Sunday, December 16, 2012

My Stories: Keputusan PMR akan keluar pada 19 Dec 2012

Keputusan peperiksaan PMR 2012 akan keluar pada hari Rabu nanti , 19hb Dec 2012. Para pelajar dan ibu bapa bolehlah mengambil keputusan tersebut di sekolah masing2 mulai jam 10 pagi.  Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang bolehlah juga mendapat keputusan melalui SMS mulai jam 10 pagi pada hari yang sama sehingga jam 11:59pm pada 25 Dec 2012. Caranya dengan menaip PMR (jarak) diikuti dengan no Mykad calon (dekatkan no tersebut) nombor indeks dan hantar kepada 15888.

Kepada calon2 PMR di doakan agar kalian semua success hendaknya.



Sedikit sorotan.

Terdapat lebih kurang 481,424 pelajar yang menduduki peperikasaan PMR tahun ini. Anak aku pun salah seorang di antaranya. Hmm selalunya time2 begini ibubapalah yang kecut perut yer tak :) Tinggal 3 hari sahaja lagi tapi aku tengok anak aku rileks je.. cool sokmo lah konon.

Bulan lalu tentu ramai ibubapa yang sebuk menghantar anak2 mereka untuk ujian penilaian bagi yang mendaftar untuk kemasukan ke MRSM. Sebagai bapa tentulah kita ingin melihat anak kita Berjaya dan memberikan yang terbaik dari segi pelajaran. Since lokasi MRSM pilihan kami terletak nun jauh di Utara so kami terpaksa memilih tempat mengambil ujian peperiksaan di MRSM Serting, Negeri Sembilan. dekat sikit kot.

Since inilah first time kami ke daerah Serting so kenalah buat persiapan awal khusunya nak kena kompem dulu kat mana lokasinya. Mengikut GPS jaraknya dari rumah aku lebih kurang 150km dan mengambil masa 2:30 minit untuk sampai. Perghh boleh tahan gak jaraknya... ingatkan dekat. Memandangkan anak aku akan start mengambil ujian dalam jam 8:30 pagi so kami terkpaksa bertolak time subuh. Sejuk tu hehehe.

Nasib baiklah kami bertolak awal sebab walaupun menggunakan GPS tapi 2 - 3 kali gak aku terpaksa turun tanya arah jalan kat brader stesen minyak. "Jang, jalan ke Serting ikut mana?" Tanya ku. "U ikut jalan depan jumpa itu "round a bout", u masuk kiri depan u jalan terus sana dekat" Laaa bangla ke hehehe. Tarak hal lah janji sampai.




Tepat jam 8 pagi kami dah sampai kat pintu gerbang MRSM. Wah! not bad gak, anak aku sure suka ni - piker ku. Laislabonita.. dia tidur rupanya ! Sian pulak aku dibuatnya.. cepat2 aku kejutkan dia dan bergerak masuk ke dalam kawasan MRSM. Kebetulan time tu peperiksaan SPM sedang berlangsung so kita orang kenalah senyap... Syhhhh hehehe.

Kat mana nak tuju ni?
Dewan peperiksaan









Bangunan Tun Razak
Lokasi calon PMR ambik ujian










Rupanya ujian penilaian ni terbahagi kepada 2 sesi pagi & petang dan di pecahkan kepada 3 hari. Setiap sesi penilaian dijangka selama 3 jam. Para pelajar di uji merangkumi 3 sudut - Matematik, Sains & keperibadian. Wow, macam susah je ni? Anyway kita cuba dulu dan yang penting berikan yang terbaik. Kalau rezeki tak kemana yer tak.

Senarai nama calon
Jumpa pun nama anak aku..










Sudut: Jenaka - hasil nukilan para pelajar MRSM


Sementara menunggu anak aku mengambil ujian penilaian aku dan isteri mati kutu pulak. Apa nak buat selama 3 jam ni? "Jom, breakfast" cadang my wife. Itu yang aku nak dengar tu keh keh keh.

Finally dalam jam 11:30am aku nampak anak aku keluar dewan... cepat2 aku interview "Macam mana exam?" tanyaku. "Ok" jawab my anak pendek. Laa ok je ke? Nie yang membuatkan aku bertambah suspen.....




Gud Luck - Amri

Kita tunggu result PMR pada 19 Dec 2012 nanti.


 

















No comments:

Post a Comment