Showing posts with label Place of interest. Show all posts
Showing posts with label Place of interest. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Jom Jalan-jalan: Nilai 3 - Syurga bakal pengantin baru



Umpama bagaikan satu kemestian bagi bakal pengantin baru atau pun yang lebih tepat lagi wakil mereka (Ibu & ayah) untuk singgah ke salah satu lokasi yang menyediakan pelbagai barangan khususnya untuk persiapan majlis perkahwinan. Di mana lagi untuk mendapatkan barangan yang di jual di bawah satu bumbung? Nilai 3lah jawapannya.

 


Hebat sangatkah tenpat ni? Senang citer kalau korang ke sana bukan sahaja barangan jualan untuk sang pengantin sahaja yang ada di jual tapi dari karpet sehinggakan ke barangan perabot dari Bali semuanya ada. Pendek kata semua barangan yang dijual merangkumi pelbagai peringkat umur baik dari kanak2 sehinggakan yang dah warga emas pasti ada yang menjadi pilihan hati. Boleh rambang mata bagi kaki yang suka window shopping hehehe.

Jom tenguk apa yang ada:


ada langsir
ada karpet









ada textiles
ada tulisan ayat Al Quran











ada cadar
cakap je nak tudung style apa, semua ada











ada hand bag bagi kaum hawa :)
nak beli buaian pun ada











Maianan untuk budak2 & bapak budak pun ada hehehe


Amacam? Best tak?... Tu jer ke? Ehh ada lagi, yang ni khusus untuk bakal pengantin baru or yang bakal nak tambah "branch" :p

Kedai aksesori pengantin
pelbagai bakul untuk hantaran













Bunga hiasan pelamin pun ada & terdapat 20++ kedai aksesori!

Di sarankan kalau korang ke sini pastikan sampai awal kalau boleh belah pagilah kalau tengah hari kena pulak hujung minggu alamat sesak habis lah. Bayangkan bas2 persiaran besepah2 parking di tepi jalan membawa pelancong dari dalam dan luar negara. Uiks kenapa ramai sangat? sebab bukan sahaja barangannya pelbagai tapi kalau korang pandai "mengayat" boleh tawar menawar lagi harga dengan sales girl kat situ! Chop, chop! di ulangi - "mengayat" tau BUKAN " mengurat" keh keh keh.

Ooops! Lupa pulak 8 saat. Hmm dalam best2 tu ada gak yang tak best. Pebender? Tempat nak "soru"lah! Bukan takder langsung tapi punyalah limited dan tak teratur. Korang jangan harap jumpa restoran besar or cafĂ© kat sana. Setakat stall-stall tu berlambaklah tapi kurang selesa bagi family ramai khususnya yang ada anak2 kecil - "Tepuk dada tanyalah selera" ye :(



stall "pacak" camnie banyaklah
 
kuih muih yang dijual













Kat mana Nilai 3 ni?

Ok, senang jer geng. Korang ikut Lebuh Raya PLUS arah selatan, keluar kat interchange - Nilai. Lepas korang bayar tol ada 2 pilihan jalan, samada korang nak ikut jalan lama  (arah ke Bandar Nilai)korang ikut terus ambik arah kanan. Perjalanan dalam angaran 30 minit ke Nilai 3. Tapi jika korang nak ikut jalan alternatif yang mengambil masa hanya 10 minit, lepas bayar tol korang impit arah kiri (ada lencong kiri) malalui taman perumahan baru - Nilai Impian. Ikutlah signboard kejap jer rasa dah sampai :)

Selamat ber shopping....