Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

Fitness First Tawarkan FREE Trial Selama 7 Hari ...

Nampaknya jerebu yang melanda negara makin meruncing dan tak kunjung reda. Banyak run dan marathon terpaksa di tunda atau di batalkan. Sekolah pulak asyik disuruh tutup jer demi menjaga kesihatan adik2 kita.

Malaysia pun kini dah ada 4 musim macam kat obersea pulak.... ada musim panas , musim banjir , musim durian dan kini musim jerebu!

Anyway since banyak aktiviti luar terpaksa di hadkan so jika korang yang kaki jogging, hikers or runners tentu frust macam aku... so apa pilihan yang ada? Apa kata kita cuba aktiviti indoor pulak bagi nak keluarkan peluh..

Meh sini aku shara lokasi yang aku maksudkan kat sini...



Tentu korang tertanya tanya ... tak mahal ke? ... sebenarnya mereka ada mempunya pelbagai package  yang di tawarkan, so korang boleh pilih mengikut kesesuaian diri masing2.

TAPI apa yang aku nak cerita ialah sebelum korang nak join membership ni korang sebenarnya boleh juga mengambil peluang untuk mencuba trial percuma selama 7 hari!

Ehh bagaimana tu?

Caranya korang kena mendaftar kat laman web mereka, sila klik kat sini --- > FREE TRIAL

Sumber: Fitnes First

Apa benefit yang korang dapat selama tempoh trial 7 hari tersebut?

  • Lawatan ke kelab dan introduksi kepada peralatan dan fasiliti yang ada
  • Mencuba kombinasi senaman yang bersesuaian dengan anda
  • Aktiviti berkumpulan seperti tarian zumba, yoga dan berbasikal
  • Atau... membuat senaman sendiri mengikut tempo masing2.
















Pelbagai peralatan moden yang terdapat di sini. Korang boleh melakukan senaman sambil menonton TV atau mendengar radio malan boleh juga bermain online game semasa bersenam!

Terdapat bilik mandi & bilik persalinan yang lengkap dan juga locker untuk anda menyimpan pakaian.

Setelah selesai bersenam terdapat minuman untuk panans dan sejuk untuk mengembalikan tenaga yang ada...





 Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan dapatkan "7 Days Free Trial" anda sekarang.





Selamat bersenam....






Sunday, September 15, 2013

Tips: 10 Perkara Penting Bila Nak Renew Passport Antarabangsa Malaysia

MATTA Fair baru sahaja berlalu dan tentu ada di antara anda yang dah bercadang2 dan plan nak melancong ke luar negara sempena musim cuti sekolah nanti. Ooops check dulu passport korang tu ye jika time korang nak ke oberseas tu tarikh dia kurang dari enam bulan dari tarikh luput di passport korang elok korang cepat2lah renew ye.

Dun worry, kat bawah ni aku akan share beberapa tips yang perlu anda tau sebelum korang pergi ke imigresen yang terdekat.

1. Berapa tahun nak sambung?

Korang ada 2 pilihan samada nak renew:

2 Tahun = RM100 atau
5 Tahun = RM300


2. Gambar passport

Seelok-eloknya korang perlulah prepare ambik gambar passport ni siap2 supaya tak buang masa bila sampat imigresen baru nak buat.

Korang boleh ambik gambar instant je kat mana2 kedai gambar yg secara am nya akan charge RM12 untuk 4 keping. Jangan lupa ye gambar sekarang berlatar belakangkan warna PUTIH bukan lagi warna biru cam dulu. Sila rujuk contoh kat bawah..



3. Check status perjalanan (blacklist).

Korang dinasihatkan untuk semak dulu nama anda kot kot ada blacklist tau. Cuba klik pada link kat SINI

4. Permohonan melalui online.

Oops ada kenyataan RALAT dari laman rasmi Imigresen.

