Showing posts with label My Stories. Show all posts
Showing posts with label My Stories. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Family Retreat : Johor Premium Outlet (Syurga shopping barangan Branded)

Satu pagi tu di penghujung tahun 2012, tetiba anak bongsu - Syazwann bertanya kepada ku "Papa...bila kita nak jalan-jalan? cuti sekolah dah nak habis!" Uiks tetiba baru ku perasan yang pejam celik pejam celik tahun 2012 dah nak berakhir dan anak2 bakal memulakan alam persekolah yang tinggal seminggu jer lagi.

"Seminggu lepas sekolah bukak kita pi Johor... nak?" jawab ku. "Alaaaa ada apa kat Johor?" Tanyanya lagi. "LEGOLAND....." Jawab ku pendek. Barulah nampak ceria sikit cikenit nie hehehe

Secara peribadi, perancangan percutian ke Johor di buat agak last minit & secara bidan terjun . Hanya berbekalkan tiket taman tema LEGOLAND & USS Singapore itu pun yang telah dibeli sejak bulan 8 dulu (sempena MATTA fair). Lazimnya sempena menyambut tahun baru kami sekeluarga tak pernah miss ber"Retreat" ke Sungai Congkak tapi kali ni lebih adventure dan jauh sikit. Dahlah lebih 15 tahun tak drive ke Johor apatah lagi ke Singapore. Kalau sesat ni kes naya jer pikirku. Berpandukan GPS aku konfiden sikitlah tapi still pendek kata main redah jer ni....barulah extra trill yer tak :)

Apa yang menariknya tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam di Johor telah di "sponsor" oleh seorang client yang baruku kenal yang telah berbesar hati meng"offer" kami tinggal di salah sebuah rumah beliau di sana. Umpama "pucuk di cita, ulam mendatang" perlawaan itu kami terima dengan tangan terbuka - Terima kasih daun keladi Dato!!

Tanggal 5 Januari 2013 (Sabtu), awal pagi lagi kami telah memulakan perjalanan ke Johor yang menurut GPS sejauh 350KM dan mengambil masa 3 jam 50 minit melalui lebuh raya PLUS. Boleh tahan gak jaraknya.....

Agenda kami sempena ke Johor ialah untuk melawat beberapa lokasi berikut :-

1) Johor Premium Outlet - 1st time visit - untuk window shopping jer
2) Danga Bay - 1st time visit gak
3) USS Singapore - 2nd time visit - plan pergi hari Ahad
4) LEGOLAND - 1st time gak... plan pergi hari Isnin.... harap2 x ramai orang

On the way ke JB ketika menghampiri exit Senai dari jauh lagi Billboard gergasi "JPO" terpampang di tepi highway. Wah dah dekat dah ni.... macam dah boleh terbau-bau...


1001 Jenama branded ada di JPO ni



Kalau dari KL ke JB korang bolehlah keluar melalui exit Senai untuk ke JPO ni... dari situ lebih kurang 10 minit lagi perjalanan....


Selepas exit Senai ikut Exit 302A pula
Billboard JPO








Rate parking

Hmm...hebat sangat ke tempat yang di gelar "Syurga kaum hawa bershopping nie?"

One for the Album


Sebelum turun kereta tu aku dah pesan kat semua orang yang kita singgah untuk "window shopping" jer tau hehehe. Kalau ikutkan jenama2 branded yang dijual memang rambang mata! Sebut jer nak apa... baju, jam, cermin mata, perfume, kasut semua ada. Cuma masalahnya lepas diskaun kaw-kaw 70% pun harga still ratus2 :P

Setting ala ala street Mall
Cotton On










Diskaun
Nike (Jersey Arsenal Ori ada di jual)    










Diskaun lagi
Perasan tak "the ladies" hilang :)










Kalau dah penat berjalan tu korang bolehlah singgah di beberapa food outlet untuk "ngap sayot". Dun worry banyak pilihan yang ada... Harga? err aku tak singgah masuk pun hehehe

Food court
Crepe durian tak der jual tau!










Nak Ice cream pun ada


Hampir 3 jam jugaklah kita orang ronda2 kat situ. Masuk satu kedai keluar satu kedai sampai boring the "boyz" keh keh keh

Bila nak balik ni???

Bila dah penat tahap maksima kita orang pun cepat2 beredar pulang memandangkan kita orang blom lagi "check in" kat rumah penginapan & plan bila on the way balik ke Key El nanti jika sempat kita orang akan singah ke JPO lagi...

