Showing posts with label Bazar Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bazar Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Bazar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam

Memandangkan Hari Raya Aidil Fitri hanya sehari sahaja lagi... tidak lengkap rasanya jika tidak singgah ke bazar Ramadhan Komplek PKNS Shah Alam. Bagi ku ianyanya umpama lokasi wajib selain di Jalan Masjid India untuk membeli bukan saja juadah untuk berbuka puasa tapi untuk ber"shopping" barangan menyambut hari raya di saat akhir. Di situ juga lokasi favourite untuk ku menunaikan kewajipan Rukun Islam ke- 5 iaitu membayar zakat fitrah. Senang citer kalau sekali datang ke sini konpem urusan 3 dalam 1 dapat laksanakan tampa banyak songeh hehe.

Lokasi membayar Zakat Fitrah:

[caption id="attachment_595" align="alignnone" width="150"] lokasi baru yg lebih selesa[/caption]

Mungkin kedatangan ku setahun sekali ke sini membuatku terpegun dengan perubahan yang ketara. Terkejut beruk gak dibuatnya, Wah! kompleks ini telah diberi "muka baru" (face lift). Jika dulu di ruang legar bahagian hadapan tempat pot menjual pelbagai kuih raya, lemang, ketupat, dodol, rendang dan macam2 lagi. Tapi kini terdapat beberapa ruang kedai yang berkemungkinan bakal di sewakan. Di salah satu kedai itulah terletaknya pot sementara pusat pungutan zakat fitrah. Aik.. mana perginya barangan jualan yang lain?

Lokasi gerai menjual kuih raya dll :

[caption id="attachment_596" align="alignnone" width="150"] Lokasi baru[/caption]

Oooo, rupanya mereka telah dipindahkan ke pot baru iaitu di belakang kompleks (belakang BATA) bersebelahan dengan bazar Ramadhan sendiri. Ada khemah besar rupanya. Hmm maybe untuk keselesaan pengunjung kot? Entahlah, bagi ku pot dulu lebih strategik!





Macam2 jenis kuih raya tersusun rapi mengamit para pembeli dan terserahlah kepada skill korang untuk tawar menawar dengan mereka. Macam aku tak beli apa2 pun, Yelah sebuk Klik sana klik sini. Kadang2 tu memacam peel penjual bila aku ajukan kamera ku kat mereka, ada yang siap berposing, ada yang buat2 tak nampak dan ada jugak yang control macho ke ke ke. Itu semua membuatkan hobi sebagai kameraman yang tak bertauliah ni rasa menghiburkan.



Saat paling best bila ada para penjaja yang bertanyakan soalan cepumas kepada ku "Ni Keluar paper mana ni bang?" Perghh terasa cam wartawan  laks : )

Bazar Ramadhan:





Melihat pelbagai juadah yang terhidang didepan mata memang mangoncang iman ku. Tengok ini nak beli tengok itu nak beli perghh kuat betul dugaan time2 puasa nie ye. So petua aku mudah je... aku tak bawak duit! semua duit aku pass siap2 kat my wife jadi "menteri kewangan"! " Habis you jadi apa?" soal isteri ku.. "Menteri pengangkutanlah" jawab ku selamber. Bawak makanan yang di tapau lagi, camera lagi dan kereta pun aku yang drive, kira logiklah kan :)





Dekat 2 jam jugaklah di habiskan untuk ronda2 kat kompleks ni. Kata orang di ambang Hari Raya nanti lagi happening time tu semua barangan akan di jual ala "lelong". So kalau korang rasa nak bargain hunting datanglah ke sini dalam jam 2 pagi ke 3 pagi! Rasanya time tu aku dan lama .. Zzzzzz.

Akhir kata, semuga anda semua terhibur dan mendapat serba sedikit tips di ruangan "Bazar Ramadhan" yang aku create dalam blog ini. Insyaallah jika panjang umur.. tahun depan akan ditambah lokasi2 lain pula ye.

Di kesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran dan Maaf Zahir & Batin jika ada tersalah kata dan bahasa di dalam penulisan.

Semoga anda semua terhibur...

