Showing posts with label Jom Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jom Jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Family Retreat: Danga Bay A Place To Unwind


Sambungan dari nukilan Family Retreat: Johor Premium Outlet (Syurga shopping barangan branded)

Setelah sampai ke destinasi dituju kita orang "check in" dan relax kejap... Dari tempat tinggal kami di Skudai ke Danga Bay mengambil masa 30 minit. Dengar ceritanya lokasi tu hanya di buka time malam & mengadap water front. Wah bagus tu boleh tengok mata hari terbenam .. sure romantika di amor :)

Di kabarkan juga ada pelbagai restoran makanan di sana dan ada aktiviti naik boat menyusuri pantai... perghh nie yang makin tak sabar hehehe. Tepat jam 6pm kami dah OTW ke sana....

Pemandangan yang mendamaikan...


Pemandangan di Danga Bay ni memang unsangkarable. Time kita orang sampai matahari baru nak terbenam di ufuk barat - cewah.

Entrance ke Danga Bay
Latar belakang tempat kapal berlabuh










Kalau korang ada kapal boleh park sini :)
Kapal cruise - RM 20 per pax











Apa aktiviti menarik kat sini?

Selain dari bersantai... korang boleh lah try theme park mereka. Jangan expect too much lah lebih macam "fun fair" jer. Kebetulan time kami datang ada pamiran bunga orkid. Bagi yang teringin nak naik cuise korang boleh pilih 2 jenis kapal (seperti gambar di atas). Yang besar tu harga RM20 satu kepala. Di buka hanya pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad jer. Waktu pelayaran jam 8pm. Dia akan ronda2 selama sejam. Kalau boat yg kecik sikit tu harga RM10 satu kepala tapi di buka time siang jer lah dan kena ada minima 8 orang baru boat tu gerak hehe. Jika korang ada gastrik macam aku nie dun worry ada pelbagai gerai menyambut kedatangan korang tapi harga dia ehem sendiri mau ingatlah yer cam Key el jugak :(


Konsep open air
Aik kat sini pun ada restoran Bawang Merah?








Lok lok pun ada

Terkezut makcik ni aku snap gbr dia :)









Dan desert
Ikan Bakar







 
 
 
Café ni tutup pulak time kita orang sampai



Apa2 hal kita orang pekena dulu "dinner" :)

Kerang bakar sebagai starter
Order ikan bakar gak











Sotong grg tepung is a must
Dah tak toleh kiri kanan dah :)












Overall food dia so-so jerlah. Sebab lapar kita orang ngap sayot jer. Dari segi harga cam aku citer kat atas sama gak cam Key El .. 5  orang makan 5 jenis lauk + nasi + air = RM 130++

Lepas perut dah kenyang kita orang pun ronda2lah .. masalahnya dah tak larat nak jalan laks nasib baiklah ternampak benda nie hehehe....


Bicycle ride anyone?
Rates pelbagai jenis untuk 1 org - 6 org











Cam best jer kan? Pergh memang best pun!!! Kita orang pilih yang 6 seater. Actually selesa untuk 4 orang jer yang lagi 2 seat tu utk baby letak kat bakul depan hahahaha

Penuh tuuu keh keh keh

Best wooo... 4 orang boleh kayuh serentak. Berebut2 anak2 aku nak jadi driver. isk isk mula2 plan aku dan my wife duduk belakanglah jadi boss tapi bila tengok anak2 aku drive nyaris nak langgar orang terus naik "hypertension" aku dan terus aku duduk dpn jadi co pilot! Ooh ye kalau nak break benda ni dia kat stering cam tombol signal korang kena tarik dia... tapi jangan harap break tu "makan" so kena pandai budget tau! Satu lagi dia takde hon... so gunakalah kreativiti korang... nak jerit oooi oooi ker no hal hehehe. Tempoh masa diberi ialah 45 minit dan harga RM39 -  habis satu Danga Bay kita orang pusing dan stop kat lokasi menarik untuk klik klik....macam sarkis pulak kita orang punya kecoh hahaha

pamiran orkid
Chinese restoran + lounge










salah satu attraction di theme park
Petting Zoo pun ada









Pot terakhir kita org stop utk bergambar "Jln Sesame"

Kejap laks rasa 45 minit tu..... since dah penat mengayuh kita orang pun beransur pulang. Lagi pun esok kena bangun awal plan nak masuk Singapore pulak ke USS....