Pengumuman Penting

Permohonan Pasport Online ditangguhkan buat sementara. Sebarang permohonan Pasport hendaklah dibuat di pejabat negeri dan cawangan Imigresen yang berhampiran. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke web Imigresen untuk berita terkini dari mereka sila KLIK


5. Permohonan melalui kiosk KIPPas

Kalau korang jenis malas nak beratur panjang korang bolehlah pergi ke kiosk KIPPas yang di sediakan. Ala ala cam ATMlah. Since aku sendiri belum pernah mencuba "hands on" so aku tak boleh nak komen keberkesanannya. Namun apa yang aku tau korang kena sediakan beberapa dokumen seperti di bawah.

a) Passport antarabangsa korang yang sedia ada (mesti yang menggunakan chip)
b) MyKad (pastikan chip MyKad korang boleh baca ye)
c) Salinan MyKad (depan dan belakang)
d) 1 keping gambar
e) Wang RM 100 or RM 300 (Nota RM10, RM100 dan RM50 sahaja diterima)
f) Check ketinggian anda  - ada disediakan pengukur di dinding sebelak kiosk :)

Korang boleh usha tutorial video dengan klik gambar di bawah:

Klik untuk link ke video



6. Lokasi pejabat Imigresen yang terdekat.

Bab ni korang tepuk dada tanyalah selera, pilihlah mana2 cawangan yang berhampiran dengan tempat korang. Rata2 ada menyediakan perkhidmatan hari Sabtu dan Ahad dan di buka sehingga jam 10 malam tapi korang kena tanya abang G (Google) lokasi tu kat mana ye :p


Waktu operasi:

Isnin - Jumaat : Jam 7:30 pagi - 5:30 petang (ada juga yang buka sampai 10 malam)
Sabtu dan Ahad : Jam 8:00 pagi - 1:00 tengah hari


7. Datang awal !!!

Pastikan korang datang awal tau! kalau lambat silap2 nombor pun habis. Yang paling malang sekali jika sistem OFF LINE. Bab ni memang tak dapek den nak nolonglah hehe.



Since aku duduk di area Kelana Jaya, aku pilih yang kat belakang rumah aku tu jerlah.. saja nak test sebab selama ni aku selalu patron kat Jalan Duta. Cuba tengok gambar kat atas .. jam 7 pagi pun dah ada yang start beratur...

8. Borang apa nak isi?

Ok bab ni aku sendiri buat silap! Since last time renew passport tahun 2010 time tu kena download dalam portal imigresen borang yang diperlukan kena isi detail penuh data peribadi korang (dalam 2 helai). So malam sebelum pergi tu jenuhlah kita orang dok isi. Last2 masa nak submit bila time ambik nombor rupanya brader kat kaunter tu tak pandang pun borang tu :( siap bagi sekeping kertas cinoni untuk ita orang isi balik (rujuk kat bawah). Laaaa kena isi balik ke? ni dah rugi masa dan ramai yang potong Q kita orang isk isk ruginya....


Moral of the story isi borang ni dulu sebelum or semasa beratur. Boleh minta kat kaunter. Bersama borang ni korang kepilkan juga dokumen lain seperti di bawah:

a) Passport antarabangsa korang yang sedia ada
b) MyKad (pastikan chip MyKad korang boleh baca ye PENTING- jika tidak kena buat MyKad baru dan sertakan kad pengenalan sementara anda yang JPN bagi sementatara MyKad dalam process nak buat)
c) 2 keping gambar (berlatarbelakagkan warna putih pastikan gambar tu tak sama dengan gambar yang ada dalam passport lama korang - Kena gambar baru tau!)
d) Check ketinggian anda  - ada disediakan di dinding area situ - korang boleh tanya kat sesiapa kalau tak nampak :)

9) Time menunggu dan Bayaran

Bab ni tertakluk kepada nombor berapa korang dapat dan berapa ramai yang pegawai imigresen yang jaga kaunter. Lepas nama korang di panggil  jari korang akan di scan untuk pengesahan. lepas tu korang tunggu balik tapi tak lamalah dalam masa 10 - 20 minit untuk buat pembayaran.


Lepas dah bayar korang kena tunggu 1 jam untuk passport siap. Time tu korang bolehlah nak pi makan ke, toilet ke atau ronda2 area situ.

10. Collection 

Lepas sejam korang boleh datang balik ke "kaunter pengambilan passport". Tapi jika malas nak nunggu hari esok pun korang boleh datang ambik, cuma JANGAN hilang no giliran dan resit sudah! Pastikan korang datang sendiri tau, No wakil!



Satu jer yang aku heran bila siap jer gambar passport baru aku perasa, Aik pesal gambar dalam tu jadi Black and White??? style baru kot hehe

Selamat Bercuti...