Bersambung ke ..... Family Retreat - Danga Bay, Johor Bahru





Sunday, December 16, 2012

My Stories: Keputusan PMR akan keluar pada 19 Dec 2012

Keputusan peperiksaan PMR 2012 akan keluar pada hari Rabu nanti , 19hb Dec 2012. Para pelajar dan ibu bapa bolehlah mengambil keputusan tersebut di sekolah masing2 mulai jam 10 pagi.  Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang bolehlah juga mendapat keputusan melalui SMS mulai jam 10 pagi pada hari yang sama sehingga jam 11:59pm pada 25 Dec 2012. Caranya dengan menaip PMR (jarak) diikuti dengan no Mykad calon (dekatkan no tersebut) nombor indeks dan hantar kepada 15888.

Kepada calon2 PMR di doakan agar kalian semua success hendaknya.



Sedikit sorotan.

Terdapat lebih kurang 481,424 pelajar yang menduduki peperikasaan PMR tahun ini. Anak aku pun salah seorang di antaranya. Hmm selalunya time2 begini ibubapalah yang kecut perut yer tak :) Tinggal 3 hari sahaja lagi tapi aku tengok anak aku rileks je.. cool sokmo lah konon.

Bulan lalu tentu ramai ibubapa yang sebuk menghantar anak2 mereka untuk ujian penilaian bagi yang mendaftar untuk kemasukan ke MRSM. Sebagai bapa tentulah kita ingin melihat anak kita Berjaya dan memberikan yang terbaik dari segi pelajaran. Since lokasi MRSM pilihan kami terletak nun jauh di Utara so kami terpaksa memilih tempat mengambil ujian peperiksaan di MRSM Serting, Negeri Sembilan. dekat sikit kot.

Since inilah first time kami ke daerah Serting so kenalah buat persiapan awal khusunya nak kena kompem dulu kat mana lokasinya. Mengikut GPS jaraknya dari rumah aku lebih kurang 150km dan mengambil masa 2:30 minit untuk sampai. Perghh boleh tahan gak jaraknya... ingatkan dekat. Memandangkan anak aku akan start mengambil ujian dalam jam 8:30 pagi so kami terkpaksa bertolak time subuh. Sejuk tu hehehe.

Nasib baiklah kami bertolak awal sebab walaupun menggunakan GPS tapi 2 - 3 kali gak aku terpaksa turun tanya arah jalan kat brader stesen minyak. "Jang, jalan ke Serting ikut mana?" Tanya ku. "U ikut jalan depan jumpa itu "round a bout", u masuk kiri depan u jalan terus sana dekat" Laaa bangla ke hehehe. Tarak hal lah janji sampai.




Tepat jam 8 pagi kami dah sampai kat pintu gerbang MRSM. Wah! not bad gak, anak aku sure suka ni - piker ku. Laislabonita.. dia tidur rupanya ! Sian pulak aku dibuatnya.. cepat2 aku kejutkan dia dan bergerak masuk ke dalam kawasan MRSM. Kebetulan time tu peperiksaan SPM sedang berlangsung so kita orang kenalah senyap... Syhhhh hehehe.

Kat mana nak tuju ni?
Dewan peperiksaan









Bangunan Tun Razak
Lokasi calon PMR ambik ujian










Rupanya ujian penilaian ni terbahagi kepada 2 sesi pagi & petang dan di pecahkan kepada 3 hari. Setiap sesi penilaian dijangka selama 3 jam. Para pelajar di uji merangkumi 3 sudut - Matematik, Sains & keperibadian. Wow, macam susah je ni? Anyway kita cuba dulu dan yang penting berikan yang terbaik. Kalau rezeki tak kemana yer tak.

Senarai nama calon
Jumpa pun nama anak aku..










Sudut: Jenaka - hasil nukilan para pelajar MRSM


Sementara menunggu anak aku mengambil ujian penilaian aku dan isteri mati kutu pulak. Apa nak buat selama 3 jam ni? "Jom, breakfast" cadang my wife. Itu yang aku nak dengar tu keh keh keh.

Finally dalam jam 11:30am aku nampak anak aku keluar dewan... cepat2 aku interview "Macam mana exam?" tanyaku. "Ok" jawab my anak pendek. Laa ok je ke? Nie yang membuatkan aku bertambah suspen.....




Gud Luck - Amri

Kita tunggu result PMR pada 19 Dec 2012 nanti.