Tunggu sambungan nukilan Family Retreat: USS Singapore - The Return





Family Retreat : Johor Premium Outlet (Syurga shopping barangan Branded)

Satu pagi tu di penghujung tahun 2012, tetiba anak bongsu - Syazwann bertanya kepada ku "Papa...bila kita nak jalan-jalan? cuti sekolah dah nak habis!" Uiks tetiba baru ku perasan yang pejam celik pejam celik tahun 2012 dah nak berakhir dan anak2 bakal memulakan alam persekolah yang tinggal seminggu jer lagi.

"Seminggu lepas sekolah bukak kita pi Johor... nak?" jawab ku. "Alaaaa ada apa kat Johor?" Tanyanya lagi. "LEGOLAND....." Jawab ku pendek. Barulah nampak ceria sikit cikenit nie hehehe

Secara peribadi, perancangan percutian ke Johor di buat agak last minit & secara bidan terjun . Hanya berbekalkan tiket taman tema LEGOLAND & USS Singapore itu pun yang telah dibeli sejak bulan 8 dulu (sempena MATTA fair). Lazimnya sempena menyambut tahun baru kami sekeluarga tak pernah miss ber"Retreat" ke Sungai Congkak tapi kali ni lebih adventure dan jauh sikit. Dahlah lebih 15 tahun tak drive ke Johor apatah lagi ke Singapore. Kalau sesat ni kes naya jer pikirku. Berpandukan GPS aku konfiden sikitlah tapi still pendek kata main redah jer ni....barulah extra trill yer tak :)

Apa yang menariknya tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam di Johor telah di "sponsor" oleh seorang client yang baruku kenal yang telah berbesar hati meng"offer" kami tinggal di salah sebuah rumah beliau di sana. Umpama "pucuk di cita, ulam mendatang" perlawaan itu kami terima dengan tangan terbuka - Terima kasih daun keladi Dato!!

Tanggal 5 Januari 2013 (Sabtu), awal pagi lagi kami telah memulakan perjalanan ke Johor yang menurut GPS sejauh 350KM dan mengambil masa 3 jam 50 minit melalui lebuh raya PLUS. Boleh tahan gak jaraknya.....

Agenda kami sempena ke Johor ialah untuk melawat beberapa lokasi berikut :-

1) Johor Premium Outlet - 1st time visit - untuk window shopping jer
2) Danga Bay - 1st time visit gak
3) USS Singapore - 2nd time visit - plan pergi hari Ahad
4) LEGOLAND - 1st time gak... plan pergi hari Isnin.... harap2 x ramai orang

On the way ke JB ketika menghampiri exit Senai dari jauh lagi Billboard gergasi "JPO" terpampang di tepi highway. Wah dah dekat dah ni.... macam dah boleh terbau-bau...


1001 Jenama branded ada di JPO ni



Kalau dari KL ke JB korang bolehlah keluar melalui exit Senai untuk ke JPO ni... dari situ lebih kurang 10 minit lagi perjalanan....


Selepas exit Senai ikut Exit 302A pula
Billboard JPO








Rate parking

Hmm...hebat sangat ke tempat yang di gelar "Syurga kaum hawa bershopping nie?"

One for the Album


Sebelum turun kereta tu aku dah pesan kat semua orang yang kita singgah untuk "window shopping" jer tau hehehe. Kalau ikutkan jenama2 branded yang dijual memang rambang mata! Sebut jer nak apa... baju, jam, cermin mata, perfume, kasut semua ada. Cuma masalahnya lepas diskaun kaw-kaw 70% pun harga still ratus2 :P

Setting ala ala street Mall
Cotton On










Diskaun
Nike (Jersey Arsenal Ori ada di jual)    










Diskaun lagi
Perasan tak "the ladies" hilang :)










Kalau dah penat berjalan tu korang bolehlah singgah di beberapa food outlet untuk "ngap sayot". Dun worry banyak pilihan yang ada... Harga? err aku tak singgah masuk pun hehehe

Food court
Crepe durian tak der jual tau!