Wednesday, September 11, 2013

Tips: Makna Disebalik Logo Terkenal Dunia

Setiap syarikat yang terkenal di dunia rata-ratanya mempunyai logo syarikat yang menarik, ringkas dan mampu menarik perhatian pelanggan. Walaubagaimana pun,logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk mewakili sesebuah syarikat malah dicipta untuk mempunyai makna yang tersembunyi yang tidak mampu dikesan sekiranya dipandang buat kali pertama. Kalau nak tahu apa makna tersebut, meh usha kat bawah ni..

1. Amazon









Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'. Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di Amazon. Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.


2. Apple









Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.


3. IBM 









Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda 'sama', yang membawa mesej "kesaksamaan".


 4. Mobil 









Logo yang mudah lagi bermakna dari Mobil ini dicipta dari warna merah dan biru. Warna merah di dalamnya menunjukkan 'kekuatan' manakala warna biru menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.


 5. FeDex 









Logo FedEx walaupun nampak ringkas namun mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya. Jika anda perhatikan dengan teliti huruf 'Ex' di dalam logo tersebut, anda akan mendapati terdapat satu anak panah putih di tengah-tengah abjad 'E' dan 'X' yang menghala ke kanan. Anak panah ini membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.


 6. Audi 









Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.


7. BMW 









Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara. Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.


8. Mercedes-Benz  









Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini mewakili air, darat dan udara. Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.



9. Toyota 









Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips. Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.


10. Volkswagen  









Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan 'Wagen' untuk kereta.


11. Alfa Romeo  















Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini ketika perang salib I. Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.


12. Lotus 
















Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pengasas jenama ini, Anthony Colin Bruce Chapman.


13. Yamaha  
















Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik. Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.


14. Toshiba











Toshiba dibentuk pada tahun 1939, merupakan hasil gabungan dari dua perusahaan. Tokyo Denki adalah perusahaan yang bergerak dibidang consumer goods dan perusahaan mesin Shibaura Seisakusho. Mengambil beberapa huruf didepan dari masing-masing perusahaan "TO" dan "SHIBA" maka lahirlah jenama Toshiba.


15. Kodak 














George Eastman merupakan pengasas dari perusahaan kodak pada tahun 1888. Eastman mencari nama yang pendek untuk dijadikan jenama dengan alasan lebih mudah diucapkan. Kemudian dia mengatakan bahwa dirinya menyukai huruf "K" kerana memiliki kesan yang kuat dan tajam dibanding dengan huruf yang lain. Setelah itu Eastman ingin memiliki sebuah jenama yang diawali dan diakhiri dengan huruf "K", setelah bermain dengan huruf akhirnya dia mendapatkan sebuah nama'KODAK'.


16. Mitsubishi  















3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini pada waktu awal didirikan. 


17. Lamborghini  
















Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini. Dia juga pecinta pertunjukkan matador.



18. Carrefour  













Carrefour bermaksud "persimpangan jalan". Logonya menunjukkan panah yang saling membelakangi yang membentuk huruf "C".


19. Toblerone













Mungkin yang ada dalam fikiran tentang logo ini yang hanya gambar seperti Alpen Swiss? Toblerone berasal dari Bern, Swiss, sebuah bandar yang digelar Kota Beruang. Sekarang tengok logonya sekali lagi. Ada beruang tak disitu?


20. Ferrari
















Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1, milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.



21. Porsche

















Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera Kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang perusahaan Porsche.


22. Baskin Robins  













Baskin Robbins menawarkan 31 jenis ais krim buatannya. Nombor 31 tersebut tersembunyi diantara huruf B dan R. 23. Unilever http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html Huruf "U" adalah simbol yang mewakili beribu-ribu produk yang berbeza dihasilkan oleh syarikat ini. Lihat dengan teliti dan anda akan menjumpai objek-objek yang memenuhi konsep pemakanan, kebersihan dan penjagaan diri.


Nota Kredit : Sumber Asal di ambil dari Blog "Tips Malaya"


Tuesday, February 5, 2013

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Ke Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2013


 
 
Nukilan ini adalah khusus kepada para pelajar yang mengikuti Tingkatan 1 & Tingkatan 4 tahun 2013 atau lebih tepat lagi kepada para ibubapa yang telah meghantarkan borang anak2 untuk menyambungkan pelajaran mereka ke sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba untuk anda mengetahui keputusan permohonan anda. Sila Klik pada "Logo" di bawah ....


