Kalau lihat gambar di atas pelbagai lauk pauk tersedia memang mengiurkan. Tak payahlah korang pikir nak diet kalau datang sini buang karen je. Jika order nasi kandar pastikan korang mintak kuah campur (semua letak) bila dah banjir tu memang tak jumpa nasi punyalah :) Since matlamat kita orang nak makan roti so kita orang setakat cuci mata je lah....
Roti tisu dia memang besar siap kena alas 3 pinggan! Jangan berangan nak habiskan sorang, elok berkongsi bukan apa sebab roti nie rangup dan manis so cepat muak! Roti Boom dia pun power, tapi cam abang nya si roti tisu gak makan sikit jer dah kenyang.
Pricing wise hmm korang paham2 jerlah restoran mamak nie kan
Roti Tisu : RM 5.00
Roti Canai: RM 1.20
Roti Telur: RM 2.50
Roti Boom: RM 2.00
Poori: RM 3.50
Nasi Kandar: Oops sorry harga tak sempat check sebab mamak tu dok jeling2 masa aku dok ambik gambar dia!
Alamat
No 64, Jalan Ss2/10, 47300 PJ TEL: 03-78764767
Open 24 hours.
Tips: Kadang2 tu bila time nak order pastikan korang explain kat waiter tu betul2 sebab ada kalanya mereka baru turun dari "kapal". Pastikan juga korang check hari apa yang ada pasar malam kat situ (tak silap Khamis) sebab sure masalah parking akan timbul.