Wednesday, January 16, 2013

Announcement: Sumbangan RM100 kepada 5.5 juta pelajar mula di edar hari ini

Wah berita baik kepada ibubapa yang mempunyai anak2 yg masih bersekolah kerana duit "sumbangan" RM100 akan mula di salurkan oleh pihak sekolah kepada 5.5 juta pelajar mulai hari ini.


Para ibubapa nampaknya terpaksalah ambik cuti separuh hari untuk mengsettlekan urusan ini hehehe. Bergantung kepada sekolah anak anda, mereka akan mengedarkan tarikh sebenar bila sumbangan itu akan disalurkan. Ini bagi mengelakkan "jem" kepada system manual mereka. Sila rujuk kepada pihak sekolah anak2 anda atau tunggu risalah "memo" dari mereka. Anda di nasihatkan untuk mengikut tarikh kutipan yang dinyatakan di atas kertas tersebut (selalunya mengikut kelas murid2). Kepada yang tidak dapat hadir boleh juga membuat appointment dengan pihak sekolah. Jika tak silap pelajar tingkatan 4 ke atas duit tersebut akan diberi terus kepada anak2 anda (bergantung kpd pihak sekolah & sila confirm semula).

Tips:

1) Sila pastikan korang bawa IC incase pihak sekolah perlukan pengesahan
2) Jangan lupa korang tanya kat anak2 korang mereka kelas apa ye ... kang dah sampai sekolah takderlah terkial kial yer tak :)
3) Lastly, cuba datang awal... takut ramai orang hehehe

Hmm jika korang ada anak ramai sure berbaloi duit ni tapi beringatlah sikit yer.. jangan belanja sakan pulak... tunggu dulu yuran PIBG yang bakal menyusul kelak :)


No comments:

Post a Comment