Showing posts with label Burger Kaw Kaw. Show all posts
Showing posts with label Burger Kaw Kaw. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Food Reviews: Burger Kaw Kaw memang kena pada namanya TAPI....

Hujung minggu lepas tetiba my wife mengesyorkan kita orang pi pekena burger bakar. Wow! what a splendid idea... umpama orang mengantuk di sorongkan bantal. Memang dah lama plan nak cuba burger special ni tapi blom berpeluang. Hmm kat mana lokasi menarik ye? Menurut abg G (Google) banyak pot menarik yang menawarkan burger bakar tapi yang berhampiran dengan tempat aku ialah di Taman Mayang, PJ. Aiks nama burger ni pun dah di tukar ke "Kaw Kaw Burger" - sure best ni!




Pengenalan:

Menurut sejarah - Burger bakar atau kini di beri branding baru "Burger Bakar Kaw Kaw" mula di pelopori oleh 2 orang anak melayu iaitu Nita & Zul pada tahun 2011. Ianya di nobatkan sebagai Burger bakar yang pertama seumpamanya di Malaysia. Gerai "flagship" mereka yang pertama ialah di Arena Cafe, Seksyen 5, Wangsa Maju. Kini terdapat 7 lokasi seumpanya di lembah klang dan dijangka beberapa lokasi lagi bakal menyusul.

Yang bestnya burger ini di grill menggunakan "lava stone" bagi menjamin mutu keaslian "homemade" burger tersebut dan lebih berkhasiat.

Konsep

Since ni kali pertama aku dan family datang ke sini kita orang dah memang bersedia untuk datang awal kerana di kuatiri ramai orang. Nasib baiklah by the time kita orang sampai 'Q"nya taklah panjang sangat tapi apa yang menariknya lepas kita pilih menu makanan dan bayar korang akan diberi nombor untuk menunggu. Uiks macam kat "fast food" laks :)

Yang aku perasan konsepnya layan diri dan suasananya ceria cuma... lightingnya a bit suram. hmm payah gak kaki gambar nak snap photos.. kena pulak aku tak bawak camera DSLR hanya guna tab tanpa flash - perghh ralat btol.


Tunggu no anda untuk dipanggil
waktu operasi











Menu hidangan + harga
crew menyediakan order makanan












Burgernya best ke?

Masa menunggu ialah anggaran 20 minit ke 30 minit bergantung kepada jumlah pengunjung. By the time burger kita orang sampai - ambik kau! busat gila hehehehe. Jom usha gambar di bawah....


Baconizer cheezy - Beef double
yummy terdapat 2 keeping daging


.








Baconizer cheezy - Beef Triple
3 daging ni aku punya tau hehehe












Baconizer cheezy - Chinken single
Cheezynizer - Beef single












hanya tambah Rm1.50 untuk dapatkan cheezy sausage ni :)


Best tak? memang best pun...tau2 jerlah burger ni besar dan bagak so nak makan sekali ngap memang tak muat mulut so kenalah pisahkan burger2 tu sekali tengok cam makan nasi pulak - ahaks!



hmm bestnya...
kena nganga mulut besar2











nak makan bersopan santun ke?
Waduh - super mega size











dah makan tu baru Nampak ceria yer tak


Harganya ok ke?

Range harga bermula dari RM 7.50 ke RM 22.50 ++ bergantung jenis burger yang korang pilih dan kombinasi patty koranglah. contoh korang nak add extra cheese ke daging ke so harganya pun kena add jugaklah :)

Resit  - Yang tanda bulat dgn pen no "39" tu no menunggu


Komentar.

Secara peribadi, aku suka bab patty burger homemadenya yang memang marvellous gila - kena pulak sos black peppernya sebijik macam korang makan - "Prosperity burger" kat Mc D. Tapi yang ralatnya roti bun "bijan" dia... hmm rapuh sangatlah... tak boleh nak nampung burger. Sekali ngap jer terus berderai. Tu yang kurang "feel" sikit tu :(

Satu perkara lagi elok jika penguasaha Burger Kaw-Kaw ni letak "No" pada setiap set menu mereka senang sikit masa nak time order. Bukan apa kenkadang tergeliat lidah nak sebut menu korang tu hehe.

Lastly - walaupun burger turkey dah ada... tapi kalau tambah menu "kambing" sure lagi syok hehehe.

Overall dari scale 5 bintang - aku bagi 3 1/2 bintang :)


Lokasinya:

Food court - Mayang Oasis



Jika korang di area PJ lokasi yang paling dekat ialah di:

Mayang Oasis Jalan SS 26/9, Taman Mayang Jaya,
Petaling Jaya, Selangor 47301, Selangor

(Nearby Old Lim Kok Wing [Lincoln College] and Williams Corner)
-  Google Maps coordinated is : 3.116027,101.60397
-  GPS User : N 3 06.962 , E 101 36.238
 
 
Berita baik untuk peminat EPL teruatama yang sokong MU sebab pot ini adalah pot rasmi kelab penyokong MU berkumpul jika ada match. So kalau korang sokong Man City cam aku... cuba2 elakkan datang time match hehehe joke2 only geng...
 
PJ Old Trafford?
 
Bon Appetite...