Wednesday, July 25, 2012

Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam

 



Salah satu pot wajib bazar ramadhan ialah di Stadium Sham. Salah satu bazar yang terbesar di lembah klang. Ibarat syurga makanan bila ke sana. Sebut je apa juadah yang menjadi idamanan kalbu,  masakan dari pantai timur ke, Johor ke, Penang ke semua ada. Jom tenguk apa yang ada...

Nasi Ambeng



Masakan tradisi dari Jawa ini adalah unik di mana ramuan asasnya ialah nasi + mee + sayur + ikan masin + ayam. Kira ala ala rojaklah. Kalau anda nak tau cara ori nak makan Nasi Ambeng nie lebih afdal bila di makan dalam dulang! terutama bila ada keraian contconhya kenduri kahwin... meriah beb. Makan pula satu dulang share 4 orang so berkongsi makan beramai2 gerenti meriah. Anyway sekarang nie makanan ni telah di komersialkan siap ada francais. Kat bazar ni sahaja tak kurang dari 5 gerai yang menjualnya. Korang pilihlah yang mana suka dari kompilasi campuran makanannya dan yang penting harga serendah RM5.00 - RM 10.00.

Nasi Itik, Kerabu, Lemak & Briyani





Pelbagai nasi yang ada di jual sebagai main menu time berbuka nanti. Apa yang menarik ialah nasi Itik.... hmm selalu kita try nasi ayam tapi kali ni kawan si ayam jadi mangsa hehe. Sedap ke? ntah aku pun tak pernah try :)

Grill Corner







Perghh! Kat mana2 ada je gerai yang menjual kebablah, ayam pangganglah, kambing grillah, ikan bakar dan tak kurang masakan western yang lain contohnya skewer. Rambang mata juga di buatnya. Frankly secara peribadi dalam banyak2 kebab, francais Melawati Kebab bagi aku yang the best... harga pun murah RM 2.50 dengan roti pita. Nyummy!

Menu XXXL !!!





Dalam beratus gerai di sini ada 2 gerai yang menjual makanan Jumbo... contoh di atas gerai burger dan karipap. Hmm apa yang menariknya? Burger buatan sendiri (bukan Ramli punya tau) dia acu menjadi Extra Large... kena pulak burger KLCC 3 lapis daging beb.. muat ke mulut tu? hehehe. Karipap jumbo ni pulak punyalah bagak... harga RM2.50 siap ada telur puyuh lagi kat dalam.. besarnya ibarat hand phone motorola 1st edition zaman dulu yang baling anjing, anjing mati tu hahaha sorry takderlah besar tu, senang citer lebih kurang 5 x ganda karipap biasalah geng.

Specialties





Tak salah jika aku katakan menu yang jarang terdapat di bazar yang lain tapi ada kat sini ialah, Rojak Singapore (pasembor), Dim sum & Murtabak Maggie ! Marvelouskan...

Apertiser & Deserts







Sebagai pembuka selera atau pencuci mulut korang bolehlah usha gerai menjual pecal, rojak buah, gulai kawah makan dengan ketupat. Kalau fruit juice pun ada, tak pun cendol. Last sekali tak lengkap kalau tak pekena kek.. yer tak.

So kesimpulannya jika korang bercadang nak diet... jauhi dari bazar ini hehe. Satu lagi berpada2lah bila membeli.. jangan ikut nafsu kalau tak...  bawak RM 50 kejappp je habis :(

Selamat menjamu selera...

No comments:

Post a Comment