Showing posts with label Bon Appetit. Show all posts
Showing posts with label Bon Appetit. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Burger Otai - Rasailah keenakan daging burger homemade yang sebenar

Satu malam tu ntah kenapa perut  ku tetiba berbunyi. Uiks pesal lapar lagi ni? Apa makanan best untuk buat "supper" ni? "Nak burger papa!" tetiba anak bongsu ke mencelah. Hmm cam best jer cadangan tu. "Kita try burger "Otai" nak?" Tanya ku balik "Yay!!" jawab Caja. Settle satu masalah hehe

Walaupun bersepah2 gerai burger di Kelana Jaya ni tapi salah satu fevered aku ialah "Burger Otai" yang jaraknya sekangkang orang utan jer dari rumah ku. Lokasinya di main road Jalan SS 6/1 Kelana Jaya berdepanan dengan Bank CIMB & Restoran Syed Bistro (sila klik review Restoran Syed kat SINI.)

Stall yang ceria berkonsep warna "Kuning, Merah & Biru"

Di buka seawal jam 4pm sehingga lewat malam korang boleh mencuba "talian hayat" tersebut bila time perut korang berkeronong :) Ehh, apa yang best sangat dengan burger ni? Yang penting tentulah "patty" or daging burger yang di buat sendiri (homemade). Kalau korang nak tau burger Otai ini adalah berkonsepkan franchise. Dari jauh korang dah boleh nampak gerai ni yang terserlah kecerian
warnanya.













Selain dari daging burger, sayur2an yang diletakkan juga segar dan bukanya seperti gerai2 burger lain yang suka sangat letak sayur kobis yang dah layu or keras. Mereka letak "Lettuce". Kena pulak campur dengan mayonnaise + sos lada hitam -  Pergh memang marvellous geng!

Harganya pula mungkin ada sedikit mahal tapi memang berbaloi beb!

Menu & harga

So jika korang datang ke Kelana Jaya, jangan lupa singgah ker Stall Burger Otai ni. Jangan lupa kena datang awal sebab kenkadang Q nya panjang...













Bon Appetit....

Monday, November 26, 2012

Food Review: Restoran Asian Cibo - Kelana Jaya

Baru2 ni bersempena ulang tahun my wife, aku anak beranak becadang untuk membuat satu surprise dinner untuk beliau. Satu mesyuarat serampang 8 mata antara aku dan 3 orang anak ku dibuat. Soalan penting kat mana nak "sik fun" ni? Anak sulongku mengesyorkan agar aku masak yg special untuk malam tu. Alamak pikir ku "err hari ni Chef cutilah" kata ku hehehe "kita makan luarlah" cadangku
pula "Yay!" lagi 2 orang anakku menyampuk. Aiks tak sedap ke masakkan ku? keh keh keh "Kat mana?" tanyaku lagi "Fast food!!!" serentak mereka bercakap. Laa cam dah berpakat jer.. "tak naklah! kita makan yang special sikitlah" cadangku lagi. Last2 kami list down senarai restoran yg berdekatan. Memandangkan hari itu adalah hari Jumaat so kena ambik kira gak dengan jem, musim hujan lagi so terpaksa cari lokasi yg berdekatan dengan area Kelana Jaya jugaklah.

Berikut adalah list kita orang :)
  1. Mc Donalds
  2. KFC
  3. Sam Hadramawt - restoran makanan arab
  4. Restoran Asian Cibo - muslim chinese food (halal)
  5. Las Vacas
Memandangkan yang kami semua plan nak makan set dinner so 4 lagi pilihan terpaksa di tolak tepi dengan menggunakan kuasa veto ku, tensen jer anak2 ku keh keh keh. "Ok kita beli kek sekali ye" cadangku untuk mengambil hati mereka. Barulah nampak heppi muka masing2.

Restoran Asian Cibo - Kelana Jaya



Jam 3pm aku dan anak sulung ku dah terpacak depan restoran... TAPI.."Tutuplah Papa!" kata anak ku
"Aik, very unsangkarable ni" pikir ku.. fenin aku dibuatnya. "Hmm. Blom bukak kot?" kata ku menyedapkan hati. "Jom kita cari kek dulu" cadang ku pula.

Cake hunter..

