Satu hari tu tetiba jer ada orang tanya aku, ko nie terkena sindrom "mid life crisis" ke? uiks heran gak aku dibuatnya bila di ajukan soalan sedemikian. Rupa2nya member aku nie heran bila lihat posting aku dah besar panjang main helicopter remote. Oooo ingatkan apalah bendanya.. biasalah masa time kecik2 dulu manalah mampu nak beli semua benda2 camtu, mau kurus aku dibuatnya kena ikat perut setahun nak kumpul duit belanja sekolah hehe.
Anyway sebenarnya secara kebetulan je berminat nak cuba permainan baru nie..niat asal nak belikan untuk anak2 tapi yerlah tetiba unsangkarable bapak dia orang laks yang lebih. Itu kot yang dikatakan "Mid life crisis" :)
Tapi syok wooo...cuba korang try, gerententi senyum sensorang hehe. Kalau korang perasan kat pasaran sekarang nie berlambak2 helicopter remote nie di jual. Kat kedai Hobbies mau pun kat pasar malam boleh dapat benda nie korang pilih je mana korang suka.
Memandangkan yang aku nie newbie "pilot" so aku pilih yang jual longgok je. Kebetulan aku dok ronda2 cuci mata kat Down town Danau Kota kat situ ada brader nie jual lelong. Dekat sejam jugaklah aku dok belek belek.. rambang mata tak tau mana yang nak pilih hehe. Last2 aku pilih 2 helicopter dgn alasan takut beli satu kang bergaduh pulak the boys kat rumah. Bini aku diam jer maybe alasan aku tak logic kot kekeke.
Macam yang aku cakap tadi ada pelbagai model yang di jual, range harga serendah RM 50 ke atas. Dia ada 2 jenis, 1 untuk indoor satu lebih kepada hobi atau out door yang nie boleh modify! janji ada "fulus". Kalau yang harga RM 50 tu mereka pakai "line of sight" atau infra red. So setakat dalam rumah je bolehlah. Hmm mana trill! yer tak... aku decide beli yang medium range tapi still untuk indoor maknanya kalau ada angin kuat heli korang ibarat layang2 lah hehe. yang merah tu aku beli RM100 sebeb rupa dia cam heli cerita avatar cuma kaler dia jer lain. Yang hitam tu canggih sikit harga dia RM150. Apa yang canggih? dia ada camera! boleh ambik gambar still dan video. Fulamak! Boleh ambik gambar kenduri orang kahwin nie - pikir ku. Setelah brader yang jual tu ajar aku selok belok nak "drive" heli nie aku pun dah tak sabar ajak bini aku balik. OTW tu aku diam jer...bini aku siap sound "Haa! Berangan "terbang" sampai mana tu? keh keh keh.
Tips, pastikan bila korang nak main carilah kawasan yang lapang, kat padang ke, laman rumah ke janji luas. Bukan apa jika 1st time paham2 jerlah mau tersangkut atas pokok or atas bumbung rumah jiran :) Satu lagi jangka hayat beteri dia sekejap je paling lama 15 minit. Tu yang ralat skit...kalau boleh cuba beli yang ada extra bateri bukan apa nak charge bateri dia sekurang2nya 2 jam!.
Seperkara lagi, kalau Heli korang agak payah nak move forward di sarankan korang bagi dia "pengeras"! uiks dun worry bukan apa korang kena modify sikit je, caranya korang bukak housing kepala Heli tu korang letak duit syiling sebagai pemberat. Haaa logic tak kita guna pakai ilmu fizik yang korang belajar time sekolah dulu. Cam aku guna duit syiling 20 sen letak kat muncung belah dalam...mujarab beb!
Kalau korang nak berjinak jinak nak try hobi nie boleh contact Aiman 012-5073276, gerai dia di tengah2 kat Danau Kota. Kalau Heli korang excident boleh hantar kat dia untuk repair.
Gud Luck - Pilot!