Showing posts with label Seksyen 14 PJ. Show all posts
Showing posts with label Seksyen 14 PJ. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

Food Review: Lontong Mak Yah Seksyen 14 PJ The Best Lontong In town

Hmm.. kat mana nak pekena lontong ye?

Kalau korang nak tau salah satu lokasi gerai lontong feveret aku ialah di food court Seksyen 14 Petaling Jaya. Lontong dia memang femes dan telah kekal tersohor sejak lebih 30 tahun dulu! Pergh lama tuuuu...




Sebut saja Gerai Mak Yah sapa yang tak kenal kat sini. Di kabarkan ada yang datang dari jauh dek kerana ngidamkan lontong ni.. power tak power beb.

Best sangat ke lontong dia ni?

Jom kita tengok...



Amacam, terliur ke? Kalau korang nak tau mereka menggunakan lontong ori bukannya nasi impit instant tu tau. Di tambah pula dengan kuah lodehnya yang pekat tu pergh gerenti naik kolestrol punyer...

Korang ada option nak letak lontong korang ni bersama paru ke, rendang daging ke tak pun sotong.  Tapi kalau korang tak nak fancy2 just nak letak dengan telur rebus jer pun no hal.




Eeh lupa pulak, kat gerai Mak Yah ni ada juga menjual nasi lemak jika korang nak try menerai. Rasnya not too bad.  Apa apa pun harga mereka reasonable memang padan dengan rasanya & kualiti. Sila rujuk carta di atas.

Kat mana lokasinya?

Kalau korang dah sampai kat area seksyen 14 PJ cuba cari Digital Mall (dulunya Metrojaya) disebelahnya terdapat sebuah multi storey parking lot yang menempatkan pasar di bahagian bawah (sebelah utara) & juga food court (sebelah selatan). Food court yang di ground floor khas di buka time lunch hinggalah ke petang. Mana kala di 1st floor pula gerai gerainya lebih khusus untuk menyediakan breakfast. Di situlah terletaknya Gerai Mak Yah ni dan nombor lotnya pula ialah P24. Korang sure tak boleh miss punya sebab dari jauh lagi korang akan terlihat Q nya yang panjang :)

Ooh ye, kalau korang nak jalan short cut, kat sebelah Digital Mall tu ada KFC dan kalau korang perasan di antara mereka ada satu lorong kecil (belakang bas stop) & kalau korang ikut lorong tu ada tangga menuju direct ke 1st floor food court tu dan korang masuk2 jer tengok depan sure korang takkan miss punya.

Waktu berniaga?

Setiap hari dari jam 7am - sampai habis makanannya (selalunya by 10am dah licin). Disarankan datang awal takut kempunan lak.

Tips

1) Entah kenapa lontong ni jika nak makan kuahnya kenalah panas2 baru marvelous. So selalunya aku akan tapau dan balik rumah terus panaskan. Dah ready apa lagi terus ngap sayot kenkadang tak tunggu letak dalam mangkuk masih dalam periuk lagi aku dah bedal hahaha. Terasa cam dalam iklan Maggi pulak keh keh keh

2) Katakanlah rezeki korang takder. Contohnya gerai tutup ke or lontongnya habis .. dun worry kalau korang sedang mengadap gerai Mak Yah yang no P24 tu korang toleh belah kanan dalam 3-4 gerai sebelahnya ada gerai Kak Nor. Kalau korang nak tau kat gerai tu pun ada menjual lontong & yang buat aku konpius sampai sekarang lontongnya rasa sejibik dengan Mak Yah! Mereka menuntut same sifu kot? Kalau korang tak percaya cuba korang try. Cuma bezanya ialah dari segi harga. Some how gerai kak nor ni harga lontongnya mahal lebih 50 sen dari Mak Yah. Tapi kalau di andaikan gerai Kak Nor ni pun tutup hmm korang memang takder rezekilah.....

Verdict

Secara peribadi aku bagi 4/5 markah pada lontong Mak Yah ni.

Korang jangan lupa cuba tau... Kompem "One of the best lontong in town" - serious tarak tipu punya :D




Bon Appetit





Monday, July 23, 2012

Bazar Ramadhan Seksyen 14, PJ

Hari ke 2 Ramadhan, aku singgah ke Bazar Ramdhan di Seksyen 14 PJ pula. Cuba nak usha apa juadah yg di jual. Bagi yang regular pergi ke sana setiap tahun aku gerenti tentu korang akan ngidamkan popiah basah, lontong, nasi briyani Abang Din dan banyak lagi.



Lokasinya membelakangkan taman permaianan di apit oleh 3 jalan iaitu Jalan 14/14, Jalan 14/28 dan Jalan 14/22. Kalau nak tau lokasi ini telah dirombak oleh MBPJ sejak tahun lepas so masalah utama ialah nak familiar balik kat mana gerai lokasi pilihan. Ialah saban tahun petak lokasi adalah melalui undian.

My favourite gerai





2 gerai di atas ialah pot wajib aku singgah, bagi yang kaki nasi briyani tu gerai abang Din menjadi pilihan, ada briyani ayam, daging dan kambing semuanya harga sama RM9.00. Sapa tak kenal gerai popia basah ni... kalau nak tau Q paling panjang ialah gerai ni , so korang senanglah sikit nak cari... nampaknya orang ramai jem tu haaa dah dekatlah hehe. Harga popiah RM1.00 sekeping so kalau dah beratur 30 minutes takan bila turn nak beli 1 je kan? tu yang nafsu akan tak over tetiba mulut akan sebut 10! so waspada ye. Tips. Popiah nia kalau boleh di habiskan time berbukalah kalau nak repeat pastikan jangan lebih dari jam 9:00pm takut basi. Alamak satu je yang ralat gerai lontong kak Nor tak jumpa pulak.... takperlah next round boleh recky lagi :)

Gerai baru...





Ada 2 pot baru yang aku perasan yang 1st time berniaga di sini. Gerai Ikan bakar Bellamy & Nasi kukus "Abah". Wah nampak menarik tapi memandangkan tangan dah penuh, mana nak pegang kamera lagi so aku tundalah niat murni nak try, tak baik tamak! yer tak.... hehe

Apa lagi yang di jual...?





Pergh macam2 ada geng... sebut je nak apa... dari murtabak, bubur, "brain brain" sampailah ke cendawan goreng.. bestkan. So kalau korang sesenang boleh datang ke sini.

Ok nie koordinat GPS  - 3.110258, 101.634401.

"Selamat Berbuka Puasa..."