Saturday, May 19, 2012

Syed Bistro SS 6 Kelana Jaya

Di awal tahun 2005 berlaku satu fenomena luar biasa di mana tetiba jer restoran Mamak tumbuh bagai cendawan. Mereka seperti berlumba2 untuk membuka cawangan mereka di pelbagai lokasi. Kalau anda ke Subang Jaya tentu pernah singgah di Ravi's corner yang kemudiannya di upgrade jadi Gazebo (Sekarang pot tu dah jadi service apartment!). Di USJ pula Restoran Sri Melur menjadi popular dengan cawangannya sampai ke Shah Alam. Sama juga di Kelana Jaya, sebut jer restoran Syed semua orang tau. Dengan signiture dish "Nasi Briyani Bukhara" mereka dan tag line " The one and Only Bukhara Briyani" sapa yang tak kenal? Lokasi pertama mereka ialah di SS5B kedai corner (dulunya restoran Al Ehwa), kemudian buka satu lagi di SS3 Taman universiti (depan Dewan) dan last kat Giant lama di jalan SS 6/3 depan CIMB Bank. Logo Wisma Syed tersergam megah kat sana. Kebetulan pula time tu aku baru berjinak jinak sebagai property agent so aku pun tertanya dalam hati, apa motif bukak banyak2 branch nie? dekat2 pulak tu! Adakah kerana branding? promosi? terlebih duit? atau ada agenda lain? secara logik memang tak masuk akal. Boleh buat untung ke? Crowdnya sama gak! Anyway macam aku cakap since aku baru dalam real estate so aku tak ambik potlah.

Tu citer 7 tahun dulu!. Apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya.... dari 3 cawangan Syed yang aku story kat atas, hari ini tinggal 1 jer di SS 6/3 yang juga merupakan HQ mereka. (oops cawangan di klang valley lain aku tak campur ye). Secara peribadi di antara 3 lokasi yang disebutkan tadi aku selalu patron yang kat ss5B. Tempat dia selesa dan yang paling best masakan "ala Tomyam" mereka memang marvelous. Dalam seminggu 3 kali mesti aku singgah ke sana, kalau tak makan pun setakat pekena teh tarik pun jadilah. Pernah gak aku terpikir - Kuat gak ye "manderam" mereka hehehe. Yang aku heran, aku jer yg regular! Brader cashier "dari seberang" pun peramah. Tapi one day tu dalam early last year dia bisik kat aku. "Bang, kedai nie tak lama lagi akan tutup". Aiks what happen? aku tanya dia balik tapi dia buat muka blurrr oops dia tak paham english kot hehehe. "Kenapa tutup?" ulang ku. "Tak cukup staffs" Ooooooo. Baru aku tau. So since tutup kat SS5B aku pindah yang kat SS3 pulak. Kat sini lebih selesa sebab dia 2 tingkat. Aku pun tak pernah naik kat tingkat atas sebab selalu tutup je. Cuma aku kurang minat kat sini sebab tukang masak ala carte dia lain. so rasa masakan pun kureng. Isk Isk tensen gak. Yang best tu brader cashier kat SS5B tu pun pindah jaga kat SS3 jugak. so kenkadang tu dapatlah diskaun barang seposen dua :) Pisst! korang pernah dengar restoran mamak bagi diskaun ke? Jangan haraplah. (my sincere pendapatlah). Anyway brader tu bisik kat aku lagi yang restoran nie pun nak tutup gak! La islabonita.....tutup lagi?

Actually citer kat atas tu sebagai mukadimah saja nak berkongsi sejarah restoran Syed nie di Kelana Jaya. So sekarang pendek cerita tinggal satu di SS 6/3. tapi mereka kaw kaw renovate, pekerja pun ramai. Beruntung mereka dapat corner lot bersepah sepah meja meraka! Bila malam je depan CIMB ada meja mereka, kat area MBPJ tanam pokok pun ada meja mereka. Sesenang 100 meja mereka akan susun dalam satu malam. Aku rasa Feng shui tempat nie mamang betul2 "ong" buat Tuan Sued kita kot. Perniagaan makin maju. Kalau kena malam match bola EPL, kena pulak pasukan power lawan MU ke Liverpool ke, Chelsea ke, Arsenal ke sure full house sampai kat rumah aku yg jaraknya 1km pun boleh dengar sorakan mereka. Commercial break jap - Since aku sorang je yang sokong Manchester City, aku jaranglah turun sana time ada match hehehe "you know I knowlah kenapa yer tak".

 

Pasal menu makanan mereka yang paling buat aku happy ialah masakan "ala carte" mereka kali ini memang menepati citarasaku. yang pasti chef mereka bukan orang lama kat ss5B dulu tapi aku no hal janji sedap.  TAPI yang paling mengelikan hati ialah Nasi lemak mereka ada option untuk korang letak lauk "tempe" hehehe. You all should try, pelik tapi sedap! Menu lain ialah Satay ayam - boleh tahan gak tapi RM 1 secucuk. Western food pun ada tapi semua kuah black papper yer, mashroom souce tarak.

[caption id="attachment_217" align="alignnone" width="150"] Bukhara Kambing - power beb![/caption]

[caption id="attachment_218" align="alignnone" width="150"] My favourite drink - Milo kosong panas[/caption]

Satu lagi yang aku nak share kat korang ialah minuman favourite aku seperti kat atas tu - walaupun "kosong" (ehem jaga kesihatan beb) tapi memang power gila! Aku nak tanya sikit, korang pernah minum milo kan. Kenapa mereka letak sudu kalau korang order milo panas? jawapan - supaya senang kacau bagi sebati sebab milo nie kalau tak di usik dan kacau akan larut ke bawah so nampak berlapislah. Tapi yang musykilnya milo panas kat sini tak macam tu! korang biarlah dia tetap sebati. Heran bin ajaib kan. Soalan ke 2 aku, korang tau tak kenapa? Ok aku bagi salan bocor yang actually bini aku yang terangkan hehehe...Milo nie kalau lama dalam paket dan jarang di gunakan akan berketul2 so tu sebabnya dia susah nak sebati. Hmmm logik gakkan.. so maknanya Milo kat Syed nie sentiasa fresh lah orang order none stop. Ooooo patutlah.



Harga Nasi Briyani;

Bukhara Ayam - RM 11

Bukhara Kambing - RM 13

Roti Canai - RM 1

Nan Cheese - RM 3.50

Bihun Goreng - RM 4.50 + Telur dadar RM 2.00

Milo kosong - RM 2.00

So tak banyak bezakan dengan harga kat kedai mamak yang lain. Kat bawah nie full menu mereka tapi sorrylah kurang jelas sebab aku ambik guna tablet terkial kial gaklah aku nak zoom hehehe.



So kalau korang datang ke Kelana Jaya jangan lupa singgah ke Restorang Syed. Kena pulak time sekarang nie mereka tengah buat promosi Mangga dari India...



Nampak menarik tapi aku pun blom try ... maybe next round kot lagi pun apa susah dah meamang hari2 aku pot kat sini. Dah jadi macam My 2nd home program laks hehe. Lagi pun sebagai property agent "Kat mana kedai mamak kat situlah office ku" - cewah!

Bon Appetit...

No comments:

Post a Comment