Nak Ice cream pun ada


Hampir 3 jam jugaklah kita orang ronda2 kat situ. Masuk satu kedai keluar satu kedai sampai boring the "boyz" keh keh keh

Bila nak balik ni???

Bila dah penat tahap maksima kita orang pun cepat2 beredar pulang memandangkan kita orang blom lagi "check in" kat rumah penginapan & plan bila on the way balik ke Key El nanti jika sempat kita orang akan singah ke JPO lagi...

Bersambung ke ..... Family Retreat - Danga Bay, Johor Bahru





Sunday, November 25, 2012

Jom Jalan-jalan: Nilai 3 - Syurga bakal pengantin baru



Umpama bagaikan satu kemestian bagi bakal pengantin baru atau pun yang lebih tepat lagi wakil mereka (Ibu & ayah) untuk singgah ke salah satu lokasi yang menyediakan pelbagai barangan khususnya untuk persiapan majlis perkahwinan. Di mana lagi untuk mendapatkan barangan yang di jual di bawah satu bumbung? Nilai 3lah jawapannya.

 


Hebat sangatkah tenpat ni? Senang citer kalau korang ke sana bukan sahaja barangan jualan untuk sang pengantin sahaja yang ada di jual tapi dari karpet sehinggakan ke barangan perabot dari Bali semuanya ada. Pendek kata semua barangan yang dijual merangkumi pelbagai peringkat umur baik dari kanak2 sehinggakan yang dah warga emas pasti ada yang menjadi pilihan hati. Boleh rambang mata bagi kaki yang suka window shopping hehehe.

Jom tenguk apa yang ada:


ada langsir
ada karpet









ada textiles
ada tulisan ayat Al Quran











ada cadar
cakap je nak tudung style apa, semua ada











ada hand bag bagi kaum hawa :)
nak beli buaian pun ada











Maianan untuk budak2 & bapak budak pun ada hehehe


Amacam? Best tak?... Tu jer ke? Ehh ada lagi, yang ni khusus untuk bakal pengantin baru or yang bakal nak tambah "branch" :p

Kedai aksesori pengantin
pelbagai bakul untuk hantaran













Bunga hiasan pelamin pun ada & terdapat 20++ kedai aksesori!

Di sarankan kalau korang ke sini pastikan sampai awal kalau boleh belah pagilah kalau tengah hari kena pulak hujung minggu alamat sesak habis lah. Bayangkan bas2 persiaran besepah2 parking di tepi jalan membawa pelancong dari dalam dan luar negara. Uiks kenapa ramai sangat? sebab bukan sahaja barangannya pelbagai tapi kalau korang pandai "mengayat" boleh tawar menawar lagi harga dengan sales girl kat situ! Chop, chop! di ulangi - "mengayat" tau BUKAN " mengurat" keh keh keh.

Ooops! Lupa pulak 8 saat. Hmm dalam best2 tu ada gak yang tak best. Pebender? Tempat nak "soru"lah! Bukan takder langsung tapi punyalah limited dan tak teratur. Korang jangan harap jumpa restoran besar or café kat sana. Setakat stall-stall tu berlambaklah tapi kurang selesa bagi family ramai khususnya yang ada anak2 kecil - "Tepuk dada tanyalah selera" ye :(



stall "pacak" camnie banyaklah
 
kuih muih yang dijual













Kat mana Nilai 3 ni?

Ok, senang jer geng. Korang ikut Lebuh Raya PLUS arah selatan, keluar kat interchange - Nilai. Lepas korang bayar tol ada 2 pilihan jalan, samada korang nak ikut jalan lama  (arah ke Bandar Nilai)korang ikut terus ambik arah kanan. Perjalanan dalam angaran 30 minit ke Nilai 3. Tapi jika korang nak ikut jalan alternatif yang mengambil masa hanya 10 minit, lepas bayar tol korang impit arah kiri (ada lencong kiri) malalui taman perumahan baru - Nilai Impian. Ikutlah signboard kejap jer rasa dah sampai :)

Selamat ber shopping....