Bazar Ramadhan Seksyen 16 Bangi



Baru2 ni aku ke Bangi kerana mempunyai apoinment untuk melihat satu property di sana dan kesempatan ini tidak di siakan untuk aku menjengah ke bazar ramadhan di sana. Masalahnya ini memang first time aku ke sana dan tak pasti lokasi terbaik untuk di survey. Mujurlah client aku yang semamangnya tinggal di sana mencadangkan beberapa pot menarik untuk aku. Uiks tak sangka pulak kat Bangi saja ada 4 = 5 pot bazar yang berbeza.........sure happening! pikir ku.

Last2 aku mengambil keputusan untuk ke bazar seksyen 16 berdekatan stesen Petronas & Shell kerana di kabarkan kat situ paling meriah. Sampai je baru ke perasan yang rupa2nya bazar Ramadhan & Pasar Malam di jalankan serentak. Patutlah macam2 di jual sampaikan baju2, peralatan dapur dan eksesori hand phone pun ada. Satu je yang aku musykil...kenapa lokasi ini di panggil seksyen 16? padahal nama jalan kat atas tu Jalan 6c/2?? bukan seksyen 6 ke? hmm tak payah nak pening kepala sebab dah 3 orang "by stander" aku tanya nak kompemkan ni seksyen berapa .... so kalau mereka tipu aku... aku pun kira tipu koranglah yer hehehe.



Soalan cepumas yang akan aku tanya pada diri aku bila sampai je kat tapak bazar ialah.... "nak makan apa ye?" :)



 

Maklumlam macam2 ada.. mau tak rambang mata. Tapi kata orang kita cari yang lain dari yang lain.. alahh yang "IN thing" lah... sebab rata2 akan menjual benda yang sama... tak ayam golek.. ayam tempayan.. tak pun ayam percik. Kalau kebab tu perghh macam2 perasa dan francais semua ada. Trend terbaru...kentang "wedges" & kentang "senyum" di limpahi sos keju...perghh memang marvoulos punyalah. Laris umpama "cendawan" goreng panas hehehe.





Apa yang aku perasan harga kat sini taklah semahal di Pee Jay atau Key El. Maybe ramai student kot tapi alhamdulillah dapat safe sikit walau sebarang seposen dua yer tak.





Kalau nak ke sini, dari PLUS highway masuk je interchange Bangi... bayar tol then depan ada 1st round about... jalan terus sampai 2nd round about korang belok jam 9 (kiri le) jalan je terus sampai nampak stesen minyak Petronas & Shell bersebelahan sebelah kiri anda. Dah sampai carilah parking hehehe

Enjoy...

 

Monday, July 30, 2012

Bazar Ramadhan Seksyen 28 Alam Megah, Shah Alam



Satu ketika dahulu bila aku menetap di Putra Heights boleh di katakan ketika bulan Ramadhan memang bazar ni akan menjadi lokasi harian untuk kita orang singgah membeli juadah. Yelah lagi pun sekangkang "orang utan" je dari rumah ku. Tapi since kami dah pindah ke Kelana Jaya hanya setahun sekali saja kami datang ke sini itu pun kalau rajin atau pun secara kebetulan lalu di kawasan ni.





Matlamat aku untuk singgah ke sesuatu Bazar tu untuk mencari makanan "unik" atau kelanainan yang boleh di konsi dengan pembaca tapi malangnya tahun ini, bazar Alam Megah ni umpama "copy cat" dari bazar2 yang lain. Tiada yang boleh di katakan "sigature dish". Walau bagaimana pun, pengunjungnya memang ramai dan tetap meriah.



"Q" yang paling panjang sudah pastinya gerai ayam golek "Zaibee". Hmm, gerenti sedap ni..pikir ku. Tapi aku dah boring asyik makan ayam je... kali nak try juadah lainlah pulak... tapi apa? Dalam kepala teringin nak cari gerai menjual Roti John "Selangor" yang memang menjadi favourite ku... pusing2 punya pusing tarak! laaa dah pindah pot lain kot. Dah takder rezeki...





Entah kenapa tetiba teringin pulak nak pekena "pecal". Korang perasan tak kalau di bazar ramadhan lain ada macam francais pecal pulak yg di jual dgn harga RM2.50 siap dibungkus dalam daun pisang. Nampak menarik tapi bila balik dan buka.. laaa bukan saja "ciput" tapi yang paling ralatnya dia letak tauge jenis kepada "besar" memang tak sesuai sebagai ramuan pecal. Anyway tu pandang peribadi aku jerlah yang memang "kaki makan" nie hehehe.