Sila Klik



Sebagai alternative sila rujuk link di bawah:

>> Tingkatan 1 : boleh dilayari melalui alamat berikut http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
>> Tingkatan 4 : boleh dilayari melalui alamat berikut http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

Atau semakan boleh dibuat melalui perkhidmatan mySMS : mara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888


Ucapan sekalung tahniah kepada para pelajar yang berjaya !!! Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa yer adik2. Semua sekolah menengah di Malaysia ini adalah sama dan ada "kelebihan" masing2 yang penting ialah keazaman kita sebagai pelajar untuk berjaya dan rajin berusaha sehingga ke "Menara Gading".

 

P/s: Nasihat peribadi saya, moga jangan anggap belajar di tingkatan 4 sebagai "Honeymoon Year" perlu diingat tahun depan SPM pula bakal menyusul :)

 

 

 

Giatkan lagi usaha anda, Insyaallah "Usaha Itu Tangga Kejayaan"

 

 

 




Tuesday, January 29, 2013

Tips: Semakan Online Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M)

SEMAKAN ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2.0  | SEMAK STATUS BR1M 2.0 ONLINE  | CARA SEMAK PERMOHONAN BR1M 2.0 | SEMAK MELALUI SMS BR1M 2.0  |
 
Salam sejahtera semua.permohonan bantuan rakyat versi 2.0 sudah hampir tamat dan status permohonan boleh anda cek atau semak melalui hotline, melalui email atau tunggu sehingga pemberitahunan akan sampai ke rumah anda.
 
 

 
 
 
Bantua rakyat 1malaysia 2.0 seperti bantuan rakyat 1malaysia 1.0 dahulu dimana setiap pemohon akan mendapat bantuan tersebut secara berperingkat jadi kepada anda-anda yang telah membuat permohonan bantuan rakyat 1malaysia 2.0 pasti akan mendapat selewat-lewatnya hujung bulan februari 2013.
 
Dan untuk permohonan yang gagal ataupun tidak lulus anda boleh membuat rayuan ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda atau boleh membuat rayuan secara online jika ada.di bawah ini adalah 3 cara menyemak status bantuan rakyat 1malaysia 2.0.
 
CARA SEMAK STATUS BR1M 2.0 (1) :Penerima akan diberitahu melalui pos sama ada layak atau pun tidak mendapat bantuan tersebut dan diberitahu tempat penyerahan baucer bantuan rakyat 1malaysia 2.0 tersebut.
 
CARA SEMAK STATUS BR1M 2.0 (2) : Pemohon boleh menyemak br1m 2.0 secara online dengan menghubungi talian hotline ini 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010.talian akan dibuka mulai januari 2013.
 
CARA SEMAK STATUS BR1M 2.0 (3) : Pemohon boleh menyemak status permohonan tersebut dengan menghantar ke email ini  belanjawan2012@treasury.gov.my.

**Tahniah kepada yang layak dan kepada yang tidak layak sila cuba buat rayuan lagi..
**Jika ada sebarang kesulitan untuk menyemak atau telepon tidak diangkat tolong jangan tanya admin ok icon twisted SEMAKAN ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2.0 !.sebab itu diluar tanggunjawab admin.admin hanya memberi info sahaja menganai cara untuk menyemak status permohonan BR1M 2.0 anda.harap maklum..
 
UPDATE TERKINI.. Anda boleh mulai menyemak pada februari 2013.harap maklum.. icon smile SEMAKAN ONLINE BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2.0
 
Nota: Terima kasih kepada sumber asal dari laman blogger Myinfo4u.net

 

Sunday, January 27, 2013

Tips: E-Cigarette - Best Friend si Perokok Tegar !!!

'Papa... Asap rokok masuk rumahlah!" tetiba anak sulungku menegur. "Aiks, tingkapkan dah tutuplah, takkan masuk asap gak?" ujarku pula. Isk isk, payahnya menjadi "endangered species ni!". Nak isap rokok pun payah....

Kempen "Tak Nak" yang di war-warkan oleh kerajaan nampaknya sedikit sebanyak membuahkan hasilnya atau mungkinkah aku sorang jer yang makan "cili" dan terasa?

Korang yang perokok tegar nie pernah hadapi senario camtu tak?  Anyway memang banyak keburukkan dari yang baik habit menghisap rokok ni yer tak... TAPI bukan senang nak membuangnya.. kena ada kekuatan "iman" & mental !!! Err bab ni aku surrenderlah hehehe

Ok kat sini aku nak citer sikit satu "alternative" bagi korang untuk cuba2 berhenti rokok atau tukar sikit tabiat seharian korang... Ehh camner tu?