 

















Monday, November 26, 2012

Food Review: Restoran Asian Cibo - Kelana Jaya

Baru2 ni bersempena ulang tahun my wife, aku anak beranak becadang untuk membuat satu surprise dinner untuk beliau. Satu mesyuarat serampang 8 mata antara aku dan 3 orang anak ku dibuat. Soalan penting kat mana nak "sik fun" ni? Anak sulongku mengesyorkan agar aku masak yg special untuk malam tu. Alamak pikir ku "err hari ni Chef cutilah" kata ku hehehe "kita makan luarlah" cadangku
pula "Yay!" lagi 2 orang anakku menyampuk. Aiks tak sedap ke masakkan ku? keh keh keh "Kat mana?" tanyaku lagi "Fast food!!!" serentak mereka bercakap. Laa cam dah berpakat jer.. "tak naklah! kita makan yang special sikitlah" cadangku lagi. Last2 kami list down senarai restoran yg berdekatan. Memandangkan hari itu adalah hari Jumaat so kena ambik kira gak dengan jem, musim hujan lagi so terpaksa cari lokasi yg berdekatan dengan area Kelana Jaya jugaklah.

Berikut adalah list kita orang :)
  1. Mc Donalds
  2. KFC
  3. Sam Hadramawt - restoran makanan arab
  4. Restoran Asian Cibo - muslim chinese food (halal)
  5. Las Vacas
Memandangkan yang kami semua plan nak makan set dinner so 4 lagi pilihan terpaksa di tolak tepi dengan menggunakan kuasa veto ku, tensen jer anak2 ku keh keh keh. "Ok kita beli kek sekali ye" cadangku untuk mengambil hati mereka. Barulah nampak heppi muka masing2.

Restoran Asian Cibo - Kelana Jaya



Jam 3pm aku dan anak sulung ku dah terpacak depan restoran... TAPI.."Tutuplah Papa!" kata anak ku
"Aik, very unsangkarable ni" pikir ku.. fenin aku dibuatnya. "Hmm. Blom bukak kot?" kata ku menyedapkan hati. "Jom kita cari kek dulu" cadang ku pula.

Cake hunter..

"Nak beli kek apa papa?" Tanya anakku Amri. "Apa kata kek yang spesel sikit untuk mama... kek cokelat durian!" cadang aku. Anak aku ternganga je dah terliurlah tu hehe. Masalahnya jenuh semua kedai kek yang aku tau dan survey takder menjual kek durian. Laaa frust lagi aku dibuatnya. Tetiba aku teringat anak perempuan aku pernah bagi tau yang kek cokelat durian ada di kedai kek di Dataran Prima PJ. Cuma masalahnya aku tak tau nama cafĂ© tu. Tinggal 2 jer kedai kek yang aku blom usha... Di Jaya One PJ & PJ Paramaount. CafĂ© di Jaya One tu selalu aku temankan isteri aku pergi tapi aku selalu tak turun , just lepak dalam kereta (sebab double park). So aku tak sure kat mana actual lokasi cafĂ© tu yang aku tau isteri ku akan masuk dan dalam menuju ke arah Cold Storage. So aku pun main redah je lah masuk je ke dalam Cold Storage nampak pulak kedai bakeri terus tanya... "Kek durian ada?" "Ada" Jawab minah cashier tu sambil menunjuk ke satu arah. Laislabonita tu buah durian - Cis! Aku terus seret anakku keluar dan jumpa pulak brader jaga kereta. Plan nak tanya dia pulaklah. Kalau dia buat lawak bodoh gak kang siaplah! ;p kali ni aku ubah strategi aku terus tanya mamat tu kat mana ada jual kek. "Boss, u jalan kasi depan sana ada kedai bawah tangga" hmm mamat bangla rupanya hehehe . Tanpa berlengah aku terus bergegas ke tampat yang dia tunjukkan - tetiba terasa macam di Explore race pulak aku :) Ok tangga dah jumpa tapi kedainya mana? "Tu papa!" cakap anakku. Laa cinoninya kedai , jap-jap aku check nama kedai - Just Heavenly - Kompem nama ni lah yang isteri ku pernah sebut hehe. "Cake durian ada tak? yang campur cokelat" tambah ku. "Ada tapi kena order bang, kena tunggu 3 hari" jawab minah tu dan secara automatik terus memunahkan harapan aku lagi sekali.