[caption id="attachment_567" align="alignnone" width="300"] Pecal OH Pecal[/caption]

Dalam dok pusing2 tu tetiba nampak pulak gerai ayam percik.. nampak boleh tahan gak bagaknya "portion" yang dijual harga RM 3.00 tu kira ok lah kena dengan sizenya.



Lokasi Bazar ini terletak di simpang Jalan Ceding 28/4, Taman Alam Megah, Shah Alam. Potnya di tempat parking lot di apit oleh deretan kedai2. Nak senang betul2 depan KFC... sure korang tak boleh miss punyalah.

Selamat Mencuba...

Wednesday, July 25, 2012

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

 



Salah satu pot wajib bazar ramadhan ialah di Stadium Sham. Salah satu bazar yang terbesar di lembah klang. Ibarat syurga makanan bila ke sana. Sebut je apa juadah yang menjadi idamanan kalbu,  masakan dari pantai timur ke, Johor ke, Penang ke semua ada. Jom tenguk apa yang ada...

Nasi Ambeng



Masakan tradisi dari Jawa ini adalah unik di mana ramuan asasnya ialah nasi + mee + sayur + ikan masin + ayam. Kira ala ala rojaklah. Kalau anda nak tau cara ori nak makan Nasi Ambeng nie lebih afdal bila di makan dalam dulang! terutama bila ada keraian contconhya kenduri kahwin... meriah beb. Makan pula satu dulang share 4 orang so berkongsi makan beramai2 gerenti meriah. Anyway sekarang nie makanan ni telah di komersialkan siap ada francais. Kat bazar ni sahaja tak kurang dari 5 gerai yang menjualnya. Korang pilihlah yang mana suka dari kompilasi campuran makanannya dan yang penting harga serendah RM5.00 - RM 10.00.

Nasi Itik, Kerabu, Lemak & Briyani





Pelbagai nasi yang ada di jual sebagai main menu time berbuka nanti. Apa yang menarik ialah nasi Itik.... hmm selalu kita try nasi ayam tapi kali ni kawan si ayam jadi mangsa hehe. Sedap ke? ntah aku pun tak pernah try :)

Grill Corner







Perghh! Kat mana2 ada je gerai yang menjual kebablah, ayam pangganglah, kambing grillah, ikan bakar dan tak kurang masakan western yang lain contohnya skewer. Rambang mata juga di buatnya. Frankly secara peribadi dalam banyak2 kebab, francais Melawati Kebab bagi aku yang the best... harga pun murah RM 2.50 dengan roti pita. Nyummy!

Menu XXXL !!!





Dalam beratus gerai di sini ada 2 gerai yang menjual makanan Jumbo... contoh di atas gerai burger dan karipap. Hmm apa yang menariknya? Burger buatan sendiri (bukan Ramli punya tau) dia acu menjadi Extra Large... kena pulak burger KLCC 3 lapis daging beb.. muat ke mulut tu? hehehe. Karipap jumbo ni pulak punyalah bagak... harga RM2.50 siap ada telur puyuh lagi kat dalam.. besarnya ibarat hand phone motorola 1st edition zaman dulu yang baling anjing, anjing mati tu hahaha sorry takderlah besar tu, senang citer lebih kurang 5 x ganda karipap biasalah geng.

Specialties





Tak salah jika aku katakan menu yang jarang terdapat di bazar yang lain tapi ada kat sini ialah, Rojak Singapore (pasembor), Dim sum & Murtabak Maggie ! Marvelouskan...

Apertiser & Deserts







Sebagai pembuka selera atau pencuci mulut korang bolehlah usha gerai menjual pecal, rojak buah, gulai kawah makan dengan ketupat. Kalau fruit juice pun ada, tak pun cendol. Last sekali tak lengkap kalau tak pekena kek.. yer tak.

So kesimpulannya jika korang bercadang nak diet... jauhi dari bazar ini hehe. Satu lagi berpada2lah bila membeli.. jangan ikut nafsu kalau tak...  bawak RM 50 kejappp je habis :(

Selamat menjamu selera...