Pernah dengar - E- Cigarette atau pasal E-rokok? benda ni dah start femes 3 tahun dulu lagi... tapi time tu mahal beb! mau terbang RM300 - RM 500. Masalah rokok ni bateri dia cepat sangat kaput... asyik nak kena charge jer. walaupun bentunya sejibik cam rokok ori tapi takder "feel" :) Cuba korang usha gambar kat bawah masa dia mula2 keluar dulu.





Hari ni di pasaran dah ada pelbagai jenis & design. Harganya pun jauh lebih murah... kalau beli yang China marilah... Korang tentu pernah lihat orang isap benda yang berbentuk macam "pen" or yang canggih sikit macam "tabung" sebesar lengan budak hehehe...


 
 
Model yang aku beli baru2 ni ialah jenis "ego - W" comel lote jer bentunya macam pen yang boleh letak dalam poket. Starter kit ni harganya ialah RM120 lengkap dengan 2 unit (pen / e-cigarette), usb charger, adapter dan 1 e-liquid (perasa Marlborro). Kira oklah untuk first timer....

Sebatang E-rokok ni terbahagi kepada 2 komponen.

1) Clearomizer atau pun dipanggil - tank / tabung (untuk letak e-liquid)

bateri
2) Bateri


clearomizer













Clearomizer

Clearomizer ni ada pelbagai jenis dan size. Macam yang aku punya kat atas tu kalau korang tengok kaler biru ialah jenis pakai buang & yang kaler merah tu boleh di cuci dan boleh guna semula. Ehh bila aku kata pakai buang tu bukan sekali pakai terus buang tau dia boleh guna berkali kali. Tapi yerlah kalau kerap sangat guna dan tukar2 e-liquid benda tu akan kotor dan "sumbu" kat dalam tu akan rosak. Aku guna boleh tahan dalam 2 minggu - harga RM10 jer. yang jenis boleh cuci tu mahal sikit dalam RM18 so korang hanya perlu basuh dan tukar sumbunya bila perlu. Sumbu kat dalam tu boleh tahan dalam sebulan kalau korang pandai jaga dan maintain. Nak tukar sumbu harga RM 5.

Tips: Pastikan sumbu kat dalam tu sentiasa kena atau basah dengan e-liquid. kalau tidak korang boleh rasa bau hangit dan ini akan menyebabkan jangka hayat sumbu korang cepat rosak. Yang tensenya rasa hangit ni akan effect dengan perisa e-liquid korang ala ala payau & pahit gitu - uwek!.Kalau korang pakai yang jenis pakai buang korang akan tau bila tetiba rasa vapournya (asap) dah kurang, atau bila korang try sedut rasa payah or ketat dan ada pulak keluar bunyi "whizzing sound" tanda2 dah time masuk tong sampahlah tu - ahaks.

Bateri

Kalau beli starter kit di atas ianya datang dengan bateri berkuasa 650 mah kalau pest time pakai full charge boleh bertahan dalam sehari atau lebih kurang secara purata dalam 4 - 6 jam. Since korang dah ada 2 bateri ( 2 set pen) jadi bolehlah ada standby. Kalau nak beli bateri extra pun boleh yang jenis 1000++ mah boleh tahan dalam 8 - 10 jam. Harga dalam RM 40 - RM 50 sblom tawar menawar :)

Q & A

Hisap rokok ni boleh berhenti rokok ke?

Soalan cepumas di atas hanya korang sendiri yang boleh menjawabnya. Tepuk dada tanya selera. Senang citer, cam aku ni baru berjinak2 dengan benda ni tapi alhamdullillah dah 3 minggu tak beli rokok "Ori" !!!

Apa kelebihannya berbanding rokok Ori?

Macam nilah .... kalau korang berniat nak berhenti rokok secara semulajadi boleh try e-rokok ni. Memang tak di nafikan rokok Ori lebih "kick".... tapi anggap ini sebagai supliment supaya lama kelamaan mudah mudahan korang boleh berhenti secara TOTAL.

Yang bestnya e-rokok ni tiada bau! Opps maksuk aku bau yang kurang "enaklah" yang melekat kat badan or baju korang. Senang citer bila korang lepas masuk kedai mamak then makan roti canai lepas tu baunya melekat kat korang. So.. e-rokok ni berbau apa laks? Bau yang e-rokok ni ada hanya bau-bauan buah-buahan or bergantung kepada perisa apa yang korang beli hehehe. Nak explain perisa yang ada pun payah sebab dia ada lebih dari 88 jenis perasa! Pergh...korang boleh jadi ahli kimia tak bertauliah untuk mencuba campur adukkan perasa tersebut - tu yang trill tu yer tak. Ehh lupa laks perasa tu di beri nama saitifik - e-liquid. Nanti aku explain lebih lanjut kat bawah.

