Showing posts with label Steak Hut. Show all posts
Showing posts with label Steak Hut. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

Food Review: Steak Hut @ Suzi's Corner Makanannya Sekadar So So

Satu hari tu aku telah menerima satu massage dari kakakku yang tetiba jer inginkan no akaun bank ku? Nak bank in duit ke? tanya ku berseloroh. "A'ah", jawab massage nyer pendek je. Aik? nie yang heran ni. "Along nak belanja makanlah, tapi korang pandai-pandailah pikir nak makan apa." sambung massage dari kakak ku lagi. Yabedabedu... rezeki jangan di tolak yer tak.  So satu perbincangan meja bulat telah di buat oleh kami sekeluarga dan sehati sejawa memilih nak pekena ... Western Food!

Tapi kat mana ye? Hmm, belek punya belek senarai "to do list" aku then terpandang nama "Suzi's Corner". Uik! cam best je ni, memang dari dulu dok teringin nak test food kat situ tapi blom berkesempatan. Di pendekkan citer, so hujung minggu lepas kami anak beranak telah mengadakan "lawatan sambil belajar" ke Suzi's Corner @ Ampang.

Menurut abang G (Google) ramai yang menberi review yang (y). Tu yang tak sabar nak menerai hehehe.

Kami tiba dalam jam 9 malam hari Ahad ... ambik ko! ramainya....


Meriah tak?

Benar bagai di kata, pelbagai bangsa yang menjamu selera di sini .. Melayu, Cina , India dan Omputih pun ada.... jom kita usha apa makanan yang di tawarkan.


Pasta Junction
Satay time (harga dari RM0.90 - 1 cucuk)



















Kebab
Nasi Lemak

















Tandori
Bubur



Pendek kata panjang citer ... macam-macam ada. Eeh jap jap mana western foodnya? Ooh kalau korang nak tau rupa-rupanya Suzi's Corner ni ialah restoran mamak dan yang lain lain tu hanyalah gerai sampingan. So yang western pula boleh  konsider sebagai main attraction dialah dan nama btolnya ialah " Steak Hut"



Time kami nak order, watress tu cakap kena tunggu 30 minit baru western food sampai pasal ramai orang, Alamak hmm dah datang jauh jauh ni takkan nak kensel pulak .. so kita orang kata "no probs" kat amoi tu - terkebil kebil dia - ahaks.

Since my 2 boys nak makan something yang "light" so mereka order dari gerai "Pasta Junction" ...


Tacos RM 13
Lasagne RM 15

Menyelerakan tak? Lepas menunggu lebih kurang 30 minit western food kami pun sampai.. jeng jeng jeng :)

Tenderloin Steak RM 34
Grilled Lamb Chop RM 24



















Grilled Chicken chop RM 14

Meleleh air lior beb :p

Ok kat bawah ni aku sediakan beberapa komen jika korang teringin nak mencuba....


Makanan

Memandang kami baru pestime kat sini so takder lah dapat try menu yang lain, namun since hajat asal nak test western so dapat komen yang tu jerlah kot.

Anyway, secara peribadi aku hanya boleh katakan rasa makanan westernya so - so jerlah. Nothing to shout about. Maybe hypenyer lebih sebab ramai orang... tu yang trillnya kot?

Sebenarnya jika melihat review dalam laman blog ramai yang puji Tenderloin Steaknya sebab potionnya besar dan juicy tapi entah kenapa potion yang ku dapat alahai.. cinoninya. Err maybe dah kecut letak kat dalam hot plate kot.

Side dish yang ada bersama steak kita orang hanyalah sayur kacang + karot dan fries. Untuk orang "heavy weight" cam aku nie .. celah gigi jerlah.

So menurut kata citarasa my "lidah" aku bagi - 2 Bintang

Harga

Aku rasa harga yang disediakan agak up sikit dari gerai2 kat uptown / downtown namun still berpatutan. Tu sebab ramai mat saleh sebab harga Tenderloin Steak bagi duit mereka tak sampai pun $12 Dollar.

Harga still reasonable kalau compare to cafe.

To be fair, bab ni aku bagi 2 1/2 Bintang.

Boleh lihat senarai harga di bawah...



















Service

Kalau ikutkan crowd malam tu yang full house so setakat tunggu 30 minit kira no hal. Bagi ku still cepat. Kalau nak lagi cepat baik try fast food yer tak.

Amoi yang ambik order kita orang tu walau pun sebuk tapi still ramah dan sabar nak ambik order. Yang nie aku respek. Kalau setengah tempat tu sure tarik muka dan yang paling tension tak tulis order then silap hantar makanan. Korang paham maksud aku kan?

Moral of the story - Datang Awal!

Bab service ni aku bagi - 3 Bintang

Ambiance

Aisey kalau nama pun gerai so paham paham jer lah. TAPI still bersih no complaint about that.

Tapi jangan haraplah pot untuk romatik-romantik yer hehe

Overall.

So secara peribadi untuk pengalaman pertama ku kat siti aku bagi mereka overall - 2 1/2 Bintang.


Lokasi

So kat mana tempat nie erk?

Tempat ni terletak di corner jalan yang sebuk so kalau korang laju memang boleh ter miss punya. Jika korang melalui Jalan Ampang dari KL menghala ke Ampang Point, lepas sahaja bangunan RISDA ada lorong belok ke kiri (Jalan Ampang Ulu) then dalam 50 meter below kanan (Lorong Ampang Ulu) lalu kat depan Plaza Ampang City dah boleh start cari parking. Kalau nak park kat dalam kawasan gerai pun ok tapi limitedlah.

Alamat lengkap

213/26, Jalan Ampang Batu 4 1/2, Jalan Ulu Kelang, Ampang

Tel: 03-42566720


Waktu operasi bagi restoran Suzi ni ialah Isnin - Ahad 5:00pm - 5:00am

Tapi kalau korang nak makan Western Food @ Stake Hut, timing gerai ni lain sikit tau.

Di buka dari hari Rabu - Isnin (Tutup hari Selasa) 6:00pm - 11:00pm

Nota kaki: Jika korang parking kat lorong berdepanan dengan Plaza Ampang City tu hati2 sikit ye sebab ada tempat yang agak gelap dan sunyi. Ooh sblom aku terlupa, siap kan duit RM5 untuk bayar bila park kat situ. Ehh illegal parking pun kena bayar ke? Nak buat camner, yang mintak duit pun illegal "Jaga" jugak !


Bon Appetite