Kat mana tu? Kalau nak tau kat sini ---->>> Setia Alam Community Trail
Sumber dari Setia ALam Trail |
Anyway walaupun terpaksa park jauh kira no hal lah lagi pun kan datang nak hiking so kira warm up session lah gitu hehe.
Untuk ke trail A korang kena melalui kawasan tangki air seperti di bawah.
Boleh park kat sini |
Opossite jer tangki air ni ada kawasan lapan dan kaki bukit tanda korang di jalan yang benarlah hehe
Sumber dari Setia Alam Trail |
Napak anak panah A kat dalam gambar tu? kat situ lah lokasi nak mula pendakian kami, Korang boleh cuba yang B or C tapi tak sure ending dia ke mana? Namun target kami ialah nak menuju ke Peak Garden.
Menuju starting point |
Bila kat atas ada parit kecil untu di lintasi |
Bila Lintas jet titi kecil cam gambar kat atas korang ikut je trail yang ada... Sampai satu ketika ada simpang korang ikut arah MOU..
Jalan lagi tapi time ni dah start mendaki tapi tak lah curam sekadar 20% - 30% darjah sahaja. Apa yang menarik bila kami dah menapak sejauh 1.5km (20 minit) tetiba kami dapat satu clearance yang cantik.. Aik dah sampai ke? Mana taman bertingkat yang aku pernah lihat dalan blog dan FB? Rupa rupanya kami baru sampai ke communication tower......
Ada clearance ingat dah sampai,... |
Communication tower |
So kita orang pun rehat sambil klik klik lah apa lagi hehe... lawa gak pot ni sesuai kalau nak camping.
Mana Peak Garden ni? Jauh lagi ke? itulah yang bermain dalam kepala ku... Jom kita ikut mana trail tu pergi.... aku dah nekad jika dalam 10 minit tak jumpa apa2 tanda arah kami akan patah balik je...
Tetiba...
then kami sampai kat satu lagi signage dan kali ni terjumpa dengan simpang T dan ada satu lagi clearance cuma kali ini jalan Tanah merah. Pulak doh kat mana ni???
Lepas Nampak tanda ni ada jalan Tanah merah "T" junction |
Nampak construction site kat depan belok kiri |
Kat sini kami telah melakukan satu kesilapan besar di mana kami telah kehilangan arah. Terdapat dua bukit kiri dan kanan yang mana satu patut di daki? kami telah memilih yang kanan. namun setelah masuk hutan keluar hutan, naik bukit turun bukit kami terpaksa mengaku yang kami telah tersalah jalan .. Aduhai!! dan terpaksa U-turn balik setelah 30 minit masa membazir. Nak patah balik sure makan masa lagi 30 minit yer tak.... hmmm.
Last-last kami sampai ke T junction tadi so kami decide belok kiri dan start mendaki balik....
Belok kiri ikut arah mendaki... |
Setelah mendaki dalam 10 minit then ternampak tanda di bawah... Alhamdulillah...
Masuk hutan balik |
Akhirnya setelah 2 jam dan berjalan sejauh 4.88km akhirnya ternampaklah deretan bendera umpamya menyambut kedatangan kami .... cewah!
terlihat deretan bendera setiap negeri |
breakfast time.. |
Eh kabus ke jerebu tu ? |
flora |
Ketinggian Peak Garden ni hanyalah 221 meter di atas aras laut. Kira separuh dari ketinggian Bukit Broga kat Semenyih tu. Namun kepuasan mendaki tetap ada.. janji jangan sesat cam kami sudahlah yer hehe
Tips
Secara keseluruhan Setia Alam Community Trail ini amat sesuai bagi yang beginner dengan tahap kepayahan kategori easy.
Jarak keseluruhan dari starting point A ke Peak Garden ialah 2.5km (sehala) dan mengambil masa dalam 1 jam perjalanan cara santai.
Pastikan korang datang berdua atau lebih kerana Setia Alam di sekitar bukit ini terdapat banyak rumah kongsi walaupun tiada masalah tapi lebih elok beringat jika berlaku sebarang kecemasan.
Pastikan anda menyapu insect repellent kerana time kami pergi banyak pulak agas dok gigit.
Sila bawa minima 500ml air minumam kerana tiada punca air di atas. .
Walaupun di atas tedapat "tong kitar semula" tapi di nasihatkan korang bawa sampah korang turun dan buang sendiri kat rumah ye.
Kepada yang ada bendera Malasyia or bendera Negeri yang spare tu boleh lah ganti kepada bendara yang sedia ada sebab ada yang dah nampak kusam dan koyak.
Pastikan korang membuat homework atau research kat tempat hiking yang korang first time nak tuju. Dapatkan lebih info melalui blog dan juga bertanya melalui forum.
Sumber Setia Alam Trail |
Selamat berhiking..
wahh hiking trail baru nih ., syabas bro ;p
ReplyDeleteNak tanya la..nak masuk mmg ikut gate eco park ke
ReplyDeleteSebenarnya ada beberapa trail utk naik ke puncak tp sy hanya tau laluan melalui gate eco park shj. Itu pun jika ianya masih boleh di gunakan lagi.
ReplyDeletePM
Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Saya baru nak cuba ke sini. 😊👍🏼
ReplyDelete