Wednesday, January 16, 2013

Family Retreat: Danga Bay A Place To Unwind


Sambungan dari nukilan Family Retreat: Johor Premium Outlet (Syurga shopping barangan branded)

Setelah sampai ke destinasi dituju kita orang "check in" dan relax kejap... Dari tempat tinggal kami di Skudai ke Danga Bay mengambil masa 30 minit. Dengar ceritanya lokasi tu hanya di buka time malam & mengadap water front. Wah bagus tu boleh tengok mata hari terbenam .. sure romantika di amor :)

Di kabarkan juga ada pelbagai restoran makanan di sana dan ada aktiviti naik boat menyusuri pantai... perghh nie yang makin tak sabar hehehe. Tepat jam 6pm kami dah OTW ke sana....

Pemandangan yang mendamaikan...


Pemandangan di Danga Bay ni memang unsangkarable. Time kita orang sampai matahari baru nak terbenam di ufuk barat - cewah.

Entrance ke Danga Bay
Latar belakang tempat kapal berlabuh










Kalau korang ada kapal boleh park sini :)
Kapal cruise - RM 20 per pax











Apa aktiviti menarik kat sini?

Selain dari bersantai... korang boleh lah try theme park mereka. Jangan expect too much lah lebih macam "fun fair" jer. Kebetulan time kami datang ada pamiran bunga orkid. Bagi yang teringin nak naik cuise korang boleh pilih 2 jenis kapal (seperti gambar di atas). Yang besar tu harga RM20 satu kepala. Di buka hanya pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad jer. Waktu pelayaran jam 8pm. Dia akan ronda2 selama sejam. Kalau boat yg kecik sikit tu harga RM10 satu kepala tapi di buka time siang jer lah dan kena ada minima 8 orang baru boat tu gerak hehe. Jika korang ada gastrik macam aku nie dun worry ada pelbagai gerai menyambut kedatangan korang tapi harga dia ehem sendiri mau ingatlah yer cam Key el jugak :(


Konsep open air
Aik kat sini pun ada restoran Bawang Merah?








Lok lok pun ada

Terkezut makcik ni aku snap gbr dia :)









Dan desert
Ikan Bakar







 
 
 
Café ni tutup pulak time kita orang sampai



Apa2 hal kita orang pekena dulu "dinner" :)

Kerang bakar sebagai starter
Order ikan bakar gak











Sotong grg tepung is a must
Dah tak toleh kiri kanan dah :)












Overall food dia so-so jerlah. Sebab lapar kita orang ngap sayot jer. Dari segi harga cam aku citer kat atas sama gak cam Key El .. 5  orang makan 5 jenis lauk + nasi + air = RM 130++

Lepas perut dah kenyang kita orang pun ronda2lah .. masalahnya dah tak larat nak jalan laks nasib baiklah ternampak benda nie hehehe....


Bicycle ride anyone?
Rates pelbagai jenis untuk 1 org - 6 org











Cam best jer kan? Pergh memang best pun!!! Kita orang pilih yang 6 seater. Actually selesa untuk 4 orang jer yang lagi 2 seat tu utk baby letak kat bakul depan hahahaha

Penuh tuuu keh keh keh

Best wooo... 4 orang boleh kayuh serentak. Berebut2 anak2 aku nak jadi driver. isk isk mula2 plan aku dan my wife duduk belakanglah jadi boss tapi bila tengok anak2 aku drive nyaris nak langgar orang terus naik "hypertension" aku dan terus aku duduk dpn jadi co pilot! Ooh ye kalau nak break benda ni dia kat stering cam tombol signal korang kena tarik dia... tapi jangan harap break tu "makan" so kena pandai budget tau! Satu lagi dia takde hon... so gunakalah kreativiti korang... nak jerit oooi oooi ker no hal hehehe. Tempoh masa diberi ialah 45 minit dan harga RM39 -  habis satu Danga Bay kita orang pusing dan stop kat lokasi menarik untuk klik klik....macam sarkis pulak kita orang punya kecoh hahaha

pamiran orkid
Chinese restoran + lounge










salah satu attraction di theme park
Petting Zoo pun ada









Pot terakhir kita org stop utk bergambar "Jln Sesame"

Kejap laks rasa 45 minit tu..... since dah penat mengayuh kita orang pun beransur pulang. Lagi pun esok kena bangun awal plan nak masuk Singapore pulak ke USS....

Tunggu sambungan nukilan Family Retreat: USS Singapore - The Return





No comments:

Post a Comment