Kelebihan kedua pastinya ianya tiada abuk rokok,,, jeng jeng jeng tak payah korang susah payah nak cari "ash ray" lagi bila korang pot kat kedai makan. Aku gerenti Mamak kedai makan tu heppi korang tak kotor kan kedainya keh keh keh.

Ada asap tak? uish mustilah ada... tapi asapnya hanya sekadar "vapour" atau pun wap air. So kalau lepas ni korang nak isap e-rokok ni at dalam opis ker, dalam keter ber aircond ker dalam rumah ker - no hal punya. Cuma tengok2lah sikit pastikan keter sendirilah jangan dalam teksi pulak kang free-free kena turun jalan kaki :p

Kelebihan yang paling penting ialah kosnya. Walaupun korang kena invest sikit nak beli starter kit ni tapi bila korang campur kali dan bahagi for long run memang safe. Jom kita kira2 bodoh kat bawah..

Starter kit e-rokok - RM 120
Rokok Ori Dunhill 20 batang - RM 10.20

So kalau korang jenis yang isap sekotak sehari so kalau korang beli e-rokok dalam 12 hari korang dah boleh cover balik modal yer tak. Lepas tu korang top up untuk beli e-liquid jer .. ala dalam RM10 sebotol yang boleh tahan seminggu (bergantung cara penggunaan). Safe tak?

E-Liquid tu apa?

Ianya adalah perasa pelbagai bagi menggantikan kemaruk korang kepada rokok Ori. Alah macam "Shisha" gaklah hehehe. Macam aku story kat atas ada lebih dari 88 jeniskan, pepandailah korang explore yer... macam2 perasa ada tau.. nak rasa Dunhill, Gudang garam, Mangga, Strawberry, Kopi, Coke ... semua ada.. best kan!

My koleksi

E- Liquid ni ada 3 jenis jualan di pasaran. Yang mahal dari US - RM25 sebotol, Hong Kong - RM 18 & local RM10. Perasa feveret aku ialah Strawberry & coke fuyoo layan habis beb! kena pulak korang letak sikit perasa "mint" - sejuuuuk jer tekak hehehe

Seperkara lagi e-liquid ni ada mengandungi Nikotin di mana untuk menghilangkan rasa ketagih korang kepada rokok Ori. Tapi yang penting ianya tiada mengandungi TAR iaitu punca yang mengandungi 4000 lebih bahan kimia merbahaya dalam asap rokok!

Apa kandungan E-Liquid ni? Kat bawah ni aku celok dari salah satu laman  blogger kalau nak usha blog dia boleh klik kat sini

"When you puff on your e cigarette and inhale this smoke-like vapor into your lungs, it’s completely natural to be concerned about the ingredients in your e-liquid. We understand your concern and will happily disclose the ingredients in the e liquid.

The major ingredients are:

 Propylene glycol
Glycerin (aka glycerol)
Water
 

The minor ingredients are:

 Ethyl maltol – Organic compound that serves as a flavorant
Natural & artificial flavorings – Depends on flavor of e liquid


It’s  an incredibly simple recipe and doesn’t take a whole lot to create vapor. The complete number of ingredients in e liquid average at just 10 items. Even better is the fact that the vapor isn’t loaded with the 4,000+ chemicals found in tobacco smoke."


Err kalau tak paham maksud perkataan "bombastik" kat atas try trylah tanya abang G (Google) yer.

Maklumat Penting:

Sebelum terlupa... nukilan di atas ialah khusus untuk yang nak berjinak2 untuk "cuba" berhenti merokok sahaja. Tapi no gerentilah yer & gunakan ia atas tanggung jawab sendiri tau... anyway tak salah nak mencubanya yer tak.

Satu lagi yang penting... bagi yang bukan kaki rokok tu jangan pulak korang beli e-rokok ni dan pepandai cuba2 nak start rokok pulak!!! Kena rotan kang hehehe. kalau korang bukan kaki rokok tu elok jangan startlah yer.. cam aku cakap bukan senang nak jadi "Endangered Species ni"!!!

Gud Luck....