Showing posts with label Burger Otai. Show all posts
Showing posts with label Burger Otai. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Burger Otai - Rasailah keenakan daging burger homemade yang sebenar

Satu malam tu ntah kenapa perut  ku tetiba berbunyi. Uiks pesal lapar lagi ni? Apa makanan best untuk buat "supper" ni? "Nak burger papa!" tetiba anak bongsu ke mencelah. Hmm cam best jer cadangan tu. "Kita try burger "Otai" nak?" Tanya ku balik "Yay!!" jawab Caja. Settle satu masalah hehe

Walaupun bersepah2 gerai burger di Kelana Jaya ni tapi salah satu fevered aku ialah "Burger Otai" yang jaraknya sekangkang orang utan jer dari rumah ku. Lokasinya di main road Jalan SS 6/1 Kelana Jaya berdepanan dengan Bank CIMB & Restoran Syed Bistro (sila klik review Restoran Syed kat SINI.)

Stall yang ceria berkonsep warna "Kuning, Merah & Biru"

Di buka seawal jam 4pm sehingga lewat malam korang boleh mencuba "talian hayat" tersebut bila time perut korang berkeronong :) Ehh, apa yang best sangat dengan burger ni? Yang penting tentulah "patty" or daging burger yang di buat sendiri (homemade). Kalau korang nak tau burger Otai ini adalah berkonsepkan franchise. Dari jauh korang dah boleh nampak gerai ni yang terserlah kecerian
warnanya.













Selain dari daging burger, sayur2an yang diletakkan juga segar dan bukanya seperti gerai2 burger lain yang suka sangat letak sayur kobis yang dah layu or keras. Mereka letak "Lettuce". Kena pulak campur dengan mayonnaise + sos lada hitam -  Pergh memang marvellous geng!

Harganya pula mungkin ada sedikit mahal tapi memang berbaloi beb!

Menu & harga

So jika korang datang ke Kelana Jaya, jangan lupa singgah ker Stall Burger Otai ni. Jangan lupa kena datang awal sebab kenkadang Q nya panjang...













Bon Appetit....