Di awal tahun 2005 berlaku satu fenomena luar biasa di mana tetiba jer restoran Mamak tumbuh bagai cendawan. Mereka seperti berlumba2 untuk membuka cawangan mereka di pelbagai lokasi. Kalau anda ke Subang Jaya tentu pernah singgah di Ravi's corner yang kemudiannya di upgrade jadi Gazebo (Sekarang pot tu dah jadi service apartment!). Di USJ pula Restoran Sri Melur menjadi popular dengan cawangannya sampai ke Shah Alam. Sama juga di Kelana Jaya, sebut jer restoran Syed semua orang tau. Dengan signiture dish "Nasi Briyani Bukhara" mereka dan tag line " The one and Only Bukhara Briyani" sapa yang tak kenal? Lokasi pertama mereka ialah di SS5B kedai corner (dulunya restoran Al Ehwa), kemudian buka satu lagi di SS3 Taman universiti (depan Dewan) dan last kat Giant lama di jalan SS 6/3 depan CIMB Bank. Logo Wisma Syed tersergam megah kat sana. Kebetulan pula time tu aku baru berjinak jinak sebagai property agent so aku pun tertanya dalam hati, apa motif bukak banyak2 branch nie? dekat2 pulak tu! Adakah kerana branding? promosi? terlebih duit? atau ada agenda lain? secara logik memang tak masuk akal. Boleh buat untung ke? Crowdnya sama gak! Anyway macam aku cakap since aku baru dalam real estate so aku tak ambik potlah.
Tu citer 7 tahun dulu!. Apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya.... dari 3 cawangan Syed yang aku story kat atas, hari ini tinggal 1 jer di SS 6/3 yang juga merupakan HQ mereka. (oops cawangan di klang valley lain aku tak campur ye). Secara peribadi di antara 3 lokasi yang disebutkan tadi aku selalu patron yang kat ss5B. Tempat dia selesa dan yang paling best masakan "ala Tomyam" mereka memang marvelous. Dalam seminggu 3 kali mesti aku singgah ke sana, kalau tak makan pun setakat pekena teh tarik pun jadilah. Pernah gak aku terpikir - Kuat gak ye "manderam" mereka hehehe. Yang aku heran, aku jer yg regular! Brader cashier "dari seberang" pun peramah. Tapi one day tu dalam early last year dia bisik kat aku. "Bang, kedai nie tak lama lagi akan tutup". Aiks what happen? aku tanya dia balik tapi dia buat muka blurrr oops dia tak paham english kot hehehe. "Kenapa tutup?" ulang ku. "Tak cukup staffs" Ooooooo. Baru aku tau. So since tutup kat SS5B aku pindah yang kat SS3 pulak. Kat sini lebih selesa sebab dia 2 tingkat. Aku pun tak pernah naik kat tingkat atas sebab selalu tutup je. Cuma aku kurang minat kat sini sebab tukang masak ala carte dia lain. so rasa masakan pun kureng. Isk Isk tensen gak. Yang best tu brader cashier kat SS5B tu pun pindah jaga kat SS3 jugak. so kenkadang tu dapatlah diskaun barang seposen dua :) Pisst! korang pernah dengar restoran mamak bagi diskaun ke? Jangan haraplah. (my sincere pendapatlah). Anyway brader tu bisik kat aku lagi yang restoran nie pun nak tutup gak! La islabonita.....tutup lagi?
Actually citer kat atas tu sebagai mukadimah saja nak berkongsi sejarah restoran Syed nie di Kelana Jaya. So sekarang pendek cerita tinggal satu di SS 6/3. tapi mereka kaw kaw renovate, pekerja pun ramai. Beruntung mereka dapat corner lot bersepah sepah meja meraka! Bila malam je depan CIMB ada meja mereka, kat area MBPJ tanam pokok pun ada meja mereka. Sesenang 100 meja mereka akan susun dalam satu malam. Aku rasa Feng shui tempat nie mamang betul2 "ong" buat Tuan Sued kita kot. Perniagaan makin maju. Kalau kena malam match bola EPL, kena pulak pasukan power lawan MU ke Liverpool ke, Chelsea ke, Arsenal ke sure full house sampai kat rumah aku yg jaraknya 1km pun boleh dengar sorakan mereka. Commercial break jap - Since aku sorang je yang sokong Manchester City, aku jaranglah turun sana time ada match hehehe "you know I knowlah kenapa yer tak".
Pasal menu makanan mereka yang paling buat aku happy ialah masakan "ala carte" mereka kali ini memang menepati citarasaku. yang pasti chef mereka bukan orang lama kat ss5B dulu tapi aku no hal janji sedap. TAPI yang paling mengelikan hati ialah Nasi lemak mereka ada option untuk korang letak lauk "tempe" hehehe. You all should try, pelik tapi sedap! Menu lain ialah Satay ayam - boleh tahan gak tapi RM 1 secucuk. Western food pun ada tapi semua kuah black papper yer, mashroom souce tarak.
