Showing posts with label SBP. Show all posts
Showing posts with label SBP. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Announcement: Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh 2013



Nukilan ini adalah khusus kepada para pelajar yang mengikuti Tingkatan 4 tahun 2013 atau lebih tepat lagi kepada para ibubapa yang telah meghantarkan borang anak2 untuk menyambungkan pelajaran mereka ke sekolah Berasrama Penuh Kerajaan (SBP).

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba untuk anda mengetahui keputusan permohonan anda. Sila Klik pada "Beg" di bawah ....



Nota:   Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.


Ucapan sekalung tahniah kepada para pelajar yang berjaya !!! Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa yer adik2. Semua sekolah menengah di Malaysia ini adalah sama dan ada "kelebihan" masing2 yang penting ialah keazaman kita sebagai pelajar untuk berjaya dan rajin berusaha sehingga ke "Menara Gading".
 
P/s: Nasihat peribadi saya, moga jangan anggap belajar di tingkatan 4 sebagai "Honeymoon Year" perlu diingat tahun depan SPM pula bakal menyusul :)
 
 
 
Giatkan lagi usaha anda, Insyaallah "Usaha Itu Tangga Kejayaan"
 
 
 


Wednesday, October 17, 2012

Tips: Permohonan Tingkatan 1 & 4 ke MRSM & SBP 2013

Peperiksaan PMR baru sahaja berakhir semalam dan nampak terserlah kegumbiraan anak sulong ku tersengih2 tak habis2 cam menyambut Merdekalah konon tu hehe. Biasalah bila time2 exam "Mega" camni ibubapa yg kecut perut .. si anak rilex sokmo jerk! Time2 sebegini jugak kita sebagai parents dok sibuk memerah otak untuk memikirkan masa depan mereka... jika boleh tentulah inginkan pendidikan yang terbaik untuk mereka yer tak. So acapkali bila sahaja habis je UPSR atau PMR topik hangat ibubapa berdiskusi ialah nak pilih sekolah berasrama baik melalui Sekolah Berasrama Penuh Kerajaan (SBP) maupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Aisey yang mana satu nak pilih ni?

Masalah utama dalam kesibukan harian kita kenkadang lupa nak check tarikh buka dan tutup permohonan. Biasalah suka "last minute" kenkadang tu buat benda "last minute" lebih trill yer tak? "Trilllah sangat tu!" Opps perli isteri ku kekeke.

MRSM

Percaya atau tidak tarikh tutup pendaftaran online untuk calon tingkatan 1 & 4 tahun 2012 bagi MRSM ialah pada 19/10/2012 !!! Tinggal lagi 2 hari je lagi beb! Perghh gelabah puyuh dibuatnya. Kalau korang yang jenis suka buat last minute cam aku nie cepat2lah klik ke MRSM Online

Oops! sebelum tu korang kena ada kata laluan dan password baru boleh proceed. Kata laluanya simple jer iaitu no angka giliran PMR anak2 anda. Masalahnya password hanya boleh di dapati di pejabat MARA sahaja! Sebelom korang ke sana pastikan ada sijil2 dan penuhi syarat2 seperti di bawah. Jangan pergi berlenggang je tak di layan kang hehe.


Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013


Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2012.

  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012


Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.


Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.

  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.


NOTA:

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah

  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

  • Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.

  • MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.


Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013 

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut di www.mara.gov.my.

  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.

  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:


(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013) Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Tarikh Tutup Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.

  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.

  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.


Nota: Jika anda ingin ke Ibu pejabat MARA di Jalan Raja Laut untuk mendapatkan kata laluan anda akan terkejut beruk sebab lokasi sebenarnya telah berpindah ke Medan Tuanku.  Alaaah seberang jalan je tapi alamat sebenar aku sendiri lupa. Jika korang ke information kaunter HQ Mara mereka boleh bagi :) Jika korang plan nak redah je pun ok jugak, sebelum korang menyeberangi jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) jika korang dari Maju Junction lah, seberang je jalan tu blok bangunan Mara ialah belakang je bangunan yg mengadap Maju Junction, Korang akan lalu entrance jalan yang ada restoran mamak kat tepi dia corner lot terang2 boleh nampak. Kalau sesat pandai2 bertanya yer :)

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Kerajaan (SBP)

Permohonan SBP & Sekolah Kawalan

Permohonan kemasukan para pelajar Darjah Enam ke Tingkatan Satu di Sekolah  Berasrama Penuh – SBP dan  Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemasukan para pelajar  Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh telah dibuka mulai  15 September 2012.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan disediakan oleh  Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah  Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan  Islam, Kementerian  Pelajaran Malaysia.

Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan



  • Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR  2012 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.

  • Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR  2012 hanya boleh memohon SBP sahaja.

  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan  ke SBP dan Sekolah Kawalan.

  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak  boleh dibuat setelah cetakan dibuat.


Nota:

Memandangkan laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my sejak akhir2 ini mendapat kunjungan yang mendadak telah berlaku kesesakan dan Jem! Aku sendiri tidak berjaya mengexcessnya sejak 2 hari yang lalu :( Tapi dun worry setelah puas bertanya dengan abang G (Google) last2 aku berjaya menjumpai direct link ke lokasi pendaftaran online tersebut ... sila klik SBP ONLINE

Kata laluan ialah no giliran anak anda dan password ialah IC ibu atau bapa.

Tarikh Tutup


Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi  2013 akan ditutup pada 31 Oktober 2012.

Gud Luck!!!