Showing posts with label My Stories. Show all posts
Showing posts with label My Stories. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Family Retreat: Universal Studios Singapore - The Return

Sorotan dari hasil nukilan - Family Retreat: Danga Bay A Place to Unwind

Pagi2 lagi kami dah bangun kerana plan awal untuk drive ke USS Singapore terpaksa di tukar dengan menaiki shuttle bas. Rasanya lebih jimat kalau naik bas dan lagi pun malas nak pikir masalah parking dan mencari arah jalan kat negeri Temasik ni :) Yang penting biar orang lain yg drive boleh lah relax sikit....

So jam 7 pagi kami dah tercongok kat kaunter bas Oddessey yang letaknya di Tune Hotel - Danga Bay. Kat situ juga pot lokasi bas akan mengambil kami.


Background Tune Hotel

Memandangkan ini adalah trip kami kali ke 2 ke USS so kami plan untuk balun puas2 semua ride yang ada hehe. Since bas akan mengambil kami balik dari USS petang nanti jam 1930 hour so kami ada 12 jam untuk lepaking....

Oddessey counter kat background
Breakfast dulu sblom bas sampai











Pre plan aktiviti kat USS nanti


Tepat jam 7:30am bas pun sampai - tepat pada waktunya. Ehh lupa nak info, harga tiket bas ialah RM30 per pax (walk in customer) untuk perjalanan pergi dan balik. Kalau korang patron kat Tune Hotel masa booking bilik korang boleh request tiket bas siap2 harga RM 25 per pax je. Di sarankan korang book awal takut tiket habis kerana dalam sehari hanya ada 1 jer perjalanan ke USS!

Extra Tips: kalau korang nak contact direct ke counter Oddessey ni memang payah nak dapat no dia dalam internet kerana meraka inginkan genuine people yang btol2 nak pergi je.. yerlah takut kalau korang book tapi tak nampak batang hidung mereka akan rugi. Sebabnya bila korang book melalui call meraka tak ambik deposit. tu sebabnya meraka lebih suka orang book melalui Tune Hotel or walk in jer. Satu lagi pastikan korang bila dah book tak kesah melalui hotel or call korang kena ambik tiket dan bayar sehari sblom hari nak ke USS. Ehem, korang nak tak no contact mereka? Dun worry saya akan sharekan no mereka - 07-2323092 boleh try cakap dengan En. Kai or Sufian. Waktu operasi meraka ialah dari jam 9am - 6pm daily.



Oops bas "persiaran" dah mai...


Perjalanan di jangka selama 1 jam 15 min
Kalau nak "beradu" sekejap pun boleh









Check point Spore malalui 1st Link
Welcome to Sentosa Island













Sedikit tips masa nak masuk Spore menaiki bas.

1) Pastikan passport korang dah ready siap2 & isikan "Kad putih" untuk memasuki Spore (kad putih a.k.a  "Embarkment / Disembarkation Card" ni korang akan dapat free masa ambik tiket)

2) First check point ialah Imigresen Msia - semua kena turun untuk chop passport. Pastikan korang tau no plate bas anda! (untuk di isi dlm kad putih). Jangan lupa tanya driver kat platform mana dia akan pick up bila dah settle (time nie korang tak payah bawa turun beg jika tiada barangan berharga kat dalam tu)

3) Then korang akan berhenti lagi ke check point 2 (Imigresen Spore pulak). Pastikan korang simpan keratan "Kad putih" nanti kat dalam passport - jangan hilang tau! Kat sini semua beg kena bawa turun untuk di Xray - pastikan "No chewing gum" & bagi yang "Endangered species" si kaki rokok pastikan korang bawa masuk sekotak je ye dan pastikan dah terbuka + keluarkan 2 batang rokok.

