Showing posts with label Mohd Chan Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Mohd Chan Abdullah. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Food Review: Restoran Mohd Chan Abdullah Makanan Chinese Muslim

Hari ini kami bertuah kerana sepupu my wife datang melawat dari Singapore. So selepas menjemput mereka di Key El kami pun sempat singgah for lunch di Restoran Mohd Chan Abdulah di Kay Jay. Restoran ni memang popular dengan masakan Chinese Muslimnya.




Apa yang menarik kat sini di sediakan pelbagai menu...

1) Ala carte
2) Nasi + hidangan lauk pauk (chinese style)
3) Dim Sum & Pau
4) Yong Tau Foo

Since kami tak nak makanan yang heavy so kami decide untuk memilih ala carte jer.


Yay! ada air kedondong asam boi 


Gambar di atas tu ialah menu pilihan kami  (dari atas kiri ikut lawan jam)

1) Sizzling Yee Mee - RM 6.50
2) Wantan Mee with roasted chicken - RM 5.50
3) Air kedondong + asam boi ( sorry lupa nak check harga)
4) Penang Char Kuey teow - RM 5.00

Ada satu insiden lucu berlaku bila my son nak explain kat waiter tu yang dia nak kuey teow dia basah2 sikit.
Terkebil kebil mamat yang ambik order tu (rasanya bukan local kot). Tapi yang aku respek mamat tu ada inisiatif untuk memberi tahu tukang masak dengan cara yang sungguh kreatif .....

Mau Basah? hehehe

Tapi bila sampai tu tak der nampak basah mana pun kuey teow tu tapi "the tought thats count" yer tak :)

Cuba korang usha harga menu di bawah...





Verdict

Ambiance 3/5 markah

Restoran ni memang bersih & kemas. Korang dun worry pasal hygiene.

Foods 3/5 markah

Taste makanan di sini not to bad tapi some how aku still prefer makanan di Restoran Muhibbah Seafood yang lebih serasi dengan lidah ku hehe

Price 3/5 markah

Harga makanan di sini agak berpatutan. Memang kena dengan rasa dan potionnya.

Service 4/5 markah

Di debabkan sikap kreatif mamat waiter tu yang telah membuatkan aku sefamili gelak besar aku bagi 4/5 markah. Actually servis mereka memang pantas, waiting time untuk food korang dalam 5 - 10 minit (ala carte) & 15 - 25 minit (makan berhidang). Tapi bergantung kepada ramai or tidak pelanggan ye.

Overall

Aku award restoran ni 3/5 markah.

Jika korang datang ke Kay Jay jangan lupa singgah kat sini ye.


Kat mana lokasinya?

Dataran Glomac, Kelana Jaya
B-G-06, Jalan SS6/20, Dataran Glomac, 
Pusat Bdr Kelana Jaya,
47301, Petaling Jaya Selangor


Jika korang datang mengikuti LDP dari arah Damansara ke Bandar Sunway bila sampai je area Kelana Jaya korang akan nampak Giant Hypermarket dan disebelahnya ada lorong belok kira (sebelum Pejaba Pos KJ) masuk jalan tu korang jalan terus sampai ke trafic light (simpang T). Bila korang kat trafic light tu perhatikan belah kira terdapat Bank Islam (corner lot) so korang di route yang betul :) Lepas lampu tu tukar kaler hijau korang beluk kiri.. kat sini drive slow slow sebab dalam 15 meter ada simpang masuk kiri ( korang akan nampak Restoran Al Fariz Maju) korang masuk jalan tu.. dah dekat dah ni dalam 20 meter restoran Mohd Chan terletak di belah kiri betul2 berdepanan dengan restoran Nasi Lemak Cikgu & Fend Ikan Bakar (dah pindah). Ok korang dah pun sampai.... pepandai cari parking ye kat sini time rush hour parking dia cam hampeh.

Nota: Sila prihatin jangan "double park" sebab jalan dia sempit :(


Bon Appetit