Showing posts with label Kemensah. Show all posts
Showing posts with label Kemensah. Show all posts

Friday, October 23, 2015

ATV Adventure Park - Janjikan Kepuasan Sukan Extreme yang sebenar!

Satu hari tu bila my wife mengajak aku mencuba sukan extreme - ATV (All Terrain Vehicles)  aku agak was-was. Alamak boleh ke aku memandu kenderaan umpama motor tapi beroda 4 ni? Tapi pebila my wife kata dia yang belanja... JOM! bila nak pergi? hehehe



Kami bertolak awal pagi dan memilih hari minggu dengan anggapan tak ramai orang... tapi rupanya korang kena book awal2 sebelum pergi ke sana kerana mereka mempunya slot masa pagi or petang supaya tak over crowded. Nasib baik urusan booking kami telah di buat lebih awal dan sampai2 jer ke lokasi kami adalah orang yang pertama tiba. Time tu tuan rumah baru sedang check ATV mereka dan buat setting apa yang patut termasuk panas kan enjin.

Ada 80 biji ATV korang pilih jer mana yang suka

Eh! Jap... kat mana lokasi  ATV Adventure Park ni? Lokasinya ialah di Kampung Kemensah di belakang Zoo Negara Ulu Klang. Jika korang sampai ke Zoo Negara korang ikut je jalan susur sebelah zoo tu (jangan masuk parking pulak) terus jer ikut jalan berlingkar lingkar sejauh 3km. Dun worry nanti korang akan Nampak signage ATV Adventure kat tepi jalan korang follow jer.

Then korang Nampak pintu gerbang nie...


Lokasi di lereng bukit

 Oops korang tak dibenarkan masuk dan parking di dalam ye! nak park hanya di luar kawasan janji ada kosong kat tepi jalan. Jangan blok jalan udahlah.

Korang boleh naik ikut tangga yang di sediaka... excersize sikit yer tak :)

Persekitaran ATV Park ni memang berjaga, ada kolam renang, bilik air untuk korang tukar baju dan bilas, ada surau dan juga kantin disediakan. Suasana yang sungguh mendamaikan....


Nak cepum cepum pun boleh
Berapa harganya?

Jom usha senarai package kat bawah ....



Sumber : ATV Adventure website

Korang boleh pilih package2 yang di tawarkan. Bergantung kepada budget dan juga jangka masa yang korang suka. Since kami ni beginner kami pilih package C sebagai permulaan hehe.

Selepas korang bayar korang bukan terus boleh naik ATV tau, kena mengisi borang Disclaimer dululah dan kemudian korang akan di beri taklimat cara2 nak handle ATV nie. Bukan main hemtam jer.. alah cam mula2 nak ambik lessen kereta dululah yer tak.






Korang juga diberi peluang untuk feel rasa memandu ATV nie seround dua kat course yang disediakan bagi korang tak kekok. Yelah nak jugak tau break dia tang mana nak bagi laju tekan apa...


Safety come first
 
Cuba mini course dulu ..

Bila instructor dah puas hati dan bagi thumbs up barulah kita orang di bawa ke track yang sebenar  Jeng jeng jeng ..... suspen beb!

Jom aku belanja lagi gambar  hehehe


Jom race nak? hehehe


Aisey mula2 dah ada obstacle


naik dan turun bukit tu jer track dia ...

Take 5 jap sambil klik klik


















Since package yang kami ambil termasuk singgah di waterfall so kita orang tak sabra nak tengok lawa ker idak?

memang mendamaikan ......

Perghh memamg mabeles... sejukkkk jer airnya. Since kita orang diberi masa 30 minit kat sana memang kita orang berendam cukup2 al maklumlah di kabarkan Sofea Jane pun pernah mandi di sana dalam satu scene filem lakonanya.. tu sebab waterfall ni di ambil sempena nama dia..Ehh ye ke? ntahlah tu orang kata hehe

Sekejap jer terasa dah hampir 2 jam dan kami di arahkan untuk balik ke ATV Park. Time balik ni kira kami dah expertlah sikit tapi certain part tu memang curam dan perlukan focus yang tinggi. Lupa nak cakap semasa trip ni korang akan di guide oleh 2 orang instructor satu kat depan dan satu sebagai sweeper yang akan mambantu korang bila perlu.

Sampai jer ke ATV Park baru kami sedar yang baju kotor dan penuh dengan lumpur. So lagi sekali kami terpaksa mandi tapi time nie kami mandi di pool pulak.....

Next time datang kami plan nak try yang package D or E pulak ... cewah hehe





Tips

Di sarankan booking awal terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Selalunya kompem full house.

Pakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti outdoor lasak ni. Elakkan guna selipar keraa track yang licin dan berselut kecuali bila korang dan sampai kat base dan untuk mandi pool or ke bilik air.

Bawa pakaian extra dan simpan dalam kereta. Mana tau hujan ke atau baju korang tu dah di gunakan untuk berendam dekat waterfall dan belum kering atau pun dah kotor tahap boleh masuk tong sampah hehe. Moral of the story ... elok beringat.

Pastikan korang sentiasa mengikut kata guide korang jangan pandai2 nak ikut route lain kang sesat barat pulak.

Jangan membuang sampah merata-rata. Jika korang bawa bekalan dan picnic kat area waterfall pastikan korang buang kat dalam tong sampah di ATV Park ye.

Sila memandu dengan berhemah.. jangan berlumba dan enjoy your ATV ride :)


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi ATV Adventure Park melalui nombor di bawah atau lawat laman web mereka di sini.






Selamat ber-ATV!