4) Pastikan juga hari apa yang korang nak masuk ke Spore. Perlu di ingat bahawa tambak Johor akan sentiasa penuh sesak pada waktu puncak iaitu dari jam 6am - 9am dan 5pm - 8pm setiap hari bekerja. So budgetlah perjalanan anda. P.s: tu sebab kami pilih hari Ahad :)

5) Jika korang plan nak ke USS korang bolehlah jugak bawa bekalan air mineral botol , roti krim atau sandwich dalam beg korang sebab kat USS mereka tak check pun - savelah sikit yer tak. Sementara USS buka jam 10am korang bolehlah mengalas perut.

6) Pastikan korang ada tukar duit $ Dollar Spore siap2 dari Msia - sebab kat USS tukarannya mahal dan satu lagi kenalah standby duit sikit, yelah sure korang nak makan kat dalam tu ke atau paling tidak pun untuk beli ole-ole sebagai kenangan.


Seperti tajuk topic di atas perkataan "The Return" di sebabkan ini adalah kali 2 kami ke USS so jika korang nak tau tips jika korang nak naik rides atau apa aktiviti menarik kat USS korang boleh usha nukilan aku yang terdahulu sila klik kat sini

Sampai jer kami ke Resort World bas akan parking btol2 kat bawah USS. So korang terus naik excalator yang ada signage Casino & USS - pastikan korang pilih ke USS lah yer :P


Semua dah excited tak sabar2 nak masuk USS


Seperti trip kami dulu kami plan untuk melawat pengambaran "Light Camera Action" , "Transformer" ride & The Mummy. Lepas tu in between kita orang akan ronda2 dan ikut ke mana arah kaki hehehe. For the kids kita orang pesan pepandai2 lah mereka nak main apa.... nak naik roller coster 10 kali pun no hal.


Treasure Hunter ride
best woo pandu kereta antic









Kita org ambik 2 keter so boleh race :)
"Big" boss kena duduk belakang hehe












Dalam kita orang jenjalan tu banyak character kartun yang kita orang jumpa ... apa lagi klik klik lah..



Fairy God Mother
Shrek & Fiona










My twin si Panda pun ada - ahaks
'Beetlejuice"











By lunch time bila semua dah lapar kita orang rondevour balik kat kedai makan.... Since tiket ke USS nie kita orang beli time MATTA Fair last year so dapat package - voucer makan $10 sorang - pergh berbaloi beb.



Sayang Kentucky takder kat sini :(
Sedapnya...












Lepas makan continue lagi jenjalan....



Sblom tengok Shrek 4D


Live performance lagu 50's - BEST!












One for the album

Seronok anak2 ku pulun sakan hari tu. Aku dan my wife dah tak larat dah nak jalan. Kita orang pot kat "New York Street sebab di jadualkan Highlight di USS pada hari tu ialah "Parade" yang di jadualkan jam 6pm.... Wah! cam best jer... tak sabar laks.... Boleh lihat character kartun fevourite "up close & personal" : D



Charlie Chaplin
Dracula + victim










The Mummy
Anubis







Madagascar

Julian & rakan2



The Oscar
The Dancers










The Dinasour




Wah memang marvellous..... what a finale with a "bang" !!! Kalau ada rezeki memang kami akan datang lagi buat kali ke 3....

P/s: Just for your guys info... dalam story ni aku tak letak sebarang tips "Do or Don't"  bila korang kat USS, tapi jika korang nak tau lebih lanjut sila rujuk to my 1st encounter dalam nukilan tahun lepas di SINI 

Nantikan destinasi terakhir sempena Family Retreat kami selama 4 hari 3 malam ke Johor iaitu ke "LEGOLAND - A Place That Brings Out The Kid in You"




Wednesday, January 16, 2013

Family Retreat: Danga Bay A Place To Unwind


Sambungan dari nukilan Family Retreat: Johor Premium Outlet (Syurga shopping barangan branded)

Setelah sampai ke destinasi dituju kita orang "check in" dan relax kejap... Dari tempat tinggal kami di Skudai ke Danga Bay mengambil masa 30 minit. Dengar ceritanya lokasi tu hanya di buka time malam & mengadap water front. Wah bagus tu boleh tengok mata hari terbenam .. sure romantika di amor :)

Di kabarkan juga ada pelbagai restoran makanan di sana dan ada aktiviti naik boat menyusuri pantai... perghh nie yang makin tak sabar hehehe. Tepat jam 6pm kami dah OTW ke sana....

