Showing posts with label Atmosphere 360 Degrees Revolving Restaurant at KL Tower. Show all posts
Showing posts with label Atmosphere 360 Degrees Revolving Restaurant at KL Tower. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Food Review: Atmosphere 360 Degrees Revolving Restaurant at KL Tower


Hujung minggu lepas bersempena Hari Ulang tahun ku yang ke dot dot dot :D, kami sekeluarga berkunjung ke "Atmosphere 360 Degrees Revolving Restaurant @ KL Tower". Kebetulan pula pada bulan lepas kami tak sempat celebrate besday my 2 kids (Amri dan Caja) so kira kami combine sekalilah 3 in 1 menyambutnya 282 meter di awan biru.




Dari jauh tersergam indah Menara KL seperti melambai lambai menyambut kedatangan kami pulak - cewah hehehe. Ehh lupa laks dulunya restoran ni di kenali sebagai Restoran Seri Angkasa KL Tower tapi dah bertukar management so nama baru seperti kat atas.













Memandangkan kami datang untuk Hi Tea bermula jam 3:30pm - 5:30pm so since masih awal kita orang ronda2 dululah. Wah banyak perubahan since 10 tahun dulu kita orang datang ke mari. rupanya sekarang dah ada "mini" Culture Village, Blue Coral Aquarium, XD Theater dan kalau korang takder sakit 'Vertigo" korang boleh try naik "jambatan gantung" Syok wooo...


Tarian kebudayaan
Pamiran alatan muzik tradisional











err gayat laks..


Anak2 aku blom apa2 hal dah jatuh cinta dengan tayangan visual "XD Theater" "Wei, wei tu kemudianlah, kita pi makan dulu" - sound aku - ahaks.



XD Theater

Harga entrance ke XD Theater











Kedai cenderahati
Akuarium yang baru dibuka











sejarah pokok Jelutong
Pokok Jelutong berusia lebih 100 tahun











Ehh! korang Nampak tak pokok kat atas? kalau korang nak tau pokok ni dah berusia lebih 100 tahun! Walaupun arus pembangunan pesat membangun di persekitaran KL Tower ini namun yang bestnya pokok ini tetap dipelihara dan dijadikan daya tarikan kepada pengunjung. Agaknya dari pokok inilah agaknya timbul nama kawasan "Bukit Jelutong" di Shah Alam kot :)

"Papa, dah laparlah" - kata anak bongsu ku.. Alamak dah jam 3:30pm lah.... "Jom" - kataku


kaunter khas ke restoran
Harga Hi Tea











Kalau korang nak tau restoran ini mempunya kaunter khas di ruang legar KL Tower, so takderlah kena beratur sama tiket dengan orang nak ke  "observation deck". Chup, chup... perlu di ingat korang di sarankan datang on time tau, maknanya jam 3:30pm tepat korang kena Q ambik tiket korang di kaunter tersebut sebab kalau lambat korang sure Q panjang laks bila time beratur masuk lift naik ke restoran sebab entrance ke ruang lift satu je... Harga Hi Tea yang RM 68 net per pax ialah termasuk tiket naik ke "oberservation deck"



suasana dalam lift
Nak tekan mana ni?











semua mata dok tengok level lift.. laju tuuu


Sebelom masuk lift korang akan di "briefing" oleh staff KL Tower bahawa kelajuan lift ini naik ke restoran ialah selama1 minit & jika turun 52 saat je. Aiks? Apasal laks?... hmm maybe lepas makan berat sikit kot so lajuu lah lift tu turun - piker ku hehehe.





1 minit dalam lift rasa kejap je... tapi berdengung gaklah telinga kerana kelajuan & "pressure" udara. Sampai je kat atas kami dah rasa kagum dengan deco restoran tersebut. Tanpa membuang masa cepat2 kita orang cari meja yang telah di book awal2.



entrance restoran
tiket











Apa yang unik dengan restoran ini ialah ianya bulat ... so korang kena "tawaf" lah jika nak cari meja korang. Dun worry takkan sesat punya sebab bila korang dah pusing2 tu sure jumpa tempat sama balik. Tapi yang lebih menarik ialah pelantar yang korang pijak tu rupanya berputar secara perlahan...
Best wooo, walau kat mana meja korang satu Key El korang boleh nampak selama 2 jam time Hi Tea korang...

Jom kita usha makanan apa yang ada....



apa nak pilih dulu ni?
bestnya kek











nyummy...
Roti + aneka sup











sausage + bake potato
salad for starter











Pizaa's
Tak sah kalau takder Goreng Pisang :)













Jemput makan ....


Secara peribadi aku mengharapkan lebih banyak pilihan makanan kerana harga per pax bukanya murah tapi yelah korang bayar "because of the view!"



menikmati panorama Key El
amboi.. sodapnya...












Bird's eye view


Sambil makan korang boleh lah lihat suasana KL kat bawah.. kot kot ada jem ke bolehlah korang avoid jalan tu time balik kang :P


The kids buat cam rumah sendiri - siap duduk kat tepi tingkap!


Kejap je dah 2 jam kita orang kat situ, perut pun dah kenyang so kita orang pun berangkat pulang, insyaallah kita orang akan datang lagi...

What a splendid weekend to spend my Birthday Bash :)
 
 
Bon Appetite