Kat mane ni? Kalau korang nak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud mesti akan lalu restoran ni lebih tepat lagi dekat Seberang Takir. Korang boleh juga guna aplikasi Waze kalau agak2 dah sesat.
Kalau nak tau restoran ni juga menggunakan system nombor.. pergh! macam pergi bank lah pulak kan. Korang di sarankan datang awal ye .
Eh, apa yang best lekor kat sini dari tempat lain?
Jom aku belanja gambar...
Istimewanya mestilah lekor cheesenya yang meleleh leleh gitu hehehe. Terdapat 8 pilihan citarasa...
- Lekor biasa
- Lekor keju
- Cheesy lava
- Cheesy poopers
- Black pepper cheese
- Black pepper poopers
- Cheese onions poopers
- Lekor rebus (vacum)
Ok kat bawah ni ialah harga jika korang nak makan kat sini dan jika korang nak tapau boleh klik sini
Waktu operasi restoran ini sperti di bawah,
Ahad - Sabtu - 8 pagi - 6 petang
Selasa - 8 pagi - 6 petang
Jumaat: 2:30 petang - 10 malam
Review time....
Makanan
Jika di kira dari segi pelbagai pilihan lekor yang ada aku bagi - 4/5 bintang namun begitu dar segi rasa pula aku bagi 3/5 bintang. Syaratnya kena makan panas2. Secara peribadi aku rasakan yang cheese nya ciput jer sekadar cukup syarat.
Service
Nothing to shout about sebab jika tak ramai korang tak tunggu lama tapi jika full house ehem paham2 jer lah ... tempat lain pun sama so no komplen.
Parking
Memang di sediakan tempat parking di sebeah restoran tapi first come first serve. Kalau penuh korang boleh jer park kat tepi jalan tapai AWAS kalau nak seberang jalan tu hati2 yer sebab kereta pandu laju kat area tu.
Lokasi
Senang nak cari kalau sesat Tanya abg waze yer...
Alamat penuh mereka seperti di bawah
Keropor Lekor BTB
Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Bukit Tok Beng,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Nota: Apa yang menarik korang boleh menempah secara online di laman web mereka. So bagi yang malas atau tinggal jauh tu boleh order jer ye ... korang boleh ke lama web mereka di sini
Bon Appetit