"Seminggu lepas sekolah bukak kita pi Johor... nak?" jawab ku. "Alaaaa ada apa kat Johor?" Tanyanya lagi. "LEGOLAND....." Jawab ku pendek. Barulah nampak ceria sikit cikenit nie hehehe
Secara peribadi, perancangan percutian ke Johor di buat agak last minit & secara bidan terjun . Hanya berbekalkan tiket taman tema LEGOLAND & USS Singapore itu pun yang telah dibeli sejak bulan 8 dulu (sempena MATTA fair). Lazimnya sempena menyambut tahun baru kami sekeluarga tak pernah miss ber"Retreat" ke Sungai Congkak tapi kali ni lebih adventure dan jauh sikit. Dahlah lebih 15 tahun tak drive ke Johor apatah lagi ke Singapore. Kalau sesat ni kes naya jer pikirku. Berpandukan GPS aku konfiden sikitlah tapi still pendek kata main redah jer ni....barulah extra trill yer tak :)
Apa yang menariknya tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam di Johor telah di "sponsor" oleh seorang client yang baruku kenal yang telah berbesar hati meng"offer" kami tinggal di salah sebuah rumah beliau di sana. Umpama "pucuk di cita, ulam mendatang" perlawaan itu kami terima dengan tangan terbuka - Terima kasih daun keladi Dato!!
Tanggal 5 Januari 2013 (Sabtu), awal pagi lagi kami telah memulakan perjalanan ke Johor yang menurut GPS sejauh 350KM dan mengambil masa 3 jam 50 minit melalui lebuh raya PLUS. Boleh tahan gak jaraknya.....
Agenda kami sempena ke Johor ialah untuk melawat beberapa lokasi berikut :-
1) Johor Premium Outlet - 1st time visit - untuk window shopping jer
2) Danga Bay - 1st time visit gak
3) USS Singapore - 2nd time visit - plan pergi hari Ahad
4) LEGOLAND - 1st time gak... plan pergi hari Isnin.... harap2 x ramai orang
On the way ke JB ketika menghampiri exit Senai dari jauh lagi Billboard gergasi "JPO" terpampang di tepi highway. Wah dah dekat dah ni.... macam dah boleh terbau-bau...
1001 Jenama branded ada di JPO ni |
Kalau dari KL ke JB korang bolehlah keluar melalui exit Senai untuk ke JPO ni... dari situ lebih kurang 10 minit lagi perjalanan....
Selepas exit Senai ikut Exit 302A pula |
Billboard JPO |
Rate parking |
Hmm...hebat sangat ke tempat yang di gelar "Syurga kaum hawa bershopping nie?"
One for the Album |
Sebelum turun kereta tu aku dah pesan kat semua orang yang kita singgah untuk "window shopping" jer tau hehehe. Kalau ikutkan jenama2 branded yang dijual memang rambang mata! Sebut jer nak apa... baju, jam, cermin mata, perfume, kasut semua ada. Cuma masalahnya lepas diskaun kaw-kaw 70% pun harga still ratus2 :P
Setting ala ala street Mall |
Cotton On |
Diskaun |
Nike (Jersey Arsenal Ori ada di jual) |
Diskaun lagi |
Perasan tak "the ladies" hilang :) |
Kalau dah penat berjalan tu korang bolehlah singgah di beberapa food outlet untuk "ngap sayot". Dun worry banyak pilihan yang ada... Harga? err aku tak singgah masuk pun hehehe
Food court |
Crepe durian tak der jual tau! |
Nak Ice cream pun ada |
Hampir 3 jam jugaklah kita orang ronda2 kat situ. Masuk satu kedai keluar satu kedai sampai boring the "boyz" keh keh keh
Bila nak balik ni??? |
Bila dah penat tahap maksima kita orang pun cepat2 beredar pulang memandangkan kita orang blom lagi "check in" kat rumah penginapan & plan bila on the way balik ke Key El nanti jika sempat kita orang akan singah ke JPO lagi...
Bersambung ke ..... Family Retreat - Danga Bay, Johor Bahru