Ok tinggal satu lagi option kedai kek... di Australia Cake House di PJ Paramount. Sampai kat kedai tu, masuk je dalam aku terus tanya kat uncle belakang counter. "Uncle, itu durian cake ada?" 'Ada..ada, lu tengok itu dalam freezer" yebedabedu.. fuh lega! Aku pun cepat2 ke belakang kedai.. "Ehh, ni sponge cake ke uncle" tanya aku balik sebab cake tu Nampak plain je takder nilai2 artistic langsung hehe kaler pulak warna putih kalau cokelat baru marvellous. "Yer lor" ringkas je dia jawab. Apa2 hal kena tastelah dulu yer tak mana tau rupa tak lawa tapi rasa sedap. Kita orang pun buat upacara food testing, terpaksa beli satu slice cake (RM8.00). Hmm boleh tahan gak - sedapnya. "Ehh uncle, mau tanyalah ini kek kalau simpan luar berapa lama boleh tahan?" tanya ku. "Woo, kalau luar 1 jam saja, U kena letak itu freezer lor" panjang lebar penerangan uncle tu. Aisey tak boleh jadi ni, plan dinner jam 9pm, mana nak simpan kek ni sementara waktu. kang bawak balik tak surpriselah pulak. Kalau simpan kat frezer restoran di buatnya peti sejuk dia tak pasal2 berbau durian pulak kang . "Papa, kita beli kek lainlah, Mama pernah cakap kat Amri dia suka Blueberry cheese cake" tetiba anakku memberi pendapat. "Uiks! awat tak habaq awal2!!" Terpaksa tukar plan "B"...ok settle satu perkara. Legaaa 8 saat....

Kita orang pun patah balik ke restoran tadi dengan harapan dah bukak, yelah dah jam 6pm ni. Sampai2 je depan kedai kita orang dah Nampak staff restoran dok menyusun kerusi. Yes!! dah bukak... aku terus masuk tanpa bagi salam dan jumpa dengan supervisor kedai, booking untuk jam 9pm. Aku suruh dia simpan kek tu dan tunggu signal dari aku bila nak keluarkan kek tu. Minah tu senyum-senyum je - tanda pahamlah tu kot pikir ku - ahaks.

The Surprise..

Nampaknya so far so good. Walaupun awalnya ada 'hiccups" sikit, harap2 lepas ni smooth all the way jer lah. Isteriku dah tau awal2 yang malam ni kita orang nak ajak dia keluar makan, cuma lokasinya sahaja - secret!. Satu PJ jugaklah kita orang bawak dia pusing2 last2 bila park je depan Restoran Asian Cibo, isteri ku perli. "Laa ingatkan jauh sangatlah restorannya - ni baling selipar dari rumah pun boleh sampai!"

SURPRISE!!! kata ku mengcover line :)

The Menu

Since perut pun dah lapar... kita orang terus order tanpa membuang masa.














ayam lemon - RM19.90
claypot bean curd - RM13.90










Daging black pepper - RM23.90
Sotong goreng tepung - RM21.90











Asperagus goreng belacan - RM16.90
Siakap masak 3 rasa - RM6.95 (100gm)











Sampai penuh satu meja





Memang tidak di nafikan cara masakan hidangan ala Chinese Muslim ni memang "kelas". Sebab lapar punya pasal sorang pun tak berdecit bila makan. Penuh kosentrasi tuuuu.

kejap ada...
kejap takder












Icing on the Cake

Bila dah licin semua makanan tetiba anak bongsuku bukak mulut "Sedap tak mama?" tanya beliau kepada my wife "Sedappp...tapi mana cakenya? mama dah boleh baca otak papa korang ni sure ada beli cakekan!" kata isteri ku sambil tersenyum manja. Uiks! ada soalan bocor ke??? Alamak kantoilah pulak... plan tak menjadi - aduhai hehe



Eppi Besday!!!
 
 
Nyummy
potong jangan tak potong













"Ehh, cake favourite mamalah,,,pandai Papa pilih ye - Thank you all" tetiba isteri ku berkata bila melihat kek terhidang di atas meja. 

Ehem, nak ambik hati baliklah lah konon tu  - hahahaha


The review

Secara keseluruhan makanan di sini boleh tahan dan environmentnya kira "fine dining" lah. Cuma harganya agak pricey kalau dibandingkan dengan Restoran Muhibbah Seafood (sila rujuk review yang lalu), tapi maybe memang berbaloi dengan lokasi & decornyalah kot


Di mana lokasi?