"Nak beli kek apa papa?" Tanya anakku Amri. "Apa kata kek yang spesel sikit untuk mama... kek cokelat durian!" cadang aku. Anak aku ternganga je dah terliurlah tu hehe. Masalahnya jenuh semua kedai kek yang aku tau dan survey takder menjual kek durian. Laaa frust lagi aku dibuatnya. Tetiba aku teringat anak perempuan aku pernah bagi tau yang kek cokelat durian ada di kedai kek di Dataran Prima PJ. Cuma masalahnya aku tak tau nama café tu. Tinggal 2 jer kedai kek yang aku blom usha... Di Jaya One PJ & PJ Paramaount. Café di Jaya One tu selalu aku temankan isteri aku pergi tapi aku selalu tak turun , just lepak dalam kereta (sebab double park). So aku tak sure kat mana actual lokasi café tu yang aku tau isteri ku akan masuk dan dalam menuju ke arah Cold Storage. So aku pun main redah je lah masuk je ke dalam Cold Storage nampak pulak kedai bakeri terus tanya... "Kek durian ada?" "Ada" Jawab minah cashier tu sambil menunjuk ke satu arah. Laislabonita tu buah durian - Cis! Aku terus seret anakku keluar dan jumpa pulak brader jaga kereta. Plan nak tanya dia pulaklah. Kalau dia buat lawak bodoh gak kang siaplah! ;p kali ni aku ubah strategi aku terus tanya mamat tu kat mana ada jual kek. "Boss, u jalan kasi depan sana ada kedai bawah tangga" hmm mamat bangla rupanya hehehe . Tanpa berlengah aku terus bergegas ke tampat yang dia tunjukkan - tetiba terasa macam di Explore race pulak aku :) Ok tangga dah jumpa tapi kedainya mana? "Tu papa!" cakap anakku. Laa cinoninya kedai , jap-jap aku check nama kedai - Just Heavenly - Kompem nama ni lah yang isteri ku pernah sebut hehe. "Cake durian ada tak? yang campur cokelat" tambah ku. "Ada tapi kena order bang, kena tunggu 3 hari" jawab minah tu dan secara automatik terus memunahkan harapan aku lagi sekali.

Ok tinggal satu lagi option kedai kek... di Australia Cake House di PJ Paramount. Sampai kat kedai tu, masuk je dalam aku terus tanya kat uncle belakang counter. "Uncle, itu durian cake ada?" 'Ada..ada, lu tengok itu dalam freezer" yebedabedu.. fuh lega! Aku pun cepat2 ke belakang kedai.. "Ehh, ni sponge cake ke uncle" tanya aku balik sebab cake tu Nampak plain je takder nilai2 artistic langsung hehe kaler pulak warna putih kalau cokelat baru marvellous. "Yer lor" ringkas je dia jawab. Apa2 hal kena tastelah dulu yer tak mana tau rupa tak lawa tapi rasa sedap. Kita orang pun buat upacara food testing, terpaksa beli satu slice cake (RM8.00). Hmm boleh tahan gak - sedapnya. "Ehh uncle, mau tanyalah ini kek kalau simpan luar berapa lama boleh tahan?" tanya ku. "Woo, kalau luar 1 jam saja, U kena letak itu freezer lor" panjang lebar penerangan uncle tu. Aisey tak boleh jadi ni, plan dinner jam 9pm, mana nak simpan kek ni sementara waktu. kang bawak balik tak surpriselah pulak. Kalau simpan kat frezer restoran di buatnya peti sejuk dia tak pasal2 berbau durian pulak kang . "Papa, kita beli kek lainlah, Mama pernah cakap kat Amri dia suka Blueberry cheese cake" tetiba anakku memberi pendapat. "Uiks! awat tak habaq awal2!!" Terpaksa tukar plan "B"...ok settle satu perkara. Legaaa 8 saat....

Kita orang pun patah balik ke restoran tadi dengan harapan dah bukak, yelah dah jam 6pm ni. Sampai2 je depan kedai kita orang dah Nampak staff restoran dok menyusun kerusi. Yes!! dah bukak... aku terus masuk tanpa bagi salam dan jumpa dengan supervisor kedai, booking untuk jam 9pm. Aku suruh dia simpan kek tu dan tunggu signal dari aku bila nak keluarkan kek tu. Minah tu senyum-senyum je - tanda pahamlah tu kot pikir ku - ahaks.

The Surprise..

Nampaknya so far so good. Walaupun awalnya ada 'hiccups" sikit, harap2 lepas ni smooth all the way jer lah. Isteriku dah tau awal2 yang malam ni kita orang nak ajak dia keluar makan, cuma lokasinya sahaja - secret!. Satu PJ jugaklah kita orang bawak dia pusing2 last2 bila park je depan Restoran Asian Cibo, isteri ku perli. "Laa ingatkan jauh sangatlah restorannya - ni baling selipar dari rumah pun boleh sampai!"

