Friday, October 16, 2015

Hiking: Bukit Kembara - Pemandangan Tasik Hijau yang memukau..

Siapa sangka di Ampang terdapat sebuah tasik yang dulunya adalah kolam tadahan air yang terletak di atas bukit yang laluannya dicelah-celah rumah bungalow? Namun kini ianya ditinggalkan sepi tapi syurga kepada para hikers dan juga peminat aktiviti riadah khususnya pada hujung minggu,





Di mana lokasinya?

Terletak lebih kurang 500 meter daripada Kelab Darul Ehsan (KDE) di Ampang Jaya. Ramai tidak tahu dengan meletakkan kereta di hadapan KDE dan berjalan ke pintu masuk ampangan namun lebih mudah jika korang park kat entrance tersebut sahaja. Ikut sahaja jalan depan KDE (Jalan 1) dan cari rumah nombor 18. Entrance ke ampangan adalah sebelah sahaja rumah tersebut. Korang boleh lihat anak sungai...

Entrance di sebalah rumah ini.



Nampak je kereta park di selekoh dah sampailah tu

Dari entrance tersebut korang kena menapak menaiki anak2 tangga sejauh lebih kurang 15 minit (500 meter) sehingga korang sampai ke "Dataran Kembara" di mana di situ adalah check point pertama yang korang boleh R & R. Terdapat kerusi untuk korang nak duduk sambil melihat kebun sayur yang diusahakan oleh penduduk setempat.





Dah hilang penat? Ok jom kita teruskan ke destinasi menuju ampangan hijau atau green lake. Kenapa hijau? nanti korang tengok sendiri.... alah tak jauh hanya 200 meter jer dari dataran kembara tadi. First thing yang korang Nampak setelah mendaki dalam 5 minit ialah struktur dibawah ini... Memang tempat faveret pot nak bergambar. Korang Nampak air tasik tu.... kaler hijaukan :)


Selamat datang.....

Tips: Satu pusingan tasik ini ialah sejauh 1.7km namun lalunyanya mendatar sahaja. Ramai juga hikers yang buat trail running keliling track. Tapi no worries laluannya luas untuk semua orang.

Ada 2 lokasi menarik di sini, pertama mini water fall dan yang kedua puncak bukit kembara. Jika korang nak pergi kedua2nya sekali saya sarankan korang nampak jer menara seperti gambar di atas tu korang ikut kiri kira korang keliling tasik ikut arah lawan jam.






Lebih kurang 800 meter atau jangka masa 15 minit korang akan jumpa mini waterfall....




Aik cinoninya waterfall tu...hai namanya pun mini yer tak .. cukuplah sekadar nak basuh muka bagi refresh balik. Tapi kalau korang nak berkubang pun no hal punya hehehe.

Dari situ perjalan ke entrance nak daki ke puncak ialah sejauh 500 meter lagi, kira2 dalam 10 minit jer kalau korang jalan lengang kangkung...

Entrance - Menuju puncak

Tips: Jika korang berhajat nak daki ke puncak perlu diingatkan bahawa dari sini jaraknya hanya 200 meter jer tapi dia punya kecuraman mencecah 45 darjah! So jangkamasa untuk sampai ke atas ialah antara 20 - 30 minit bergantung kepada fitness masing2 ye. Apa yang penting slow and steady, awasi setiap langkah dah gunakan tali yang disediakan bagi membantu anda.




Apa yang ada kat atas tu??

Malangnya hanya kawasa lapang lebih kurang sama seperti di Bukit Saga or Bukit Puchong. TAPI walaupun takder view menarik kepuasan menakluki bukit setinggi 248 meter dari aras laut memang mencabar dan berbaloi!

Ada yang start hiking sebelum subuh!

248 meter a.s.l
arial view of the track


Secara keseluruhannya perjalan pergi dan balik ialah sejauh 3.52km dengan mengambil masa 1 jam 34 minit (tidak termasuk waktu rehat).

Tahap cabarannya adalah - easy dan sesuai untuk beginner. 




Selamat mendaki!




No comments:

Post a Comment