah camtu jer pun nohal :)
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment