Cuba layan iklan kat bawah....
RM5 jer tu! |
Aku pun bila diberitahu oleh my wife pun terkejut sokmo gak "RM5 ??? Tipulah!" kata ku. So nak mengkompemkannya kami pun singgahlah ke restoran tersebut sempena cuti Awal Muharam.Pergh! punyalah ramai orang ... dalam hati masih was-was. Last2 masuk gak restoran tu dan terus pergi ke casher. "Ehem cik, harga promosi RM5 tu untuk makanan yang mana ye?" aku bertanya kepada akak cashier tu. "Semua yang terhidang boleh di ambil bang..." balas nya. Wow! time tu aku dah separa dengar dan tak dengar jer apa yang akak tu cakap sebab dok cuci mata dengan pelbagai juadah yang terhidang.
Jom aku share gambar yer...
Ada roti boom dan poori |
Ada western |
Ada mee, Kuey teow, nasi lemak,& lauk pauk |
Selagi promosi ini masih ada di sarankan korang cepat2 ambik langkah kanan dulu dan datang awal untuk mengelakkan Q yang panjang.
Jom review...
Makanan: Memang tak dinafikan makanan yang di sediakan memang bermutu dan tip top! (4/5 Bintang)
Kebersihan: Tengok gambar tempat basuh tangan pun dah boleh agak, yer tak (4/5 Bintang)
Service: Memuaskan (3/5 Bintang)
Parking: Agak terhad dan jika parking di bahu jalan pastikan tidak menghalan kenderaan lain. (2/5 Bintang)
Alamat: 20, Lorong Kerja Ayer Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, S'gor / Tel: 016 - 9472020
Waktu promosi buffet: 7:00am - 11:30am (pada hari cuti umum & hujung minggu sahaja)
Bon Appetite