SURPRISE!!! kata ku mengcover line :)

The Menu

Since perut pun dah lapar... kita orang terus order tanpa membuang masa.














ayam lemon - RM19.90
claypot bean curd - RM13.90










Daging black pepper - RM23.90
Sotong goreng tepung - RM21.90











Asperagus goreng belacan - RM16.90
Siakap masak 3 rasa - RM6.95 (100gm)











Sampai penuh satu meja





Memang tidak di nafikan cara masakan hidangan ala Chinese Muslim ni memang "kelas". Sebab lapar punya pasal sorang pun tak berdecit bila makan. Penuh kosentrasi tuuuu.

kejap ada...
kejap takder












Icing on the Cake

Bila dah licin semua makanan tetiba anak bongsuku bukak mulut "Sedap tak mama?" tanya beliau kepada my wife "Sedappp...tapi mana cakenya? mama dah boleh baca otak papa korang ni sure ada beli cakekan!" kata isteri ku sambil tersenyum manja. Uiks! ada soalan bocor ke??? Alamak kantoilah pulak... plan tak menjadi - aduhai hehe



Eppi Besday!!!
 
 
Nyummy
potong jangan tak potong













"Ehh, cake favourite mamalah,,,pandai Papa pilih ye - Thank you all" tetiba isteri ku berkata bila melihat kek terhidang di atas meja. 

Ehem, nak ambik hati baliklah lah konon tu  - hahahaha


The review

Secara keseluruhan makanan di sini boleh tahan dan environmentnya kira "fine dining" lah. Cuma harganya agak pricey kalau dibandingkan dengan Restoran Muhibbah Seafood (sila rujuk review yang lalu), tapi maybe memang berbaloi dengan lokasi & decornyalah kot


Di mana lokasi?

Mengimbau sejarah jap - Sebelum Restoran Asian Cibo ini bermastautin di sini pada tahun 2011 asalanya dulu juga merupakan sebuah restoran bernama Aladdin. Hmm tak sure pula meraka take over busniness dulu or just sewa kedai sahaja yang pasti settingnya hampir2 sama macam yang dulu gak. Kalau korang biasa dengan Kelana Jaya restoran ni berdekatan dengan GIANT Hypermarket. Lebih tepat lagi berdepanan dengan Mc Donalds (Kelana Parkview). Nak lebih mudah cuba check alamat di bawah ye...

Alamat:
Unit A-G-3A & A-G-5,
Ground Floor, Jalan SS6/5A
Dataran Glomac
47301, KelanaJaya.
Tel: 03-78873699
(Sebaris dengan HLB Bank / Subway)


Restoran ini juga menyediakan promosi makanan semasa "lunch time".

 


Singgah jangan tak singgah yer....
 



 


 
P/s: This story specially dedicated to my beloved wife - Happy Birthday Luv :)





Friday, November 16, 2012

Resipi Corner: Mee Jawa

"Asyik menu nasi je boring lah papa"  kata anak sulong ku Amri. "Hmm kita makan mee pulak nak?" cadang aku. "Terbaikkk" tetiba anak bongsu ku pulak mencelah hehe. Ok set! Menu kita hari ini ialah Mee Jawa....



Bahan-bahan ramuan (hidangan 4-5 orang):

1 kg mee kuning - Di celur
300gm daging lembu - direbus lembut dan di potong nipis
2 tangkai daun bawang - dihiris
3 keping tahu goreng - di hiris nipis
5 biji cili merah - di hiris
3 biji telur rebus - di belah 2
3 biji limau nipis
100gm tauge
Sedikit bawang goreng

Bahan-bahan untuk kuah:

1/2 kg keledek merah - direbus dan di kisar
3 ulas bawang putih - di tumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 batang serai
sedikit halia
sedikit lengkuas
50gm udang kering - direndam dulu (bagi kurangkan masin) kemudian di tumbuk
2 sudu besar cili boh
3 Sudu besar serbuk kari daging
Baki air rebusan daging
Garan & gula secukup rasa
2 keping asam keping
1 kiub ayam sebagai penambah rasa




Sebagai persiapan rebuskan dulu keledek sehingga lembut (kupas kulitnya dulu ye). Di masa yang sama rebuskan juga daging tadi sehingga empuk.