Mengimbau sejarah jap - Sebelum Restoran Asian Cibo ini bermastautin di sini pada tahun 2011 asalanya dulu juga merupakan sebuah restoran bernama Aladdin. Hmm tak sure pula meraka take over busniness dulu or just sewa kedai sahaja yang pasti settingnya hampir2 sama macam yang dulu gak. Kalau korang biasa dengan Kelana Jaya restoran ni berdekatan dengan GIANT Hypermarket. Lebih tepat lagi berdepanan dengan Mc Donalds (Kelana Parkview). Nak lebih mudah cuba check alamat di bawah ye...

Alamat:
Unit A-G-3A & A-G-5,
Ground Floor, Jalan SS6/5A
Dataran Glomac
47301, KelanaJaya.
Tel: 03-78873699
(Sebaris dengan HLB Bank / Subway)


Restoran ini juga menyediakan promosi makanan semasa "lunch time".

 


Singgah jangan tak singgah yer....
 



 


 
P/s: This story specially dedicated to my beloved wife - Happy Birthday Luv :)





Sunday, November 25, 2012

Jom Jalan-jalan: Nilai 3 - Syurga bakal pengantin baru



Umpama bagaikan satu kemestian bagi bakal pengantin baru atau pun yang lebih tepat lagi wakil mereka (Ibu & ayah) untuk singgah ke salah satu lokasi yang menyediakan pelbagai barangan khususnya untuk persiapan majlis perkahwinan. Di mana lagi untuk mendapatkan barangan yang di jual di bawah satu bumbung? Nilai 3lah jawapannya.

 


Hebat sangatkah tenpat ni? Senang citer kalau korang ke sana bukan sahaja barangan jualan untuk sang pengantin sahaja yang ada di jual tapi dari karpet sehinggakan ke barangan perabot dari Bali semuanya ada. Pendek kata semua barangan yang dijual merangkumi pelbagai peringkat umur baik dari kanak2 sehinggakan yang dah warga emas pasti ada yang menjadi pilihan hati. Boleh rambang mata bagi kaki yang suka window shopping hehehe.

Jom tenguk apa yang ada:


ada langsir
ada karpet









ada textiles
ada tulisan ayat Al Quran











ada cadar
cakap je nak tudung style apa, semua ada











ada hand bag bagi kaum hawa :)
nak beli buaian pun ada











Maianan untuk budak2 & bapak budak pun ada hehehe


Amacam? Best tak?... Tu jer ke? Ehh ada lagi, yang ni khusus untuk bakal pengantin baru or yang bakal nak tambah "branch" :p

Kedai aksesori pengantin
pelbagai bakul untuk hantaran













Bunga hiasan pelamin pun ada & terdapat 20++ kedai aksesori!

Di sarankan kalau korang ke sini pastikan sampai awal kalau boleh belah pagilah kalau tengah hari kena pulak hujung minggu alamat sesak habis lah. Bayangkan bas2 persiaran besepah2 parking di tepi jalan membawa pelancong dari dalam dan luar negara. Uiks kenapa ramai sangat? sebab bukan sahaja barangannya pelbagai tapi kalau korang pandai "mengayat" boleh tawar menawar lagi harga dengan sales girl kat situ! Chop, chop! di ulangi - "mengayat" tau BUKAN " mengurat" keh keh keh.

Ooops! Lupa pulak 8 saat. Hmm dalam best2 tu ada gak yang tak best. Pebender? Tempat nak "soru"lah! Bukan takder langsung tapi punyalah limited dan tak teratur. Korang jangan harap jumpa restoran besar or cafĂ© kat sana. Setakat stall-stall tu berlambaklah tapi kurang selesa bagi family ramai khususnya yang ada anak2 kecil - "Tepuk dada tanyalah selera" ye :(



stall "pacak" camnie banyaklah
 
kuih muih yang dijual













Kat mana Nilai 3 ni?

Ok, senang jer geng. Korang ikut Lebuh Raya PLUS arah selatan, keluar kat interchange - Nilai. Lepas korang bayar tol ada 2 pilihan jalan, samada korang nak ikut jalan lama  (arah ke Bandar Nilai)korang ikut terus ambik arah kanan. Perjalanan dalam angaran 30 minit ke Nilai 3. Tapi jika korang nak ikut jalan alternatif yang mengambil masa hanya 10 minit, lepas bayar tol korang impit arah kiri (ada lencong kiri) malalui taman perumahan baru - Nilai Impian. Ikutlah signboard kejap jer rasa dah sampai :)

Selamat ber shopping....