Pemandangan yang mendamaikan...


Pemandangan di Danga Bay ni memang unsangkarable. Time kita orang sampai matahari baru nak terbenam di ufuk barat - cewah.

Entrance ke Danga Bay
Latar belakang tempat kapal berlabuh










Kalau korang ada kapal boleh park sini :)
Kapal cruise - RM 20 per pax











Apa aktiviti menarik kat sini?

Selain dari bersantai... korang boleh lah try theme park mereka. Jangan expect too much lah lebih macam "fun fair" jer. Kebetulan time kami datang ada pamiran bunga orkid. Bagi yang teringin nak naik cuise korang boleh pilih 2 jenis kapal (seperti gambar di atas). Yang besar tu harga RM20 satu kepala. Di buka hanya pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad jer. Waktu pelayaran jam 8pm. Dia akan ronda2 selama sejam. Kalau boat yg kecik sikit tu harga RM10 satu kepala tapi di buka time siang jer lah dan kena ada minima 8 orang baru boat tu gerak hehe. Jika korang ada gastrik macam aku nie dun worry ada pelbagai gerai menyambut kedatangan korang tapi harga dia ehem sendiri mau ingatlah yer cam Key el jugak :(


Konsep open air
Aik kat sini pun ada restoran Bawang Merah?








Lok lok pun ada

Terkezut makcik ni aku snap gbr dia :)









Dan desert
Ikan Bakar







 
 
 
Café ni tutup pulak time kita orang sampai



Apa2 hal kita orang pekena dulu "dinner" :)

Kerang bakar sebagai starter
Order ikan bakar gak











Sotong grg tepung is a must
Dah tak toleh kiri kanan dah :)












Overall food dia so-so jerlah. Sebab lapar kita orang ngap sayot jer. Dari segi harga cam aku citer kat atas sama gak cam Key El .. 5  orang makan 5 jenis lauk + nasi + air = RM 130++

Lepas perut dah kenyang kita orang pun ronda2lah .. masalahnya dah tak larat nak jalan laks nasib baiklah ternampak benda nie hehehe....


Bicycle ride anyone?
Rates pelbagai jenis untuk 1 org - 6 org











Cam best jer kan? Pergh memang best pun!!! Kita orang pilih yang 6 seater. Actually selesa untuk 4 orang jer yang lagi 2 seat tu utk baby letak kat bakul depan hahahaha

Penuh tuuu keh keh keh

Best wooo... 4 orang boleh kayuh serentak. Berebut2 anak2 aku nak jadi driver. isk isk mula2 plan aku dan my wife duduk belakanglah jadi boss tapi bila tengok anak2 aku drive nyaris nak langgar orang terus naik "hypertension" aku dan terus aku duduk dpn jadi co pilot! Ooh ye kalau nak break benda ni dia kat stering cam tombol signal korang kena tarik dia... tapi jangan harap break tu "makan" so kena pandai budget tau! Satu lagi dia takde hon... so gunakalah kreativiti korang... nak jerit oooi oooi ker no hal hehehe. Tempoh masa diberi ialah 45 minit dan harga RM39 -  habis satu Danga Bay kita orang pusing dan stop kat lokasi menarik untuk klik klik....macam sarkis pulak kita orang punya kecoh hahaha

pamiran orkid
Chinese restoran + lounge










salah satu attraction di theme park
Petting Zoo pun ada









Pot terakhir kita org stop utk bergambar "Jln Sesame"

Kejap laks rasa 45 minit tu..... since dah penat mengayuh kita orang pun beransur pulang. Lagi pun esok kena bangun awal plan nak masuk Singapore pulak ke USS....

Tunggu sambungan nukilan Family Retreat: USS Singapore - The Return