Bila kedua2nya dah ready. keluarkan keledek dan kisar / tumbuk bagi halus. Daging pula bolehlah di potong nipis.



Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan2 yang dimesin, rempah & cili boh sehingga naik baunya.



Masukkan keldek tadi dan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Last sekali masukkan garam secukup rasa + stok perasa ayam. Biar hingga mendidih.



Sekarang celurkan mee dan preparekan bahan2 hiasan. Dah ready panggillah semua ahli keluarga untuk "ngap sayot" :)













Thursday, November 15, 2012

Resipi corner - Nasi Lemak PM

Sempena cuti umum hari ini sempena Maal Hijrah aku mengambil peluang ini untuk menhidang menu nasi lemak sebagai sarapan pagi kami seleuarga. Buhsan pulak asyik dok beli je... baik masak sendiri baru marvelous!


 

Bahan-bahannya (untuk hidangan 4-5 orang):

5 pot beras
2 paket santan (kira hasil dari perahan 2 biji kelapa parut)
3 1/2 pot / gelas air
3 helai daun pandan - dicairk tengah dan di ikat simpul
sedikit hirisan halia
garam secukup rasa
1 sudu kecil halba - optional

Bahan2 sampingan:

5 biji telur rebus
kangkung celur or masak belacan
ikan bilis goreng dan kacang


 


Masukkan beras yang telah dibasuh kedalam rice cooker dan tuangkan santan serta daun pandan.
 
 
 
Kemudian letakkan hirisan halia & halba serta garam secukup rasa.
 
 
Pastikan bila nasi tersebut sudah masak off kan switch rice cooker kerana takut kerak pula nasi tu.
 
 
 
 
Antara bahan2 wajib sebagai teman kepada nasi lemak ialah telur rebus, ikan bilis dan kacang. Kena pulak ada sambal tumis ikan bilis petai & ayam goreng berempah , pergh terliur beb! hehe. No worries next round aku akan share resipinya. Tungguuu ye..
 
 
 
 
Oops lupa pulak yang aku tulis initial PM kat tajuk nasi lemak tu bukan Perdana Menteri ye tapi PantunMan :p
 
 
 

 
 
 





Resipi corner: Omelette - a sempoi breakfast

Satu pagi tu entah jam berapa tetiba aku di kejutkan oleh anak bongsu ku, "Papa bangun... Caja dah lapar!" uiks terbantut tidurku hehe. Dalam mamai2 tu aku bergegas ke dapur dan cuba plan nak masak apa pagi ni? Hmm korang pun mungkin pernah mengalami senario yang serupa kot tapi bagi ku alaaah buat yang simple jer kot - pikir ku. Janji nyummy :)


Bahan bahannya:

1 - 2 batang sausage - di hiris menjadi kepingan
3 biji telur ayam
5 sudu besar minyak masak
sedikit garam & lada sulah secukup rasa


Amacam, simple je kan bahan2nya tu yang aku maksudkan dengan "sempoi" hehehe. Ok, kita start dengan memanaskan minyak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas elok korang goreng sausage tu dululah bagi half cook. Then angkat sausage tu tadi letak ke tepi. Korang ada 2 option sama ada telur tu korang nak goreng semua sekali menjadi sekeping omelette yang tebal (macam aku buat) or korang boleh buat sekeping2. So kalau korang nak buat sekeping2 satu biji telur boleh menyediakan 2 hidangan omellete.











Pecahkan telur di dalam bekas dan kacau. Letakkan secubit garam & lada sulah secukup rasa. Then gorengkan telur dan letakkan sausage tadi tabur di atas seperti dalam gambar.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
Lipatkan telur tadi. Ehh, Kalau korang teror korang boleh jugak lambung2 telur tu tapi kena ada skill lah sebab silap2 telur tu boleh tercampak keluar kuali hehe.
 
 
 
Kemudian korang potongkan telur tadi mengikut citarasa masing2.
 
 
 
 
 
Bolehlah di hidangkan bersama makanan sampingan yang lain contohnya dengan Bake beans or Cream soup.
 
 
Tips: Jika korang nak lebih adventure korang boleh tambah extra bahan kepada omelette korang contohnya mushroom, tomato or cili bulat (kaler hijau) barulah veriati & colourfull sikit omelette korang. So kenapa aku tak buat? Err sebab nak cepat kerana time tu aku mandi pun blom hahahaha.
 
Gud luck!