Tuesday, May 15, 2012

Original Kayu Nasi Kandar Penang

Salah satu lokasi favorite kami sekeluarga kalau nak pekena makanan "Mamak" ialah kat Original Kayu Nasi Kandar di SS2 PJ. Lokasi tempat ni lebih dikenali sebagai "Chow Yang". Di kabarkan sejarah nya bermula sejak tahun 1974 lagi. Terdapat 7 cawangan kesemuanya 1 di Penang dan 6 lagi di lembah Klang. Di ss2 ini ialah HQnya. Tempat dia memang cozy, ada aircond dan non aircond. Kalau yang kaki "berasap" tu pandai2lah pilih pot ye. Kebersihan memang tip top. Selain dari menu nasi kandar (specialty tempat nie) yang bestnya ialah Roti Tisu & Roti Boom. Memang sedap!.



Kalau lihat gambar di atas pelbagai lauk pauk tersedia memang mengiurkan. Tak payahlah korang pikir nak diet kalau datang sini buang karen je. Jika order nasi kandar pastikan korang mintak kuah campur (semua letak) bila dah banjir tu memang tak jumpa nasi punyalah :) Since matlamat kita orang nak makan roti so kita orang setakat cuci mata je lah....



Roti tisu dia memang besar siap kena alas 3 pinggan! Jangan berangan nak habiskan sorang, elok berkongsi bukan apa sebab roti nie rangup dan manis so cepat muak! Roti Boom dia pun power, tapi cam abang nya si roti tisu gak makan sikit jer dah kenyang.

Pricing wise hmm korang paham2 jerlah restoran mamak nie kan

Roti Tisu : RM 5.00

Roti Canai: RM 1.20

Roti Telur: RM 2.50

Roti Boom: RM 2.00

Poori: RM 3.50

Nasi Kandar: Oops sorry  harga tak sempat check sebab mamak tu dok jeling2 masa  aku dok ambik gambar dia!

Alamat

No 64, Jalan Ss2/10, 47300 PJ TEL: 03-78764767

Open 24 hours.

Tips: Kadang2 tu bila time nak order pastikan korang explain kat waiter tu betul2 sebab ada kalanya mereka baru turun dari "kapal". Pastikan juga korang check hari apa yang ada pasar malam kat situ (tak silap Khamis) sebab sure masalah parking akan timbul.

No comments:

Post a Comment