Baru2 nie ketika umat islam bakal menyambut Hari Lebaran tinggal 2 hari sahaja lagi aku menghadapi masalah yang besar. Uiks pebender tu? Nak cari pot untuk berbuka puasa hehehe. "Masalah besarlah sangat!" perli my wife - keh keh keh. Seperti tahun2 yang lalu pot favourite kami untuk di ambang terakhir Ramadhan pastinya ke Restoran Muhibbah Seafood di Kampung Sungai Penchala. Bukan apa dah buhsan dok pekena food kat bazar jer sesekali kenalah ubah menu dan lokasi yer tak. Mula2 plan nak walk in je tapi sejarah dah mengajar elok book awal2 kalau tak sure full house! So aku pun booklah 2 minggu awal! siap order makanan siap2 lagi so bila sampai tunggu jer Azan..Ngap sayot! Terkezut waiter restoran tu bila aku kol untuk booking sure dia pikir dah kemaruk kot :)
OOh ok aku story sikitlah pasal restoran ni. Kalau nak tak lokasi mereka di Sungai Penchala ni baru lagi dalam 1 - 2 tahun. Tapi restoran ni dah ada sejak hampir 30 tahun dulu! Di awal tahun 90an. Lokasi pertama mereka ialah di kaki lima jer tau di Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail - gerai tepi jalan je time tu. Lama jugak mereka pot kat sana dan masa tu ada lebih kurang 10 gerai makanan yang lain berderet di tepi jalan. Rata2 menjual masakan Tom Yam. Cuma gerai Muhibah je yang special sikit mempromosikan masakan Chinese Food - Halal. Pelanggan mereka jangan cakaplah..datang dari jauh pun ada , Johor , Melaka , Penang err satu Malaysia lah. Then setelah bertahun di lokasi tersebut mereka pindah ke tempat yang lebih seleasa iaitu mereka sewa 2 tapak kedai di jalan yang sama. Itu pun maybe kebetulan DBKL nak besarkan jalan demi pembangunan hmm about timelah. Pelanggan mereka makin bertambah..pergh power manderam mereka hehehe. OOps makanan mereka memang ada kelas & sedap... dan yang penting harga berpatutan! So lokasi terkini mereka ialah seperti gambar di atas. Di tanah seluas 1 ekar, atas bukit pulak tu..kalau cadang nak buat wedding pun boleh try tanya kot.
Tu yang kena book awal2 tu kalau tak duduk bersilalah jawabnya....Hmm apa agaknya signature dish mereka? Jom usha kat bawah...
Menu makanan & harga
Harga makanan mengikut size hidangan dari size kecil, sederhana dan besar. Kecuali harga ikan mengikut harga pasaran semasa. Ooh ye kat sini takder jual Ketam & Shark fin soups ye kalau ada yang ngidam kenalah tapau dari rumah or kedai lain :)
Info: Harga di letak kan di dalam blog ini ialah size medium.
Dari kiri: Japanese Tahu ( Tahu Singkong) - RM16 & Asperagus masak belacan - RM 13
Dari kiri: Daging black pepper - RM23 & Lala sweet Sour - RM 14
Dari kiri: Ayam lemon - RM21 & Sotong goreng tepung - RM16
Dari kiri: Ikan Siakap masak goreng kicap - RM 6.50 per 100gm
Err yang atas nie takder harga hehe nampak tak licinnnn. Actualy ada banyak style masakan tapi menu kat atas tu memang menu kami sejak dulu. Cuma kenkadang tu ubah2 sikitlah tambah sup ke, udang butter ke tak pun you all kena try Hokien mee perghh sehingga menjilat pinggan!
Lokasi
Orait camner nak ke sini? kalau korang ikut LDP dari arah Kelana Jaya ke Kepong, korang akan lalu 1 Utama dan lepas sahaja fly over tu korang ikut lorong kiri. Sebelum simpang kiri ke The Curve / Mutiara Damansara korang akan nampak tanda arah ke Lebuhraya Penchala Link. Ikut arah tu. Paling selamat ikut lane tengah. Lepas korang naik flyover ke Penchala Link (Kiri Damansara Perdana) korang jalan dalan 500 meter ada siginage tulis exit kiri untuk ke Kg Sungai Penchala / Taman Tun Dr Ismail. Ikut exit tu dan turun bawah...ada trafic light masuk kiri. Jalan sikit dalam 200 meter ada simpang "T" dan ada trafic light (depan tu ada Masjid Jamek). Belok kiri dan jalan dalam 150 meter ada satu lagi trafic light. Kat situ korang toleh ke arah "Jam 1" Haaa dah nampak sign board dia besar2. Kalau datang awal boleh lah parking dalam kalau tak park je kat tepi jalan tu no hal tapi janganlah block entrance rumah orang ye dan double park!
Kat bawah ni alamat lengkap mereka. Di sarankan calling2 dulu untuk booking.
Muhibbah Seafood
No: 2851, Jalan Seri Penchala
KG. Sungai Penchala
68000 Kuala Lumpur
TEL: 03-77273153
Waktu operasi:
Isnin - Ahad - Jam 12pm - 3pm & 6pm - 11pm (lunch time & dinner sahaja) * better call dulu :)
Selamat Menjamu Selera....