Showing posts with label Omelette. Show all posts
Showing posts with label Omelette. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Resipi corner: Omelette - a sempoi breakfast

Satu pagi tu entah jam berapa tetiba aku di kejutkan oleh anak bongsu ku, "Papa bangun... Caja dah lapar!" uiks terbantut tidurku hehe. Dalam mamai2 tu aku bergegas ke dapur dan cuba plan nak masak apa pagi ni? Hmm korang pun mungkin pernah mengalami senario yang serupa kot tapi bagi ku alaaah buat yang simple jer kot - pikir ku. Janji nyummy :)


Bahan bahannya:

1 - 2 batang sausage - di hiris menjadi kepingan
3 biji telur ayam
5 sudu besar minyak masak
sedikit garam & lada sulah secukup rasa


Amacam, simple je kan bahan2nya tu yang aku maksudkan dengan "sempoi" hehehe. Ok, kita start dengan memanaskan minyak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas elok korang goreng sausage tu dululah bagi half cook. Then angkat sausage tu tadi letak ke tepi. Korang ada 2 option sama ada telur tu korang nak goreng semua sekali menjadi sekeping omelette yang tebal (macam aku buat) or korang boleh buat sekeping2. So kalau korang nak buat sekeping2 satu biji telur boleh menyediakan 2 hidangan omellete.











Pecahkan telur di dalam bekas dan kacau. Letakkan secubit garam & lada sulah secukup rasa. Then gorengkan telur dan letakkan sausage tadi tabur di atas seperti dalam gambar.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
Lipatkan telur tadi. Ehh, Kalau korang teror korang boleh jugak lambung2 telur tu tapi kena ada skill lah sebab silap2 telur tu boleh tercampak keluar kuali hehe.
 
 
 
Kemudian korang potongkan telur tadi mengikut citarasa masing2.
 
 
 
 
 
Bolehlah di hidangkan bersama makanan sampingan yang lain contohnya dengan Bake beans or Cream soup.
 
 
Tips: Jika korang nak lebih adventure korang boleh tambah extra bahan kepada omelette korang contohnya mushroom, tomato or cili bulat (kaler hijau) barulah veriati & colourfull sikit omelette korang. So kenapa aku tak buat? Err sebab nak cepat kerana time tu aku mandi pun blom hahahaha.
 
Gud luck!