Monday, July 23, 2012

Bazar Ramadhan Seksyen 14, PJ

Hari ke 2 Ramadhan, aku singgah ke Bazar Ramdhan di Seksyen 14 PJ pula. Cuba nak usha apa juadah yg di jual. Bagi yang regular pergi ke sana setiap tahun aku gerenti tentu korang akan ngidamkan popiah basah, lontong, nasi briyani Abang Din dan banyak lagi.



Lokasinya membelakangkan taman permaianan di apit oleh 3 jalan iaitu Jalan 14/14, Jalan 14/28 dan Jalan 14/22. Kalau nak tau lokasi ini telah dirombak oleh MBPJ sejak tahun lepas so masalah utama ialah nak familiar balik kat mana gerai lokasi pilihan. Ialah saban tahun petak lokasi adalah melalui undian.

My favourite gerai





2 gerai di atas ialah pot wajib aku singgah, bagi yang kaki nasi briyani tu gerai abang Din menjadi pilihan, ada briyani ayam, daging dan kambing semuanya harga sama RM9.00. Sapa tak kenal gerai popia basah ni... kalau nak tau Q paling panjang ialah gerai ni , so korang senanglah sikit nak cari... nampaknya orang ramai jem tu haaa dah dekatlah hehe. Harga popiah RM1.00 sekeping so kalau dah beratur 30 minutes takan bila turn nak beli 1 je kan? tu yang nafsu akan tak over tetiba mulut akan sebut 10! so waspada ye. Tips. Popiah nia kalau boleh di habiskan time berbukalah kalau nak repeat pastikan jangan lebih dari jam 9:00pm takut basi. Alamak satu je yang ralat gerai lontong kak Nor tak jumpa pulak.... takperlah next round boleh recky lagi :)

Gerai baru...





Ada 2 pot baru yang aku perasan yang 1st time berniaga di sini. Gerai Ikan bakar Bellamy & Nasi kukus "Abah". Wah nampak menarik tapi memandangkan tangan dah penuh, mana nak pegang kamera lagi so aku tundalah niat murni nak try, tak baik tamak! yer tak.... hehe

Apa lagi yang di jual...?





Pergh macam2 ada geng... sebut je nak apa... dari murtabak, bubur, "brain brain" sampailah ke cendawan goreng.. bestkan. So kalau korang sesenang boleh datang ke sini.

Ok nie koordinat GPS  - 3.110258, 101.634401.

"Selamat Berbuka Puasa..."

No comments:

Post a Comment