Alhamdulillah bulan Ramadhan muncul kembali. Salah satu acara wajib sebelum time berbuka ialah menjengah ke bazar2 Ramadhan yang berhampiran. Time tu aku boleh gerenti nafsu korang kalau tak double, sure triple dari hari biasa. Rambang mata.. semua nak beli.. semua nak rasa.. last2 membazir. So berpada pada ye bila berbelanja biarlah ala kadar. Ni baru 1st day ada 30 hari lagi ye tak...
Lokasi Bazar Ramadhan pilihan ku tentulah yang berhampiran rumah iaitu kat Kelana Jaya. Jaraknya dari rumahku hanya 100 meter je. Kalau mereka masak sampai kat rumah boleh terbau... dugaan...
Terletak di jalan SS 6/1 Kelana Jaya, berdepanan dengan flat polis. Sepanjang2 jalan tu ada pelbagai juadah yang di jual. Tepuk dada tanyalah selera.
Gerai pertama yang korang akan tempuhi ialah gerai Kek Batik & Caremel Elysia. Best wei.. korang kena try kek batik mereka. Harga RM 2.00 sepotong. Rugi kalau tak cuba tau :)
Berbagai gerai ada... yang jual kebab, tepung pelita, western foor, nasi lemak dan macam2 lagi..
Gambar di atas (start dari atas kiri ikut arah jam) adalah gerai specialty. Gerai Kak Kiah menjual lauk pauk dari Negori, korang kena try gulai keli masak tempoyak atau daging salai.. best gila!. Gerai nasi ambeng ni pun terkenal harga dari RM5.00 - Rm 7.00. Yang menjual kebak skew pun ada perghh terliur beb. Last gerai yang korang kena uba ialah Satar Awie dari Trengganu. Gerai ni hanya time bulan puasa je harga satar RM 3.00 secucuk.
Kalau korang kemaruk ayam panggang ada 2 gerai yang aku nak rekomen... 1 ayam golek dan satu lagi ayam yang di masak dalam tempayan.. cam tu? Haa kenalah cuba...
Kalau korang tak nak makan yang heavy.. kuih muih, roti jala dan roti boom pun ada.
Kalau korang teringin atau ngidam daging lembu atau kambing.. jangan segan silu pergi ke gerai di atas dan order je... harga belakang kira yer tak hehe.
Akhir kata selamat berbuka puasa dan jangan lupa menunaikan solat terawikh......
Opps sebelum terlupa nie ada pesanan ikhlas dari saya...
" Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1433H dgn tujuan AIDILFITRI.. Kita akan terbang dgn ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar.. Para penumpang diwajibkan utk memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT.. Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN.. Saya selaku anak kapal yg bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.:) "