"Mini John" a.k.a Roti John Mini
Bahan-bahanRoti Hot dog - mengikut keperluan
Telur - mengikut keperluan
Daging sausage - dipotong kecil (dadu)
Minyak masak
Sedikit garam
Lada sulah
Hiasan
Daun salad
Timun
Cara menyediakannya
Panaskan minyak di kuali dan pabila sudah cukup panas gorengkan dulu potongan sausage tadi sehingga separa masak. Keluarkannya dan letak di dalam bekas.
Pecahkan sebijik telur kemudian kacaukannya dan tuangkan separuh telur tadi ke dalam kuali (sebutir telur ayam gred A boleh membuat 2 hidangan). Taburkan garam & lada sulah secukup rasa.
Kemudian taburkan pula potongan sausage yang telah di masak tadi di atas telur. Tips: pastikan jangan tabur di tengah cukup sekakadar kiri dan kanan telur sahaja. kenapa? cuba check kat bawah...
Balik2kan roti tadi sehingga nampak garing dan bolehlah angkat untuk di hias & hidangkan.
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment