Perancangan family retreat ke Felda Residence Hot Spring, Sungai Kelah telah sebulan di rancang. Plannya nak pergi time cuti sekolah yang lalu tapi almaklumlah tempat tu full house so kita orang tunda seminggu lewat.. tu pun nyaris2 takder bilik. Hebat sangat ke tempat nie? Pikir ku. Aku pun tanyalah abg "G" (Google) Perghh banyak review dan blog yang promote tempat nie rupanya.. rata2 syorkan tempat nie BEST! Aisey-man lagilah aku tak sabar...takleh tidur dibuatnya hehe.
Hari yang ditunggu pun tiba, so last weekend.. kebetulan pula KL di landa jerebu memang gud timinglah kita orang nak "Lari" sekejap dan beralih angin ke Perak. Memandangkan kita orang plan menginap semalam je... so ingatnya takderlah nak pack banyak sangat barang...Opps silap besar jadinya...letak je bbq set, tikar, kudap2, pakaian mandi, pelampung, bag pack, laptop, camera.. penuh tuuu keter exora aku.. cam nak pindah rumah laks hahaha.
So pagi Sabtu tu kita orang bertolak awal...dah cadang nak slow drive dan breakfast di PJ dulu. aku dah check kat blog ada yg kata check in jam 12pm ada yang kata jam 2pm. Hmm.. aku bajet perjalanan yang akan mengambil masa 1 jam 20 minit tu so kita orang bertolak jam 9 pagilah. So plus minus breakfast dlm sejam so ngam2 sampai dalam tengah hari kot.
Perjalanan melalui lebuh raya PLUS walaupun lancar tapi kurang selesa kerana pemandangan tersekat dek kerana sang jerebu Isk mintak2lah kat Sungkai tu kang langit cerah. Kalau korang 1st time nak ke Felda Residence ni senang je, korang ikut PLUS arah Utara... then korang exit keluar kat Sungkai.
Then lepas je korang bayar tol (dari Kelana Jaya ke Sungkai RM15++ one way) ada simpang "T" korang belok kiri ada nampak signage "Home Stay" korang ikut je signboard to dalam 1 KM korang akan nampak Signboard untuk ke Felda Residence belok kiri lagi.
Dari sini bermulalah perjalanan yang mendamaikan melalui perkampungan & ladang kelapa sawit. Dah tak lama dah lagi 9km je. Tapi yelah jalan kampung so berhati2lah sikit, jalannya agak sempit & banyak "bom" (taik lembu). Nescaya kepakaran korang memandu akan terjuji kat sini.. Dun worry takderlah teruk bagai disangka yang penting korang enjoy the viewlah..but AWAS!!! at one point korang kena respek kat "Tuan rumah" tau... kalau ada yang melintas jalan, bagi laluan kat mereka... :)
Kita orang terpaksa 'commercial break" jap kat sini ... ada lebih kurang 30 ekor lesen "L" dok melintas. Lagi pun jalan tak sebuk so kita orang lepak lah kejap...anak2 aku punyalah excited tengok lembu. Aiks hari2 makan burger takkan tak kenal lembu? hehehe. Lepas 5 minit kita orang teruskan perjalanan...
dari jauh dah nampak signboard Felda Residence manyambut kedatangan kami - cewah! Dari sini korang jalan depan sikit then sebelah kiri ada guard house.. di situlah lobby Felda Residence & hotel penginapan mereka.
Park je keter anak2 aku dah tak sabar nak turun kan barang.. "EEhhh jap2 kita bukan tinggal sinilah" - sound aku. "Laaa kata dah sampai?" - komplen anak2 aku pulak... "Sabarlah kat sini tempat nak check in je atau kalau booking duduk kat hotel, kita book yang chalet, lagi pun awal lagi" explain ku. :Chalet tu apa?" tanya anak bongsu ku pula... "Suprise!" - selamber je aku jawab.
Since dah tak sabar punya pasal kita orang berduyun2 pergi ke lobby, plan nak check in lah konon. "Maaf pakcik, check in time weekend jam 3pm" - jawab minah receptionist yang jaga counter tu...perghh "Pakcik" dia panggil aku? panggillah uncle ke, abang ke.. manjaa sikit yer tak hahaha. Terpaksalaha aku menggunakan "negotiating" skill aku mengayat minah yang bernama Ika nie :) "Takper Encik jalan2 dulu nanti bilik dah siap saya akan call" - jawabnya. Yes.. menjadi gak :p
So kita orang anak beranak pun buat lawatan sambil belajar kat area tempat tu.. memang cantek dan bersih. Terasa back tu nature dengan flora dan faunanya memang syurga kaki blog nak ambik gambarlah!
Dekat sejam gaklah menunggu sampai boring anak2 aku ... sian pulak aku tengok kat biji buah kelapa sawit tu jadi mangsa anak2 aku buat jadikan bola hehe. Dapat je kunci bilik ke Villa kita orang cepat2 masuk keter dan gerak ke lokasi berhampiran. Kalau korang nak tau Villa Residence nie terletak di lokasi berbeza.. tapi dekat je dalam 10 minit drive, kena tempuh satu lagi guard house dan tunjukkan pass keter sebelum boleh masuk. Hebat sangat ke Villa ni? jom usha gambar kat bawah...
Villa nie kira bungalow ber concepkan resort stylelah... 1st thing yang marvelous kita orang perasan ialah lanscapenya & dilengkapi dengan out door jacuzzi!!! .. perghh rasa nak terjun jam2 jam tu gak :)
Jom tengok apa ada kat dalam pulak...
Settingnya memang Kelas! living areanya luas.. siap ada dapur lengkap dengan pinggan mangkuk, sudu garpu, fridge, periuk nasi, cerek eletrik..lengkap tuu. Korang hanya perlu bawak bahan masakan dan periuk belanga jerlah.
Since kita orang book yang villa 2 bilik so memang muat untuk 2-3 familylah. Bilik master je punyalah besar siap dilengkapi dengan extra bantal & toto jika family korang ramai.
Wakaf pun ada untuk korang nak bersantai.. best tak?
Lepas unpack tu anak2 aku dah sebuk terjun ke Jacuzzi dan aku pulak err dok banyai tidur kat wakaf.. best wooo sejuk je.. sampai bini aku sound - Wei! dengkur ke? keh keh keh.
Lepas rehat ala kadar, perut lak terasa lapar...BBQ set kan ada.. apa lagi.. operasi "dinner time". Ehh jap..kalau ikutkan secara rasminya korang tak dibenarkan bakar BBQ di Villa ni tau :( aku pun tak tau kenapa? tapi aku tawakal jer lah yang penting kebersihan perlu di jaga.. jangan terbakar villa ni cukup! lagi satu kalau ada guard yang sound aku dah plan nak jemput mereka makan sekali dan "rasuah" dia orang "sausage" sebatang dua hehehe.
Alhamdulillah tiada anasir yang tidak diigini berlaku. So kalau korang bercadang nak ber BBQ atas tanggung jawab sendiri ye.
Bayangkan lepas makan tu perut dah kenyang, korang berendam lak kat jacuzzi...nikmat beb!
Macam2 aksikan hehe.. ok kalau korang berminat nak datang ke sini dan nak tau pasal harga hotel / Villa, korang boleh contact Felda residence melalui laman web mereka kat sini.
Bersambung ke - Taman Rekreasi Air Panas (TRAP)...
p/s: This story speacialy dedicated to my beloved sister yang last minute tak dapat join kita orang sebab demam - get well soon Along!
No comments:
Post a Comment