[caption id="attachment_217" align="alignnone" width="150"] Bukhara Kambing - power beb![/caption]
[caption id="attachment_218" align="alignnone" width="150"] My favourite drink - Milo kosong panas[/caption]
Satu lagi yang aku nak share kat korang ialah minuman favourite aku seperti kat atas tu - walaupun "kosong" (ehem jaga kesihatan beb) tapi memang power gila! Aku nak tanya sikit, korang pernah minum milo kan. Kenapa mereka letak sudu kalau korang order milo panas? jawapan - supaya senang kacau bagi sebati sebab milo nie kalau tak di usik dan kacau akan larut ke bawah so nampak berlapislah. Tapi yang musykilnya milo panas kat sini tak macam tu! korang biarlah dia tetap sebati. Heran bin ajaib kan. Soalan ke 2 aku, korang tau tak kenapa? Ok aku bagi salan bocor yang actually bini aku yang terangkan hehehe...Milo nie kalau lama dalam paket dan jarang di gunakan akan berketul2 so tu sebabnya dia susah nak sebati. Hmmm logik gakkan.. so maknanya Milo kat Syed nie sentiasa fresh lah orang order none stop. Ooooo patutlah.
Harga Nasi Briyani;
Bukhara Ayam - RM 11
Bukhara Kambing - RM 13
Roti Canai - RM 1
Nan Cheese - RM 3.50
Bihun Goreng - RM 4.50 + Telur dadar RM 2.00
Milo kosong - RM 2.00
So tak banyak bezakan dengan harga kat kedai mamak yang lain. Kat bawah nie full menu mereka tapi sorrylah kurang jelas sebab aku ambik guna tablet terkial kial gaklah aku nak zoom hehehe.
So kalau korang datang ke Kelana Jaya jangan lupa singgah ke Restorang Syed. Kena pulak time sekarang nie mereka tengah buat promosi Mangga dari India...
Nampak menarik tapi aku pun blom try ... maybe next round kot lagi pun apa susah dah meamang hari2 aku pot kat sini. Dah jadi macam My 2nd home program laks hehe. Lagi pun sebagai property agent "Kat mana kedai mamak kat situlah office ku" - cewah!
Bon Appetit...
Showing posts with label Mamak. Show all posts
Showing posts with label Mamak. Show all posts
Saturday, May 19, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Original Kayu Nasi Kandar Penang
Salah satu lokasi favorite kami sekeluarga kalau nak pekena makanan "Mamak" ialah kat Original Kayu Nasi Kandar di SS2 PJ. Lokasi tempat ni lebih dikenali sebagai "Chow Yang". Di kabarkan sejarah nya bermula sejak tahun 1974 lagi. Terdapat 7 cawangan kesemuanya 1 di Penang dan 6 lagi di lembah Klang. Di ss2 ini ialah HQnya. Tempat dia memang cozy, ada aircond dan non aircond. Kalau yang kaki "berasap" tu pandai2lah pilih pot ye. Kebersihan memang tip top. Selain dari menu nasi kandar (specialty tempat nie) yang bestnya ialah Roti Tisu & Roti Boom. Memang sedap!.
Kalau lihat gambar di atas pelbagai lauk pauk tersedia memang mengiurkan. Tak payahlah korang pikir nak diet kalau datang sini buang karen je. Jika order nasi kandar pastikan korang mintak kuah campur (semua letak) bila dah banjir tu memang tak jumpa nasi punyalah :) Since matlamat kita orang nak makan roti so kita orang setakat cuci mata je lah....
Roti tisu dia memang besar siap kena alas 3 pinggan! Jangan berangan nak habiskan sorang, elok berkongsi bukan apa sebab roti nie rangup dan manis so cepat muak! Roti Boom dia pun power, tapi cam abang nya si roti tisu gak makan sikit jer dah kenyang.
Pricing wise hmm korang paham2 jerlah restoran mamak nie kan
Roti Tisu : RM 5.00
Roti Canai: RM 1.20
Roti Telur: RM 2.50
Roti Boom: RM 2.00
Poori: RM 3.50
Nasi Kandar: Oops sorry harga tak sempat check sebab mamak tu dok jeling2 masa aku dok ambik gambar dia!
Alamat
No 64, Jalan Ss2/10, 47300 PJ TEL: 03-78764767
Open 24 hours.
Tips: Kadang2 tu bila time nak order pastikan korang explain kat waiter tu betul2 sebab ada kalanya mereka baru turun dari "kapal". Pastikan juga korang check hari apa yang ada pasar malam kat situ (tak silap Khamis) sebab sure masalah parking akan timbul.
Kalau lihat gambar di atas pelbagai lauk pauk tersedia memang mengiurkan. Tak payahlah korang pikir nak diet kalau datang sini buang karen je. Jika order nasi kandar pastikan korang mintak kuah campur (semua letak) bila dah banjir tu memang tak jumpa nasi punyalah :) Since matlamat kita orang nak makan roti so kita orang setakat cuci mata je lah....
Roti tisu dia memang besar siap kena alas 3 pinggan! Jangan berangan nak habiskan sorang, elok berkongsi bukan apa sebab roti nie rangup dan manis so cepat muak! Roti Boom dia pun power, tapi cam abang nya si roti tisu gak makan sikit jer dah kenyang.
Pricing wise hmm korang paham2 jerlah restoran mamak nie kan
Roti Tisu : RM 5.00
Roti Canai: RM 1.20
Roti Telur: RM 2.50
Roti Boom: RM 2.00
Poori: RM 3.50
Nasi Kandar: Oops sorry harga tak sempat check sebab mamak tu dok jeling2 masa aku dok ambik gambar dia!
Alamat
No 64, Jalan Ss2/10, 47300 PJ TEL: 03-78764767
Open 24 hours.
Tips: Kadang2 tu bila time nak order pastikan korang explain kat waiter tu betul2 sebab ada kalanya mereka baru turun dari "kapal". Pastikan juga korang check hari apa yang ada pasar malam kat situ (tak silap Khamis) sebab sure masalah parking akan timbul.
Subscribe to:
Posts (Atom)